Saturday, 22 January 2011

Perbankan Islam, Wang Kertas & Back Door Riba (Video)


Perbankan Islam, Wang Kertas & Back Door Riba (Video)

Benarkah bank Islam boleh menjadi ISLAM sedangkan ia bernaung di bawah sistem konvensional bank dan ekonomi? Bagaimana pula dengan penggunaan wang kertas dan tercipta melalui proses riba tentunya. Terdapatkah 'back door riba' dalam amalan perbankan Islam, disebabkan mereka mengambil untung yang lebih tinggi berbanding bayaran secara tunai?

Mengapa ulama Islam mengharuskan muslim untuk terus duduk dalam sistem kewangan Islam ini. Adakah mereka begitu 'kurang ilmu' sehingga tidak nampak keburukan wang kertas dan fractional reserve system?. 

Adakah di luar sana terdapat individu yang begitu unik dan genius di dalam dunia ini sehingga nampak satu perkara yang gagal difahami ulama dan pejuang kewangan Islam di seluruh dunia? atau rupanya mereka yang tidak nampak ada yang dilihat dan disasarkan oleh ulama sedunia?. Siapa yang kurang ilmu?

Dengarkan sedutan dari rancangan secara langsung rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 31 Dis 2010 sehingga 2 Januari 2011 yang lalu. Dengarkan secara realiti atau idealis dan fikirkan dengan amanah serta bersangka baiklah sebelum memenuhkan jiwa dengan pelbagai sangkaan buruk. Buanglah perasaaan hasad dan benci tanpa usul periksa dan memahami letak duduk situasi yang sebenarnya.

Janganlah sama sekali memotong-motong kenyataan yang diberikan dan memanupulasinya sehingga nampak buruk dan salah serta anti-usaha mengembalikan dinar emas.

Dengarkan secara adil betapa saya menyokong usaha mengembalikan matawang emas dan perak, namun juga menyokong usaha dan ijtihad ulama majoriti di seluruh dunia yang membenarkan perjuangan sistem kewangan Islam melalui sistem yang wujud hari ini.

Proses pemulihan berjalan secara beransur, selaras dengan kekuatan demand dan supply serta proses pengajaran ‘man power’ yang baru menceburi bidang ini. Proses pengajaran ini meliputi ‘bankers’, ‘lawyers’, ‘regulators’, ‘Shariah advisors’, politicians, administrators, ‘customers’ termasuk diri anda juga.

Disertakan tiga petikan video bagi memberikan sedikit ulasan InshaAllah beberapa video lagi akan menyusul dan perhatikannya di youtube. Inshaallah.

VIDEO 1







VIDEO 2







VIDEO 3








Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Januari 2011

18 comments:

  1. Berikut adalah sedikit pandangan daripada saya yang jahil ini:

    Ya, memang perbankan Islam sejak dahulu hingga sekarang dilanda pelbagai kontroversi. Terdapat kontroversi yang lebih menjurus kepada isu Syariah yang khusus dan ada pula yang lebih menjurus kepada isu Syariah yang lebih umum.

    Isu Syariah yang khusus biasanya bersifat teknikal, seperti perbezaan pendapat antara ulama Nusantara (terutamanya Malaysia yang tidak dapat dinafikan adalah antara peneraju perbankan Islam) dan ulama Timur Tengah.

    Misalnya adalah perbezaan pendapat tentang sama ada boleh ataupun tidak bagi perbankan Islam menggunakan bai’ inah. Untuk pengetahuan para netters, bai’ inah digunakan dalam urusniaga pembiayaan peribadi, kad kredit dan sebagainya.

    Ulama Malaysia membenarkan penggunaan bai’ inah kerana ia dibenarkan dalam mazhab Syafi’i, iaitu mazhab yang menjadi amalan penduduk negara ini.

    Namun demikian, ulama Timur Tengah tidak bersetuju dengan penggunaan bai’ inah dalam perbankan Islam. Mereka menawarkan alternatif, iaitu tawarruq.

    Walaupun begitu, ulama Malaysia pula berhujah bahawa tawarruq yang diamalkan oleh sektor perbankan Timur Tengah tidak benar-benar memenuhi syarat tawarruq yang sebetulnya. Ini kerana tawarruq yang digunapakai oleh sektor perbankan Timur Tengah menggunakan pihak ketiga yang ada kaitan dengan institusi kewangan tersebut, iaitu related party.

