Monday, 15 November 2010

Isu Raya Haji & Wuquf Berbeza Malaysia & Mekkah


Konsep Penentuan Awal Bulan Islam 
Dan Hari Kebesaran Islam Di Malaysia
Oleh : Bahagian Falak Syar'ie, Jabatan Mufti Negeri Selangor 
eid6
1. PENDAHULUAN
Penentuan awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.
Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.
Berdasarkan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:-

a) Rukyah ( melihat anak bulan ) semata-mata.
b) Hisab Falak semata-mata.
c) Rukyah dan Hisab dengan menggunakan criteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( Hilal ).
Wujudnya perbezaan amalan dan cara di atas, adalah daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan.Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan cara penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah.
Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai cara penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang di amalkan di Malaysia dan asas-asas yang digunakan dalam melaksanakan kaedah tersebut.
2. DALIL-DALIL SYARAK MENGENAI PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH.
Nas Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan panduan menentukan awal bulan atau waktu-waktu terutama dalam melaksanakan ibadat.
a) Firman Allah SW.T Surah Al-Baqarah ayat 189:
Maksudnya:
"Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit.Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadah haji......."
Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:
Maksudnya:
"Berpuasalah kamu kerana melihat Hilal dan berbukalah kamu kerana kamu melihat Hilal.Bila Hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh".
Pendapat Ulama' Daripada Kitab-kitab Muktabar.
Daripada Kitab Bidayatul Mujtahid dari Juzuk pertama
( muka surat 242-243 ).
Maksudnya:
"Bila Hilal ditutupi awan, maka ia kembali kepada Hisab yang berdasarkan bulan dan matahari, itulah mazhabnya Muttarraf Bin Suhair, beliau termasuk ulama' besar tabi'in dan Ibnu Suraj bercerita daripada Imam Syafie bahawa Imam Syafie berkata; orang yang mazhabnya itu mengambil pedoman dengan bintang-bintang dan kedudukan bulan kemudian jelas baginya menurut dalil tersebut, bahawa bulan telah boleh dilihat tetapi tertutup oleh awan, maka orang tersebut boleh melaksanakan puasa dan cukuplah baginya".
Berdasarkan dalil-dalil Al-quran, Hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, penyelesaian jalan tengah dengan cara rukyah dan hisab adalah menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir kepada kehendak syarak.
3. FAKTOR PERSELISIHAN
3.1) Punca-punca perselisihan berlaku dari segelintir rakyat Malaysia yang dikenali dengan kumpulan Islah.Golongan tersebut tidak menerima pengisytiharan rasmi Hari Raya Korban Kerajaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada tahun 2000 dan 2001 Miladiah yang lalu.Golongan tersebut menyambut Hari Raya Korban berdasarkan pengisytiharan Wukuf di Padang Arafah oleh Kerajaan Arab Saudi.
3.2) Perselisihanjuga berlaku kerana terdapat kekeliruan pendapat pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf), sunat berpuasa pada hari tersebut dan ganjaran pahalanya sama dengan setahun beribadah. Kebanyakan rakyat malaysia terkeliru dan tidak mengetahui kaedah dan syarat-syarat penetapan awal bulan Zulhijjah yang digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

4. RASIONAL DARI SUDUT MATLAK ( TEMPAT TERBIT ) DI MALAYSIA.
4.1) Kerajaan Arab Saudi menggunakan matlak dengan kaedah rukyah semata-mata, terbuka kepada semua rakyatnya.Sesiapa yang melihat Hilal Zulhijjah boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab atau berkuasa dengan saksi.
Kerajaan Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah dengan mengambil kira matlak negara-negara MABIMS.Pada 29 Zulkaedah semua tempat cerapan rasmi sebanyak 26 tempat di seluruh Malaysia akan dicerap oleh Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dengan menggunakan peralatan moden seperti teleskop digital dan teodolit.
4.2) Terdapat perbezaan matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla' Malaysia.
4.3) Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla' atau kawasan lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.

