Monday, 22 November 2010

Cerai Berleluasa : Lelaki Lemah Tenaga Apa?


divorce2
Pendedahan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2008, tempoh selama sepuluh tahun perkahwinan amat kritikal sekali kerana potensi penceraian adalah besar.
Dalam kajian pada tahun 2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga sepuluh tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai. Ini bererti tempoh sepuluh tahun pertama merupakan tahun yang paling kritikan kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan penceraian.
Daripada sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LELAKI
Kita sudah biasa dengan kewujudan kementerian pembangunan wanita di Negara kita Malaysia. Secara spontan kita dapat fahami peranan kementerian terbabit adalah untuk menjaga kebajikan kaum wanita dari serba serbinya agar tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya. Namun melihat kepada keadaan semasa di Malaysia, mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu kaum lelaki yang kelihatan sudah semakin pudar keupayaan mereka.
Allah swt menciptakan isi dunia ini berpasangan agar mereka saling boleh bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka, fitrah yang pastinnya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan dinamisme. Namun, dengan jumlah wanita yang lebih ramai memenuhi institut pengajian tinggi dan setersunay semakin banyak menguasai jawatan-jawatan di medan pekerjaan. Pendidikan di dalam rumah tangga semakin terhakis, salah satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar beekrja seeangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak-anak.
Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak. Namun dunia rumahtangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni. Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan  dunia pekerjaan, tentunya kemampuannya mengurus isi rumahtangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan, tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang. Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumahtangga mereka sering gagal menampung ruang kosong yang ditinggalkan isteri bekerja. Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumahtangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa. Lebih buruk jika impak tersebut merosak jiwanya dan menjadi anak tersebut sebagai pembuli di sekolah, virus di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam Negara.
Allah swt menyebut :
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Ertinya : Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafqah yang mereka berikan.. ( Al-Nisa : 43)
Jelas dari ayat diatas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumahtangga berdasarkan dua sebab utama iaitu a) kelebihan fizikal mereka dan b) tanggungjawab mereka selaku pencari nafqah untuk keluarga.
Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pastinya masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah, berakhir dengan penceraian dan anak-anak bermasalah.
Anak-anak ini akan membawa masalahnya ke sekolah dan universiti, sebagaimana ibu dan ayah mereka membawa masalah ke tempat kerja. Akhirnya aura negatif mereka berpindah dari seorang ke yang lain, lalu mempengaruhi sekelompok masyarakat dan seterusnya Negara. Ia adalah kesan domino yang berantai.
Kerana itu keharmonian keluarga amat penting dalam Islam, dan Nabi mengatakan krisis dalam keluarga adalah penghakis agama. Ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.
Nabi memaklumkan keperluan segara mendamaikan dan menyelesaikan masalah dalam keluarga malah ia lebih besar ertinya dari sedeqah, puasa dan solat (sunat).
Nabi bersabda :-
ألا أخبركم بأفضل من درجة الصيام والصدقة والصلاة " أي درجة الصيام النافلة وصدقة نافلة والصلاة النافلة " ، فقال أبو الدرداء : قلنا بلى يا رسول الله ، قال : إصلاح ذات البين[1]
Ertinya : Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadhilatnya berbanding puasa (sunat), sedeqah (sunat) dan solat (sunat), Maka Abu darda’ menjawab : ya Rasulullah. Nabi membalas “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat” (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud : Hadis bertaraf hasan dan sohih menurut Albani)
Dan Nabi menambah selepas itu, menyebut :-
وفساد ذات البين الحالقة
Ertinya : Keroasakan dalam hubungan rumahtangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama) ( Riwayat Ahmad dan Tirmidhi : Hadis Hasan)
SEMAKIN MUDAH CERAI
Apabila wanita sudah berkerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, trend perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan, hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri). Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian. ( RUJUK )
Allah maha mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah, justeru kuasa cerai diberikan kepada suami. Namun isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah, apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syara’. Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekaligus menunjukkan kegagalan kaum lelaki.
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebegai ketua keluarga. Ia merupakan satu tugas dan amanah yang datang dengan  tanggungjawab dan peranan.
Tanggungjawab sebesar itu, memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam ruamhtangga. Keputusan yang dibuat pula mestilah cukup rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah khususnya isteri. Seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan peguam pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan. Itulah sebaik-baik cara yang Allah ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan. Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah maha mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakannya.
Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai yang menyalahgunakan kemudahan fizikal yang diberi. Digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk merempit dan bergaduh, ‘tunjuk kuat’. Sebahagiannya diguna untuk mendera anak dan isteri dan wanita lain. Minda logika dan kurang emosi yag Allah anugerahkan digunakan untuk justifikasikan segala kelalaian, menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan, padahal tiada usaha secukupnya dilaksanakan.
Akhirnya makin ramai lelaki yang gagal menggalas tugas ketua sebuah keluarga. Mendorongnya untuk terus mendesak isteri mengambil alih sebahagian tugasannya. Dan berterusan rumah menjadi ‘rumahku nerakaku’.
Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan Kementerian Pembangunan Lelaki di Negara kita?
Kita sedar, tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang lebih mudah menerima nasihat. Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda?.
SEGERALAH MELAKAR PLAN BERTINDAK ATAU..
Apapun, pemimpin Negara dan semua pihak berkuasa perlukan kaedah dan strategi jelas bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki, bukan dengan sibuk menjual ‘ubat kuat’ dan ‘tahan lasak’ tetapi untuk memperkasakan iman, ilmu, jiwa, minda mereka agar kembali boleh berperanan sebaiknya, tanpa plan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku dalam negara kita.
Sudah tentulah, pemerkasaan yang pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama, kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak-anak mereka.
Apa pandangan anda?
Sementara itu, saksikan tambahan pandangan saya dalam hal ini di petikan video pendek ini.










Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
22 Nov 2010


[1] Kalimah ‘zat al-bayn’ mempunyai dua erti dalam penggunaan bahasa arab, 1) dua puak bertelagaha 2) pertelagahan dalam kaum kerabat terdekat, khususnya keluarga sendiri.

13 comments:

  1. Salam Ustaz...terima kasih atas article di atas.Semoga kaum lelaki yg membacanya dapat muhasabah diri & memperkasakan diri sbg pemimpin dl keluarga.
    Dpd saya yang telah melalui keperitan suami yg curang

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz,

    Semoga Allah memberkati Tuan. Terima kaseh atas ilmu dan nasihat. Terkesan dengan Hadith yang disampaikan dan nasihat bahwa harus juga menangani emosi isteri dengan emosi (kaseh sayang) dan bukan logika semata.

    Wasalam,

    ReplyDelete
  3. Saya salahkan ibubapa. Sebesar-besar mahu pun setua-tua lelaki, saya tetap namakan mak bapak sebagai pesalah utama.

    Sebab mak bapak adalah authorative figure yang bertanggungjawab mendidik offspring mereka. Kalau bukan mereka, siapa lagi? Adik-beradik? Cikgu? Masyarakat? Ustaz-ustazah?

    Ibubapalah yang melakarkan corak asas kehidupan anak-anak mereka. Gagalnya ibubapa mencanting corak tu maka buruklah corak kain tu.

    Bila mak bapak gagal mencorakkan anak-anak mereka, asas sikap buruk akan berkembang selari dengan meningkatnya usia mereka yang kemudian akan terbawa-bawa ke alam perkahwinan. Yang menjadi mangsa ialah si isteri dan anak-anak. Adakah mak bapak lelaki tu mengharapkan menantu (si isteri) yang mencorakkan anak mereka (suami)?

    Pada ketika ini, mencorak-semula suami bukan semudah membentangkan fakta atau menyampaikan nasihat. Tabiat buruk dah hardwired dalam diri mereka. Instead of suami membentuk isteri, isteri pula yang perlu membentuk suami. Nah, siapa ketua keluarga sekarang?

    Budaya Melayu juga antara punca masalah. Anak-anak perempuan 'dikerah' menguasai ilmu rumahtangga tetapi anak-anak lelaki dibiarkan bebas berkeliaran. Sudahlah tak belajar ilmu rumahtangga, ilmu agama jauh sekali.