    Isu Syariah yang umum pula adalah isu yang lebih bersifat ‘falsafah’ dan bukannya teknikal. Contohnya adalah penghayatan maqasid Syar’iyyah dalam perbankan Islam.

    Maqasid Syar’iyyah bermaksud matlamat Syariah, yang mana ia merujuk pada pemeliharaan lima perkara, iaitu pemeliraan agama, nyawa, akal, harta dan nasab (keturunan).

    Ada ulama yang mencadangkan penghayatan maqasid Syar’iyyah dalam perbankan Islam demi memastikan perbankan Islam lebih berjaya dalam usaha memastikan keadilan, kesaksamaan dan segala kehendak Islam dipenuhi, dan bukan hanya sekadar mengejar keuntungan.

    Selain perbezaan pendapat antara ulama, pengendali perbankan Islam juga dikritik kerana sering menggunakan alasan darurat (konsep darurah) sebagai justifikasi bagi mengesahkan amalan perbankan mereka.

    Ringkasnya, memanglah perbankan Islam mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu yang mesti diatasi bagi memastikan umat Islam khususnya dan para pengguna lain amnya mendapat perkhidmatan terbaik, di samping keadilan dalam muamalah.

    Pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mungkin memperalatkan perbankan Islam bagi menyedut kekayaan umat Islam. Ini berdasarkan hakikat bahawa walaupun perbankan Islam sudah lama wujud, ia tetap terkongkong di bawah sistem kewangan global yang bersifat konvensional.

    Namun begitu, perbankan Islam tetap diperlukan kerana perbankan Islam menawarkan peluang kepada umat Islam bagi memajukan ekonomi mereka melalui penyertaan modal insan, penggemblengan dana umat Islam secara kolektif dan tersusun, pembiayaan yang membolehkan umat Islam membeli aset seperti rumah dan lain-lain lagi.

    Ashadi Zain
    (ashadizain@gmail.com)
    http://artikelashadizain.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
    Saya mula mengenali ustaz daripada pembacaan buku ustaz iaitu riba dan isu kewangan semasa dan ia nya menarik dan menepati dengan situasi sekarang ini. Cuma saya ingin bertanyakan apakah perbezaan pinjaman peribadi antara bank konvensional dan juga bank islam. Ini kerana saya tengok kedua-duanya mengenakan kadar faedah tertentu mengikut tempoh bayar balik di ambil.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. aSSALAMU'ALAIKUM USTAZ IZINKAN SAYA KONGSI ILMU INI DENGAN KENALAN2 SAYA TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  4. Assmualikm uztaz, ingin tanya tntg solat tahiyatul masjid: Masjid saya di Taman Brown, Gelugor, P.Pinang sedang diubahsuai. Majlis Agama Islam P.Pinang isytiharkan dewan Sek.Agama, berhampiran masjid, dijadikan masjid sementara. Di mana, skrng ni kami mengadakan solat waktu dan jumaat. Bolehkah solat sunat tahayatul masjid di sini? T kasih [semaildin@gmail.com]

    ReplyDelete
  5. Ustaz, sambung soalan saya yg terdahulu, mengenai solat tahiyatul masjid: Bersebelahan dewan Sek Agama yg diisytiharkan sbg masjid sementara itu terletak sebuah kantin sekolah. Pada hari jumaat saja, kerusi dan meja makan disusun dan diletak ke satu sudut utk membolehkan o/ramai solat jemaat. Kami tlh menentukan yg kantin ini tidak terputus saf dgn dewan utama tempat solat. Bolehkah solat sunat tahiyatul masjid di sini (kantin)yg hanya digunakan utk solat jumaat saja. T ksih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt ustaz,
    Maaf kalau mungkin lari topiknya.

    Saya ada satu kemusykilan.
    Ayah saya mempunyai hutang lapuk dek perniagaannya hampir muflis beberapa tahun lalu. Sejak daripada kejatuhan bisnesnya tersebut, beliau seolah-olah 'putus asa untuk hidup' dan sekarang boleh nak kata emak yang 'menyara' keluarga dengan berniaga kecil-kecilan. Ayah juga membantu berniaga, tapi ayah seakan tidak mahu bertanggungjawab akan hutang-hutangnya.
    Sekarang, duit untung perniagaan (kecil-kecilan) ayah hanya untuk simpanan dan kegunaan dirinya sendiri sedangkan emak yang bersusah payah mengurus belanja rumahtangga di samping membayar ansuran hutang kepada bank. Mujur hanya seorang sahaja adik saya yang perlu ditanggung kerana saya mendapat biasiswa penuh di luar negara dan seorang lagi saudara lelaki sudah bekerja.