5. HUKUM PUASA DAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN
Umumnya, masyarakt Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.
Daripada Abi Qatadah yang berbunyi :-
Maksudnya:
Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi S.A.W. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Banginda menjawab : Ia menghapuskan dosa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.
(Riwayat Muslim)
Sekiranya diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan juga perbezaan matla'. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwin sebenar kita di Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.
Faktor kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kreteria Imkanur rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan atau Imkanur rukyah yang mengikut syarat berikut :-
Ketika matahari terbenam.
a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°
Dan
b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°
Atau
c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.
6. ASAS PERTIMBANGAN KEPUTUSAN PERLU DI KEKALKAN.

6.1) Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkanurrukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.
6.2) Bedasarkan keputusan Majlis Raja-Raja Malaysia dan persetujuan Mufti seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi penetapan awal Zulhijjah seperti penetapan awal Ramadhan dan awal Syawal dengan melihat anak bulan di tempat rasmi seluruh Malaysia.
6.3) Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama (5) lima jam berdasarkan GMT Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi (3) tiga jam.
7. PENUTUP
Amalan Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Keputusan ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang. Wallahua'lam.
Disediakan oleh:
Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Penjelasan Pemerintah Islam Indonesia



Garis penanggalan bulan

Anggota Badan Hisab Rukyat Kementerian Agama lainnya yang juga ahli kalender di Program Studi Astronomi, Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto, mengatakan, garis penanggalan pada kalender Hijriah berbeda dengan garis penanggalan kalender Masehi.

Garis penanggalan Masehi didasarkan pada patokan garis bujur timur atau garis bujur barat 180 derajat. Dalam penanggalan ini, daerah yang memiliki garis bujur sama atau berdekatan mulai dari kutub utara hingga kutub selatan akan selalu memiliki hari yang sama. Perubahan hari dimulai pada pukul 00.00.

Daerah yang lebih timur juga dipastikan akan lebih dahulu waktunya dibandingkan daerah di baratnya. Karena itu, dalam sistem penanggalan Masehi, waktu di Jakarta atau waktu Indonesia barat (WIB) selalu empat jam lebih dulu dibandingkan waktu Mekkah.

Namun, garis penanggalan bulan berbeda. Garis penanggalan bulan memiliki 235 variasi. Setiap bulannya, garis penanggalan bulan berbeda-beda. Garis penanggalan bulan akan kembali di dekat tempat yang sama sekitar 19 tahun kemudian.

Banyaknya variasi garis penanggalan bulan ini ditentukan oleh posisi Bulan terhadap Bumi, dan posisi sistem Bumi-Bulan terhadap Matahari.

Daerah yang pertama kali melihat hilal akan mengawali hari lebih dulu. Hal ini berarti, daerah yang terletak pada garis bujur yang sama atau berdekatan, hari atau awal bulan Hijriahnya bisa berbeda. Hari dimulai setelah Matahari terbenam atau magrib, bukan pukul 00.00.

Kondisi ini, lanjut Moedji, yang membuat waktu di Jakarta tidak selalu lebih dahulu dibanding Mekkah. Jika diasumsikan, hilal pada Zulhijah kali ini pertama kali dilihat di Mekkah, maka sesudah magrib atau sekitar pukul 18.00 di Mekkah sudah masuk bulan baru.

Saat itu, di Jakarta sudah pukul 22.00 WIB. Baru pada magrib keesokan harinya, Jakarta memasuki Zulhijah. Artinya, pada bulan Zulhijah kali ini waktu di Jakarta tertinggal 20 jam dibandingkan waktu Mekkah.

”Dalam penanggalan Hijriah, waktu di Indonesia bisa jadi lebih dulu dibandingkan waktu di Arab Saudi. Namun, bisa jadi pula Arab Saudi lebih dulu dibanding Indonesia,” tambahnya.

Menurut Moedji, perbedaan awal hari dalam kalender Hijriah inilah yang sering dipahami secara salah. Mereka beranggapan, karena waktu di Indonesia lebih cepat dibanding Mekkah, maka saat di Mekkah berhari raya, di Indonesia juga harus berhari raya. Padahal, konsep ini didasarkan atas pencampuradukkan konsepsi kalender Hijriah dan Masehi sehingga menimbulkan kerancuan.