    Berapa ramai anak-anak lelaki yang turut dikerah menguasai ilmu dapur? Sedangkan urusan rumahtangga (masak, menjahit, mencuci pakaian, mengemas, etc) adalah tanggungjawab mereka. Isteri hanya pembantu mereka dalam urusan-urusan tersebut.

    Walaupun tanggungjawab mendidik anak-anak digalas oleh isteri, namun suami mempunyai bahagian yang terbesar dalam tanggungjawab ini jika dibandingkan dengan isteri.

    Sayang, berapa ramai lelaki atau suami yang tahu perkara ini? Berapa ramai pula yang dapat terima hakikat ni? Berapa keratlah yang nak take action?

    Itulah pendapat saya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Tiadalah saya ilmu akademik untuk guide pendapat saya, ilmu agama pun masih cetek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat menyokong pendapat anda...budaya masyarakat melayu tidak melatih anak-anak lelaki membantu ibubapa melakukan kerja2 rumah spt mencuci pinggan, menjemur baju, menggosok baju, membuang sampah...sehinnga ia menjadi satu stigma bahawa kerja2 ini adalah tanggungjawab anak perempuan. Ia tambah parah bila pembantu rmh yg menyediakan segala-galanya.

      Bila anak2 lelaki berkahwin, isterinya yg melakukan kerja2 tersebut...akhirnya mereka menjadi insan yg tidak tahu bertanggungjawab..kasihan isteri...ianya benar2 berlaku..ia berlaku dlm keluarga terdekat saya...

      Delete
  4. ana nampak jika si betino(Isteri)susah nak bentuk atau jenis tak hormat pada suami krna dia rasa dia brpihak yg betul sokmo, atau tak patuh dan taat perkara-2 yg harus and wajib...!! kawin jer satu lagi... paling kurang hudup kaum lelaki akan Aman 15 hari dlm sebulan.. والله أعلم

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz,

    artikel yg menarik.. rakan saya dari negara Arab juga sering bertanya, mengapa ramai wanita di Malaysia yang bekerja walaupun sudah berkahwin. Sepatutnya suami yang menanggung semua perbelanjaan rumah dan isteri tugas di rumah.. sehinggakan mendidik anak2 dan membuat kerja rumah juga tanggungjawab suami, isteri hanya boleh membantu. tetapi apakan daya, fitrah kita sudah terbalik dan berlainan.. setelah habis belajar, wanita akan berusaha untuk mencari kerja utk membayar hutang belajar, dan setelah kahwin, banyak lagi komitmen rumah sewa, kereta, anak2 jadinya, wanita itu seakan2 sudah selesa utk bekerja dan menanggung segala perbelanjaan rumah..

    Seharusnya lelaki mengambil peranan sebagai suami utk menghalang isteri dari kerja dalam masa yg sama menyediakan tempat tinggal yg selesa dan pendidikan yg sempurna buat anak2.. tetapi ini tidak berlaku dlm masyarakat kita, suami lebih suka berdiam diri malah lebih suka jika isteri bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.. tak perlu bayar nafkah, tak perlu bayar bil rumah, tak perlu bayar ape2 pada isteri.. walhal itu tanggungjawab mereka!

    Ini yang menjadikan isteri balik dari kerja, penat setelah seharian bekerja dan tidak dapat melayan suami kerana penat.. jadi wujudlah communication breakdown.. dan akan mendorong ke arah perceraian. Isteri mempunyai pendapatan sendiri, mengapa perlu ada suami?? sedangkan rumahtangga lebih dari konteks mencari duit..

    ReplyDelete
  6. salah mak bapak.. lihat ibunya seblum nikahinya, berapa org suami , dan punca2 diceraikan,, sbbni akan jd ikutan anak2.,,

    ReplyDelete
  7. masa ana gi kursus pra perkahwinan (6 thn lepas, tapi ana x kawin lagi sampai skrg), ana ingat lagi mufti Melaka pernah beritahu, punca penceraian adalah kerana nafkah batin, sama ada salah seorang gagal atau terlebih 'power'. Mulalah isteri mencari alasan utk bercerai atau suami mencari alasan kahwin lagi satu. Inilah antaranya kenapa wanita memohon cerai, sama ada x puas atau suami 'powr' ingin kawin lagi satu. Wallahu alam bissawab