    Persoalan saya ustaz, adakah kami sekeluarga bertanggungjawab dengan hutang lapuk ayah itu?
    Kerana saya melihat - ayah yang sepatutnya memberi nafkah kepada keluarga, dan bukannya emak. Walaupun emak berusaha membayarnya (kira-kira RM1.5k sebulan), tetapi disebabkan untuk menanggung hutang itu, perbelanjaan emak yang lain terbatas (contohnya untuk memberi wang kepada nenek dan lain2). Juga, emak tidak sesihat ayah, dan fizikal perempuannya tak begitu sesuai untuk membanting tulang di pasar :(

    Kami adik-beradik cuma kasihankan emak, kalau hutang lapuk ayah itu boleh kami 'abaikan', maka emak mungkin tidak perlu memaksa dirinya bekerja keras. Tambahan, hutang ayah dulu boleh dikatakan atas kesalahannya juga - kad kredit dan pinjaman-pinjaman besar yang emak memang dah nasihatkan awal-awal kepada ayah supaya tak ambil risiko.

    [Sekarang hutang yang tinggal kira-kira RM30k - berhutang sejak 2006 lagi - lambat nak surut kerana interest yang sangat tinggi juga mungkin.]

    Persoalan seterusnya, baru-baru ini emak ayah mendapat hadiah diskaun umrah (sehingga 70%- tetapi tidak boleh ditukar dalam bentuk wang). Dengan hutang yang masih belum jelas lagi ini, bolehkah emak dan ayah menerima hadiah umrah tersebut?

    Saya berharap ustaz dapat menjelaskan persoalan saya serba sedikit, mungkin kalau perlu ada post khas :)

    (Sebenarnya saya juga nak bertanya kalau ustaz tahu ada alternatif untuk menyelesaikan hutang - kerana ayah berhutang dengan Alliance Bank - yang confirm2 ada riba. Tetapi soalan-soalan sebelum ini lebih utama untuk dijawab rasanya sekarang)

    Jazakallahu khayr aljaza' ustaz. Thanks in advance.

    (Dah lama tak dengar ceramah ustaz secara live :))

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustaz..

    Saya tidak tahu ruangan mna yg dpt saya utarakan soalan kepada ustaz..hanya di ruangan komen ini la saya ambil kesempatan..diharap ustaz dapat memberikan jawapan dgn seberapa segera terhadap soalan saya ini..

    Untuk makluman, saya akan berkahwin dalam tempoh beberapa bulan lagi..saya menghadapi masalah kewangan..saya segan untuk meminjam dari ahli keluarga tetapi kebaikannya terhindar dari interest hutang dgn bank..dengan basic salary sya sekarang, saya tidak layak untuk membuat pinjaman dengan bank CIMB,BANK ISLAM, dll..hanya AEON, Hong Leong sahaja..berikut adalah contoh syarat oleh bank..

    http://www.aeonmalaysia.com.my/acs/af/kona/home/channel.do?channelId=-9146&selectedChannels=-8804&rootChannelId=-8804

    Adakah jika saya mengambil pinjaman dgn aeon ini termasuk dlm kategori mengamalkan riba?jika benar, saya sanggup menahan malu dgn membuat pinjaman dgn ahli keluarga yg lain..mohon penjelasan dgn kadar segera dari ustaz..