”Umat Islam Indonesia harus memahami bahwa mereka menggunakan dua sistem kalender. Kalender Masehi untuk keperluan sehari-hari dan kalender Hijriah untuk keperluan ibadah. Setiap kalender memiliki konsep dan konsekuensi masing-masing yang berbeda,” ungkapnya.

Meskipun berbeda, baik Moedji maupun Djamaluddin mengajak umat Islam menghormati perbedaan yang ada. Kejadian ini harus kembali memacu umat Islam Indonesia untuk segera membuat kriteria penentuan awal bulan Hijriah secara bersama yang berlaku nasional.

Jika sudah ada, maka konsepsi ini bisa disosialisasikan secara regional dan internasional sehingga diperoleh sistem penanggalan Hijriah yang bisa berlaku secara global.

”Sistem penanggalan Hijriah memang lebih kompleks dibandingkan penanggalan Masehi, tapi itu bukan berarti tidak bisa distandardisasi,” ujar Moedji.

38 comments:

  1. na'am ustadz,ana sokong maklumat ini diratakan ke seluruh negeri.tolong fahamkan rakyat malaysia dan indonesia soalan ini.

    ReplyDelete
  2. Bulan hanya ada satu bagi bumi.... Hari Jumaat hanya sekali dalam seminggu bagi seluruh umat manusia....

    ReplyDelete
  3. Kita kena ikut apa yg telah ditetapkan di Malaysia dan akibat yang timbul akan ditanggung oleh pemerintah

    ReplyDelete
  4. very enlightening...baru la faham...dulu ade juga kawan saya (satu family plak tu) yg menyambut hari raya ikut Arab Saudi...dah macam ajaran sesat plak...org dok sibuk beli keperluan raya, diorg (satu family) dah beraya sakan....

    yg masih menjadi persoalan....ade ketikanya umat Islam di Indonesia menyambut Hari Raya lebih awal daripada Malaysia...ia disambut pada hari yg sama disambut di Arab Saudi. Macam mane pulak tu yer?

    harap perjelaskan lagi?

    adakah cara penentuan di Indonesia (pada ketika itu) tidak/belum diselaraskan?

    ReplyDelete
  5. Salam Semua,

    Inilah yang dikatakan Ijtihad ulamak setempat.

    ReplyDelete
  6. rukyah hilal atau rukyah asobiyyah sebenarnye?
    mcm mana indonesia boleh ikut mekah tetapi malaysia x ikut mekah?

    dan perbezaan waktu cuma 5 jam, mcm mana hari boleh tertangguh sehingga 24 jam?

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum,

    elok la SoutulMujahid yang bertanya tuh belajar ilmu falaq. Dalil dari al Quran dan Hadith serta pendapat ulamak salafussoleh dah pun diberikan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt ustaz. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan semoga beroleh kerahmatan. Saya cuma musykil kerana jika sekiranya kita mengutamakan dahulu rukyah diikuti oleh hisab, kenapa 1 minggu sebelum hari raya telah pun dicanangkan bahawa raya jatuh pada hari Jumaat? Kenapa tidak kita pastikan dahulu dgn melihat anak bulan dan jika tidak kelihatan barulah kita genapkan puasa 30hari bulan Ramadhan. Jika sekiranya pada hari itu, tiba2 kelihatan anak bulan, adakah pihak berwajib akan mewartakan bahawa raya jatuh hari khamis dan bukan hari jumaat. Harap diberikan penjelasan. Wassalam

    ReplyDelete
  9. tak sangka blog ni pun menyokong perpecahan

    ReplyDelete
  10. persoalan ini tidak patut muncul pun sebenarnye. persoalan yang patut muncul adalah kenapa umat Islam berpecah kepada 57 buah negara. bukankah ia haram? jika semua tanah umat Islam bersatu sebagai sebuah negara, perbezaan hari raya takkan berlaku. So apa pandangan ust terhadap perpecahan umat Islam kepada 57 buah negara2 kecil? saya belajar di UIA, hukum patuh pada perlembagaan Malaysia dengan rela adalah syirik.