    ReplyDelete
  8. Assalamu`alaikum
    Selalunya isteri, sekiranya membawa kes ke mahkamah, kebiasaannya mereka sudah tidak tahan lagi (mengikut pendapat saya lah)

    Saya kira masyarakat kita terlalu me'raja'kan anak lelaki sebab itu mereka jadi mudah berputus asa dan ego. Bukan semua lelaki, tetapi ada...Kemudian, bila berkahwin, berharap isteri menyediakan segalanya - masak, dodoi anak, padahal isteri turut bekerja. Dia lupa isterinya bukan suri rumah sepenuh masa. Sudahlah begitu, si isteri ibarat superwoman, di rumah dia isteri & ibu, yang memberi layanan tip top, di pejabat, perlu menjadi pekerja komited.

    Sehingga suami tidak sedar isteri banyak berkorban. Yang menjadi masalahnya, suami buta hati sehingga isteri makan hati. Nafkah zahir tidak pernah diberi. Ada yang beralasan, bayar hantaran kahwin mahal. ada pula beralasan, isteri sudah berkerja, buat apa aku nak bagi...

    Perkahwinan saya sendiri berakhir. Dan saya yakin itulah jalan terbaik yang Allah lorongkan untuk saya supaya terlepas dari sebuah perkahwinan di mana suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya, malah mendidik keluarga menjadi lebih baik/beragama

    ReplyDelete
  9. Saya berpendapat Encik Zaharuddin kena seimbangkan dengan membuat artikel yang begini pula tajuknya

    cerai berleluasa -perempuan kini apa masalahnya?

    Berdasarkan hadis ini

    Artinya: dari Abi Said al-Khudri: Rasulullah saw keluar pada hari raya Idul Adha atau Idul Fitri, lalu beliau melewati tempat shalat wanita dan bersabda: “Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat kalian adalah penduduk neraka paling banyak” Para wanita bertanya: “Kenapa wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Kalian banyak melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tidaklah aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas kecuali kalian”. Mereka bertanya: “Apa kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki? Mereka menjawab: “betul”. Rasulullah bersabda: “Itulah kekurangan akalnya. Bukankah jika haid wanita tidak shalat dan tidak puasa?” Mereka menjawab: “betul”. Rasulullah bersabda: “Itulah kekurangan agamanya”.- riwayat Tirmizi dan Ibn Majah

    dan

    Nabi saw bersabda: “Aku melihat neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka telah mengkufuri”. Dikatakan: “Apakah mereka kufur terhadap Allah?” Rasulullah saw bersabda: “Mereka mengkufuri suami dan kebaikan, jika engkau berbuat baik kepadanya selama satu tahun penuh, lalu dia melihat sesuatu yang buruk darimu, maka dia akan mengatakan aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu”- riwayat Ibnu Abbas

    ReplyDelete
  10. assalam ust..saya nak tumpang share artikel nie..

    ReplyDelete
  11. salam uzar.
    isteri sy ingin ceraikan sy kerana katanya, sy kurang cerdik. sy adalah seorang guru berstatus ustaz. sy lulusan universiti di dlm bidang syariah. isteri sy juga berkelulusan agama. dia seorang yg berjaya dlm kerjayanya. beliau seorang yg amat sukakan kerja2 dakwah.

    sy akui, sy hanya pergi dan balik sekolah sahaja. sy tidak seaktifnya melakukan kerja2 dakwah. kami duduk berjauhan. isteri sy selalu memarahi sy, di atas kurang nye cerdas akal sy ini. beliau yg tinggal di bandaraya besar. manakalau sy hanya tinggal dan bekerja di kampung.

    sy amat bingung dgn keadaan rumahtangga kami.
    sy masih bersabar dengannya, dan ingin mengekalkan rumah tangga kami. sy ingin berubah. tetapi sy tidak boleh berjanji akan berubah 100 peratus. usia perkahwinan kami cuma 9 bulan kini.

    mohon nasihat dan pandangan uzar.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Ustaz, benarkah seorang lelaki yang berzina tak layak untuk menjadi wali kepada anak perempuannya? anak perempuan yg melalui perkahwinan yg sah..

    ReplyDelete