    ReplyDelete
  8. Ustaz,

    Saya minta penjelas lebih khusus berkenaan mata wang. Kalau kegunaan mata wang kertas hukumnya HARUS kerana urf, boleh share apa yang tersirat didalam Al-Quran dan Hadith? Adakah gold dinar dan silver dirham satu-satu matawang yang diikhtirah dalam Al-Quran dan Hadith? Apa pendapat Ustaz tentang islilah "Syariah Currency"?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ustaz, Saya ada soalan berkenaan dengan Pinjaman Kewangan Situasinya begini: Saya telah membuat pinjaman kewangan di KFH, sebahagian wang tersebut telah dipinjamkan secara peribadi kepada rakan yang lain. Kami telah membuat perjanjian pembayaran balik adalah sama dengan kaedah yg diberikan oleh bank. co...ntohnya saya pinjam 65K bayaran ansuran selama 20th adalah 500 lebih. Katakan saya memberikan sebahgian wang tersebut 30k kepada rakan saya dengan syarat dia membayar balik secara ansuran sama spt bank kenakan kepada saya cthya bayaran 30k utk 15th adalah lebih kutang 300 yg jumlah keseluruhannya adalah lebih besara drpd 30k. Adakah itu saya mengambil riba, sedangkan saya terpaksa membayar kepada bank dengan kadar keuntugan 4.99%. Mohon Pandangan Ustaz... wassalam

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt,

    Ustaz,

    1. saya ingin bertanya mengenai zakat pendapatan. Untuk makluman ustaz, sepanjang saya bekerja, saya belum pernah membayar zakat pendapatan. Baru2 ini, semasa menghadiri kursus, sahabat saya terkejut apabila saya beritahu yg saya tidak pernah byr zakat pendapatan. Saya ingatkan zakat hanya untuk orang lelaki dan mereka yg telah berkahwin. Macam saya masih lagi belum berkahwin dan masih tinggal dengan ibu bapa. Rupa2nya zakat pendapatan tidak ada kena mengena dgn kahwin/belum. Selepas grad 2007, saya bekerja 9bulan (Apr-Jan2008, dgn gaji RM1300++), kemudian 2008 saya masuk belajar sekejap dan dapat elaun RM1200 setiap bulan.selepas itu, Ogos2008 sehingga kini (Nov2011), saya kerja skrg dgn gaji bermula RM1873++(tahun 2008) dan kini RM 2045++..elaun tambahan tiap2 bulan saya dpt RM750(sejak Ogos 2008 sehingga kini)..

    Bagaimana caranya untuk bayar zakat pendapatan ini ustaz. Saya lihat ada publisiti mengenai Zakat Selangor. Di tpt saya d Perak, tiada pun saya lihat publisiti sebegini. Bolehkkah jika saya bayar dgn zakat Selangor?

    Harap ustaz dapat bantu.

    2. Baru2 ini, rakan sekerja saya mendengar ceramah di masjid tpt beliau,ceramah mengenai riba.
    Ustaz penceramah memaklumkan bahawa sebenarnya urusan perbankan (termasuk perbankan Islam) semuanya libatkan riba.
    Saya menjadi semakin keliru.
    Ustaz tersebut memaklumkan bahawa, sebenarnya tiada jual beli wang. Iaitu mengambil keuntungan daripada wang yg dipinjamkan. Tetapi hakikatnya yg berlaku adalah jual beli wang.
    Sebagai contoh, saya membeli kereta drp syrkt A. syrikat A telah pun mengambil untung drp urusan jual beli tersebut. Kemudian saya membuat pinjaman dgn bank dan bank pula mengambil untung drp pinjaman yg diberikan.

    Bolehkah ustaz jelaskan perkara yg sebenarnya,adakah benar bahawa perbankan Islam juga terlibat dgn riba?

    Saya ada buka surah al-baqarah mengenai riba ini. Benarkah sewa-beli juga sebenarnya adalah riba, tetapi telah dihalalkan oleh Allah swt. Saya bertambah musykil.

    Untuk makluman ustaz, saya telah terlibat dgn 5 urusan perbankan.
    1. ASB – saya tlh mmbuat simpanan ASB melalui program pinjaman yg ditawarkan oleh bank RHB
    2. Kereta – saya telah membuat pinjaman dgn Public Islamic Bank
    3. Pinjaman peribadi – saya telah membuat pinjaman daripada BSN
    4. Insurans nyawa + investment link – saya telah ambil polisi insurans Islam daripada Great Eastern Insurance-bayar melalui potongan gaji tiap2 bulan.
    5. Insurans kemalangan (PA) – saya telah ambil 3 polisi PA drp syarikat Insurans Chartis (utk saya, ayah dan ibu) – bayar melalui akaun BSN setiap bulan.