    ReplyDelete
  11. dalil yg diberikan bukan dalil utk kaedah hisab dan imkanur-rukyah. sedangkan, ada dalil yg jelas ttg kewajipan rukyah

    umat Islam berhari raya pd hari yg berlainan, nampak sangat berlaku perpecahan

    dan mana satu hari arafah kalau umat Islam berhari raya pd hari yg berbeza2?

    ReplyDelete
  12. sependapat dgn crystal dan juga yadzli

    ReplyDelete
  13. haha, so kalau org lahir semalam, dia lahir pada 9 zulhijjah atau 10 zulhijjah?

    sungguh aneh, perbezaan tarikh yang kelakar ini hanya terjadi kepada kalendar umat Islam yang sepatutnya bersatu. kalendar bangsa dan agama lain tak pernah berselisih pun.

    ReplyDelete
  14. bagaimana ust boleh menyokong wujud 2 tarikh atau 3 tarikh yg berbeza dalam satu hari?

    adakah mungkin hari ini adalah 1 ramadhan, dan dalam masa yang sama hari ini juga 30 syaban dan hari ni juga adalah 2 ramadhan?

    kalau macam tu, adakah syaitan sudah dibelenggu pada hari tersebut? atau syaitan dibelenggu ikut tempat? tempat yang sudah jatuh 1 ramadhan sahaja yang syaitannya dibelenggu? adakah lailatul qadar akan jatuh pada 2 hari yg berbeza? kalau ikut pendapat ust yg menyokong perbezaan tarikh, maka sesetengah tempat akan menyambut lailatul qadar dalam malam yg ganjil manakala sesetengah tempat lagi akan menyambutnya pada malam yang genap. malaikat2 akan turun pada satu malam shj.

    saya hairan bagaimana org seperti ust boleh menyokong perbezaan tarikh umat Islam

    ReplyDelete
  15. memang benar kita kena ikut apa yang telah ditetapkan oleh pemerintah, tapi persoalannya, adakah pemerintah itu dilantik menggunakan cara Islam?

    umat Islam mesti bersatu di bawah naungan satu ketua, di bawah satu sistem politik, bukannya berpisah kepada 57 buah negara.

    ya benar, pemimpin yang akan menetapkan tarikh tersebut tetapi pemimpin tersebut adalah pemimpin yang dibaiat oleh semua umat Islam dan kuasanya meliputi seluruh tanah umat Islam, bukannya kita ikut arahan pemimpin yang hanya dilantik oleh orang malaysia.

    ReplyDelete
  16. nasihat saya kpd pembaca blog ini, jgn taksub kepada mana2 ust. mungkin seseorg itu pakar dalam hal tertentu, tapi tak bermakna dia pakar utk semua bidang.

    jika seorang pakar ekonomi memberi nasihat mengenai ekonomi, ia mungkin berguna, tetapi jika seorang pakar ekonomi cuba memberi nasihat mengenai pertanian, kajilah dahulu nasihatnya. jgn terima kebenaran itu berdasarkan namanya

    ReplyDelete
  17. Kerana itu, putuskanlah perkara mereka menurut apa yang telah Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. (Surah al-Maidah [5]:48).

    Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang telah Allah turunkan, janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebagian wahyu yang telah Allah turunkan kepadamu. (Surah al-Maidah [5]: 49).

    ReplyDelete
  18. «Ų„ِŲ°َŲ§ ŲØُŁˆŁŠِŲ¹َ Ł„ِŲ®َŁ„ِŁŠŁَŲŖَŁŠْŁ†ِ ŁَŲ§Ł‚ْŲŖُŁ„ُŁˆŲ§ Ų§ْŁ„Ų¢Ų®ِŲ±َ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…َŲ§»
    Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya. (Hadis Riwayat Muslim)

    sekarang umat ada 57 orang yang mengakui ulil amri... tentu byk pandangan.

    seharusnya umat wajib ada seorang khalifah, ulil amri yang sebenarnya akan memutuskan setiap perselisihan.

