Tidak dinafikan bahawa isu-isu politik hari ini cukup menarik dan segar. Ia menyebabkan sukar untuk ita mengabaikan perbincangan serta menulis berkenaannya. Banyak perkembangan baru hari demi hari yang sentiasa mengumpan maklumat baru dan terkini. Mana tidaknya, bermula dari jatuhnya empat negeri ke tangan pembangkang tanpa disangka-sangka hinggalah ke isu perlantikan menteri besar di negeri yang dikuasai alternatif seperti di Perak dan Selangor.
Tidak ketinggalan perkembangan yang juga panas di negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Terengganu dan Perlis. Barisan cabinet yang baru tanpa Samy Vellu, Shahrizat dan lain-lain. Surat Dato' Mukhriz kepada Perdana Menteri. Dasar-dasar baru pemerintahan di Penang, Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah serta banyak lagi.
Ditengah-tengah kesibukan minda ramai penduduk Malaysia dengan pelbagai isu-isu menarik di atas. Ada juga individu-individu yang kepeningan, dilemma dan dimamah ketenangan mereka dengan isu-isu peribadi dan masalah kawalan nafsu.
Hingga saya juga pening membaca soalan-soalan mereka. Di samping isu-isu kewangan yang pelbagai, datang pula soalan-soalan yang tidak kurang beratnya untuk dinasihati. Namun bagi tidak mengecewakan penanya, mari kita sama-sama kongsi beberapa petikan soalan yang sampai kepada saya. Saya hanya sempat memberikan sedikit nasihat di bawah setiap soalan. Jika ada pembaca yang ingin membaca serta berkongsi jawapan yang bernas lagi baik, saya persilakan.