    Soalan saya, adakah mana2 urusan di atas yang melibatkan riba?jika ada, apa yg perlu saya buat? Sebab saya takut bila baca hukuman bg org yg terlibat dgn riba ini adalah kekal di NERAKA.


    Saya benar2 berharap agar ustaz dpt membantu saya.

    Terima kasih.

    Wassalam.

    -Nur-

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ya ustaz..sy nak tanya..sya membeli sebuah rumah dgn nilai 260k tp saya mark-up loan dgn nilai 270k.Jadi tuan rumah meminta sya utk menanggung semua kos guamannya,ini kerana tuan rumah tersebut perlu membayar income tax diatas nilai rumah yg sy mak-up itu..adakah hukumnya RIBA jika sy bersetuju membayar kos guaman tersebut..harap ustaz dpt memberi jawapan.kerana proses pembelian sedang dijalankan...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ustaz,sy nk tanya, bagaimana dengan pinjaman PTPTN, adalah ia dikategorikan sebagai riba?

    ReplyDelete
  13. Salam, Dr Zaharuddin

    I like the term

    "Dengarkan secara adil betapa saya menyokong usaha mengembalikan matawang emas dan perak, namun juga menyokong usaha dan ijtihad ulama majoriti di seluruh dunia yang membenarkan perjuangan sistem kewangan Islam melalui sistem yang wujud hari ini."

    In fact, saya mempunyai pandangan yang sama tentang perkara ini.

    Saya beranggapan bahawa implementasi matawang syariah, Dinar dan Dirham (D&D) bukanlah suatu usul yang MUTLAK untuk menangkis amalan riba dalam ekonomi ini. Sesetengah penyokong D&D telah usulkan kaedah pinjaman bersandarkan Dinar sebagai alternatif kepada wang, dengan ini, tidak perlu dikenakan riba. Sebagai contoh, saya PINJAMKAN (bukan BIAYA) wang saya 120 dinar kepada anda untuk membeli rumah dan dibayar kembali selama tempoh 10 tahun secara ansuran 1 dinar sebulan, dan tidak perlu dikenakan riba. Ini memang Islamik secara hakiki kerana tidak ada unsur riba secara mutlak!

    Tetapi jika diterjemahkan secara monetary, morally, kita akan terbeban untuk membayarnya. Ini kerana kita sedia maklum bahawa emas hakikatnya naik dari semasa ke semasa. Itulah keunggulan Dinar / Dirham (jikalau diterjemahkan secara monetary).

    Mungkin dianggap suatu dosa atas kenyataan saya ini
    "Saya beranggapan bahawa penegakan matawang syariah, Dinar dan Dirham (D&D) bukanlah suatu usul yang MUTLAK untuk menangkis amalan riba dalam ekonomi ini."

    Tujuan saya bukanlah menyokong sistem matawang yang ada sekarang ini, malah mengharapkan pneggunaan matawang syariah (i.e. D&D) secara menyeluruh di dunia ini. Katakanlah, jika bank konvensional bersedia untuk mengimplimentasikan matawang D&D, atau SATU DUNIA (bukan 1 MALAYSIA sahaja) menggunakan D&D sebagai trading, apakah aras kekukuhan D&D (yang sebelum ini diukur secara aspek monetary)? Jika bank konvensional berdagang D&D dengan cara riba (laknatullah), apakah alternatif kita untuk berurusan secara Islamik? Sudah semestinya DUNIA AKAN BERPALING KEPADA SISTEM PERBANKAN ISLAM!!!

    Saya sependapat, Perbankan Islam seharusnya dikritik untuk tujuan kemaslahatan umat Manusia (bukan Islam sahaja). Melalui kritikan secara ILMIAH, ia berinovasi. Justeru, sokong penuhlah Sistem Perbankan Islam bukan sahaja komited melalui pembiayaan SAHAJA, tetapi melalui deposit, Pelaburan serta Takaful, dan lain-lain lagi....

    Sekian, wassalam...