    "Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tidak ada baiat (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah." (Hadis Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah Ustaz dengan diagram yg dipaparkan. Selama ini memang keliru dengan perubahan waktu Hijrah dan Masihi. Sekarang baru tahu.

    Syukran.

    ReplyDelete
  20. Kasihan melihat kegopohan dan ketiadaan cermat beberapa orang yang memberi komen. Jelas tak membaca habis dan teliti tulisan di atas, apatah lagi untuk faham. Malangnya, sudah dikomen dengan emosi. maka terlihatlah keaiban masing-masing. Juga terlihat tidak berjejak di bumi realiti serta menceduk ilmu dari internet, kalau ngaji engineering atau selain dari falak memang tak boleh faham keterangan di atas agaknya.

    Rujuklah kitab turath utk faham bgmn gabenor2 wilayah Islam yang jauh-jauh dari pusat pemerintahan Islam Madinah.

    Sekali lagi diingatkan, kedua-dua tulisan di atas tulisan oleh pakar bahagian falak syar'ie dari Malaysia (dari JAIS) dan Indonesia. Kredit to them.

    ReplyDelete
  21. yBase:: "kalau macam tu, adakah syaitan sudah dibelenggu pada hari tersebut? atau syaitan dibelenggu ikut tempat? tempat yang sudah jatuh 1 ramadhan sahaja yang syaitannya dibelenggu? adakah lailatul qadar akan jatuh pada 2 hari yg berbeza? kalau ikut pendapat ust yg menyokong perbezaan tarikh, maka sesetengah tempat akan menyambut lailatul qadar dalam malam yg ganjil manakala sesetengah tempat lagi akan menyambutnya pada malam yang genap. malaikat2 akan turun pada satu malam shj"

    benda2 ni kan ilmu ghaib,kite mane blh nk bayangkan or persoalkn...allah pun dah ckp, urusan2 ghaib (perkara2 berkaitan ruh dll) adalah urusannya...

    ReplyDelete
  22. boleh la rujuk sini jugak ye tuan syeikh UZAR:

    http://www.malaysiakini.com/news/148564

    ReplyDelete
  23. jika boleh berbeza hari, adakah mungkin utk kita berbeza sehingga 30 atau lebih hari berbanding negara lain?

    jika malaysia selalu tak nampak anak bulan, arab saudi pula selalu nampak, nanti lama2 orang kat arab tgh buat haji, org kat malaysia masih puasa ramadhan lagi? bagaimana mungkin dalam satu hari ada 2 tarikh yang berbeza?

    ReplyDelete
  24. orang kat arab dah nampak hilal, kenapa kerajaan Malaysia tak nak percaya dan terima?

    sama macam kalau orang selangor nampak anak bulan, maka orang di perlis pun kena terima dan guna tarikh yang sama walaupun di perlis tak nampak anak bulan. hatta sampaikan orang di sabah serawak pun kena ikut pengisytiharan semenanjung. bukankah ada negeri2 di malaysia yang lebih dekat dengan indonesia berbanding dengan semenanjung, kenapa perlu ikut semenanjung?

    sempadan apakah yang membezakan kita dengan arab saudi selain daripada sempadan ciptaan penjajah?

    ReplyDelete
  25. Boleh juga rujuk:
    http://www.mykhilafah.com/fikih/2420-penentuan-tarikh-eiduladha

    ReplyDelete
  26. ustaz, saya terfikir pertanyaan ni.
    adakah penentuan awal bulan yg lain spt muharam syabab dsb, ditentukan oleh rukyah & hisab juga?

    scr logik yg saya fikir, kalau stiap awal bulan hijrah ditentukan sama mcm awal ramadhan/syawal/zulhijjah.. pasti akan lebih tepat..

    ni pndapat sy yg tak seberapa sahaja. tq

    ReplyDelete
  27. mmg kita pakai rukyah, cuma pemerintah Malaysia tak nak percaya dan terima rukyah penduduk Mekah dengan alasan "mereka itu bukan orang Malaysia". bukankah orang Arab itu pun orang Islam?

    akhirnya kita tidak lagi bersatu atas dasar aqidah, sebaliknya bersatu atas dasar "negara bangsa" ciptaan penjajah.

    isu perbezaan tarikh ini cuma isu ranting. isu pokoknya ialah umat Islam sekarang sedang berpecah kepada 57 buah negara. so kalau boleh mintak ust huraikan permasalahan pokok ini. terima kasih.