    Rij

    ReplyDelete
  14. salam ustaz,,saya ada sedikit kemusykilan, nak mintak penjelasan daripada ustaz,,sepertimana yang sedia maklum, perdagangan forex sudah difatwakan haram atas sebab2 yang tertentu,,tetapi kalau kita lihat trend sekarang di mana syarikat2 yang menjalankan forex ini telah mewujudkan islamic account khas untuk mereka yang beragama islam,,persoalannya di sini, apakah hukumnya islamic account ini?apakah ia tetap haram sepertimana hukum asalnya?andaikata hukumnya haram, bagaimana pula dengan forex yang dijalankan oleh orang islam seperti arab financial broker (afb)?apakah hukumnya?
    mohon penjelasan daripada ustaz,,kalau berkesempatan ustaz boleh jawab soalan ini dengan reply ke emel saya; forest_biohazard@yahoo.com
    terima kasih ustaz..

    ReplyDelete
  15. selamat siang sahabat
    berbagi sedikit inspirasi pagi..^_^
    "Kesuksesan itu tidak memandang siapa kita, dari mana kita, dan bagaimana kita.
    Tapi kesuksesan itu hanya melihat doa dan kesungguhan kita saja.."
    semoga hari ini lebih baik dari kemarin..^^
    ditunggu kunjungnnya sob http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  16. assalam...

    Saya nk bertanya, saya adalah salah seorang unit trust consultant yg byk mmpromosi kan pengeluaran EPF kedalam amanah saham berlandaskan shariah. Saya lihat dlm EPF, byk pelaburan dibuat ke dalam kaunter2 yang tidak shariah. Adakah WAJAR jika sye menasihati client2 sye utk masuk semula ke dalam EPF bila keuntungan dalam unit amanah telah mencapai target yg dikehendaki oleh mrk? Mohon pandangan ustaz.

    ReplyDelete
  17. Salam Ustaz,

    Dalam video ustaz nombor 3, tentang isu back-door riba, ustaz menjelaskan dari segi micro. Tetapi terlepas dari segi macro isu terbabit.

    Contoh :-
    Saya membeli kereta dgn Bank Islam (sebab Bank Islam dh terlebih dahulu beli kereta tu dari dealership kereta, saya cuma tunjuk jer kereta mana yg saya nak beli). Untuk pembayaran balik dlm tempoh 9 tahun / 108 bulan (ni zaman baru abis belajar).

    Sistem Jual Beli Bank Islam
    Harga Kereta (Dealer) = 30000
    Harga Kereta (Bank) = 40000 (Jumlah harga pembayaran masa panjang)

    Sistem Jual beli konvensional (Riba)
    Harga Kereta (Dealer) = 30000
    Downpayment = 3000
    Pinjaman = 27000
    Faedah semasa = 2.6% / 3.2% setahun (tak ingat sgt, jadi ambik mean 3.0%, tapi kalau tak silap sangat-sangat 2.6% @ 2006)
    Jumlah Faedah = (27000x2.8)x9tahun
    = 7290
    Jumlah Harga Kereta = 27000+7290+3000
    = 36804 (Jumlah harga pembayaran masa panjang)

    Jadi tengok sendiri lah kenapa orang mempertikaikan sistem perbankan islam yang ade sekarang ni... bukan kata nak tolak, tapi lihatlah kepincangan terhadap sistem yang ade, lebih mahal dari sistem konvensional (saya ambik yg bank islam punye sbb time tu naif lagi dan masih nak tegakkan perjuangan nama islam, sekarang ni dah pandai sket kira2 nie...)

    Saya rasa yang jadi pertikaian ialah, ape landasan dan hukum yang dipakai untuk menentukan keuntungan terhadap pembayaran balik jangka masa panjang... Jika sekadar saya dah penuhi transaksi dari segi akad dan pemilikkan, semua tu.. saya dah bebas meletakkan apa sahaja hargakah? Terutama bila saya tahu yang peminjam itu dalam kesempitan dan tidak banyak pilihan. (sekarang nie semua orang beli kereta kena loan, sebab tu kategori orang tak senang, pastu nak suka-suka tukar2 bank ni pon bukannyer dealer nak layan sangat, sebab dah fix komisyen kan...)

    Kita telah difahamkan sistem yang berkenaan dengan riba adalah berunsur penindasan dan mengambil kesempatan, tapi dari kira2 yang telah dibuat, sebaliknya pulak.

    Tolonglah ustaz jelaskan mana yang keruh, tegakkan mana yang terpesong.

    ReplyDelete
  18. ayam sembelih dengan tak sembelih berbeza dan tak sama. walaupun endingnya kita makan ayam juga.susah nak sembelih ayam tapi tu jer yang halal untuk kita.

    ReplyDelete