    ReplyDelete
  28. Betul tu, Adakah kita mahu berbangga dengan "negara bangsa"? Boleh kah kita?

    ReplyDelete
  29. saya berasa kecewa dgn komen uzar yg tampak sedikit emosional dgn mengatakan pengkomen "Kasihan melihat kegopohan dan ketiadaan cermat beberapa orang yang memberi komen".

    jelas di sini, para pengkomen sendiri telah memberikan dalil2 yg jelas dan dituduhnya pula para pengkomen beremosi. walhal, uzar sendiri yg beremosi

    mcm mana pula dgn komen timb pres PAS, salahudin ayub? adakah beliau juga gopoh dan beremosi?

    ReplyDelete
  30. tak usah byk kecewa dlm hidup ini. semuanya sementara

    Memang fakta mereka emosi sehingga tidak cermat sehingga dlm menulis dan memeriksa sehingga habis artikel di atas tulisan siapa. Pengmen emosi di atas cuba mempengaruhi pembaca seolah artikel ditulis oleh saya yg tiada autoriti bhgian falak, krn saya hanya mahir bidang ekonomi. Hakikatnya artikel itu bukan tulisan saya, tetapi mereka yang pakar dari jais dan indonesia.

    Salahuddin Ayyub tiada autoriti bab falak Syarie, dan dia juga tidak menolak dlm statementnya..tetapi hanya menuntut penjelasan pihak berkuasa JAKIM.

    Namun, jika dewan ulama pas atau majlis syura yang pakar bhgian falak bersuara, mungkin better berbanding YB Salahuddin.

    ReplyDelete
  31. Nampak gayanya geng2 hizb tahrir dah berduyun2 masuk sini.. semua komen di ruang ini selepas ini khususnya dari hizb tahrir akan dipadam. elok teruskan usaha tegakkan khilafah dari sibuk berkomen dan nak berdebat di ruangan kecil ini.

    Pengalaman saya, buang masa bila debat dgn ahli hizb tahrir, wahabi ekstrem, ahbash ekstrem dan sufi ekstrem.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  34. jauh lebih penting lagi, sangat jelas kurangnya adab islam dalam setiap komen mereka. artikel jais di atas bukan pendapat uzar peribadi, tetapi pendapat entah ribuan ulama silam dan masakini.

    islam yang baginda nabi wariskan bukan hanya ilmu yang tinggi melangit semata, tetapi juga adalah akhlak dan adab sesama. wallahu a'alam.

    ReplyDelete
  35. salam 'alaik

    Seeloknya janganlah menangguk di air yang keroh dan menggunakan isu ini untuk menyebarkan fahaman gerakan anda.

    Pendapat anda tidak semestinya betul. Kita tidak boleh mendakwa pendapat kita saja benar dan memaksa orang mengikut pandandan kita apalagi jika kita taasub dengan pandangan syeikh kita.

    Biarlah urusan ini kita serahkan kepada ahlinya untuk membincangkan hal ini.

    Susah juga kalau kita yang jahil ini ingin memberikan pendapat, apalagi memaksa orang lain menerima pandangan kita.

    kepada UZAR, teruskan menulis untuk kebaikan ummat.

    wallahu 'alam

    ReplyDelete
  36. Kepada uzar, tak payah layan orang yang asyik nak hentam tak habis2, semuanya tak betul.

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum ustaz, mohon izin share artikel ini ke blog saya. terima kasih.

    ReplyDelete