Tuesday 19 October 2010

Oral Seks dan Perbincangan Hukumnya


Sudah Kahwin Baru Patut Baca Bab Ini


Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.


- Anak Empat -


JAWAPAN

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.



KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

19 Muharram 1429 H

28 Januari 2008




_______________________________________________________________

[1] http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/21/haram-oral-sex/

20 comments:

  1. salam..thanks ust... sy nk mntk izin "share" mengenai penjelasan ini di blog sy... harap ust tidak kesah utk sy sebarkan ilmu ini... wasalam..

    ReplyDelete
  2. sngt setuju dgn huraian2 yg ust sampaikn... memg jelas... so bgi diri kita utk menilai dan mentafsirnya mne yg hrus d'buat @ d'tinggalknya.. ;) thaks ust...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..terimakasih al ustaz moga ia dpt d baca ole semua insyaallah..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. terima kasih di atas penjelasan ustaz. Saya tertarik dgn tulisan ustaz - "Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak." - memang kita kena kawal nafsu supaya ia tidak memijak iman kita. wallahu a'lam. Mohon share ye ustaz?!

    ReplyDelete
  6. salam ustaz... saya mohon share di blog saya....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustaz...isu sex yg segan org nak tanya...nak mohon amik dan share diblog sy...syukran ustaz..

    ReplyDelete
  8. susah tol nk kawal diri bila nampak pompuan seksi.nak jga pandgan pon susah.nape kta plu tundukan pandangan kita bila nampak pompuan? hormat ke?

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, terima kasih ustaz, tak ramai org yg mahu bincang perkara sebegini, tp remaja kita begitu mudah mendpt maklumat lucah yg langsung terkeluar dari Islam tanpa dibimbing. bila masalah tentang sek disuarakn, ramai ustaz menolak utk menjwb.

    ReplyDelete
  10. ustaz ingin saya bertanya, memang air mazi itu najis dan tidak dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan air mani sedang kan kita manusia tercipta dari percantuman benih lelaki dan benih perempuan, dan benih elaki ini di bawa oleh air mani, dan jika najis adakah kita ini najis? dan jika kita memancutkan air mani ke dalam rahim isteri kita adakah kita memancutkan najis ke dalam rahim isteri kita? Wallahhuaalam

    ReplyDelete
  11. yg najis air mazi jer bang.....air mani tue bkn najis.... sekian terima kasih

    ReplyDelete
  12. informasi yang bergune untuk umat islam

    ReplyDelete
  13. walaupun pasangan suami-isteri diberi hak dan kebebasan untuk menikmati kelazatan tubuh masing-masing tapi perlakuan itu mestilah berdasarkan kepada asas akhlak yg mulia.Memang dlm Quraan ada sebut " tubuh isteri bagaikan ladang, maka datangilah dari arah mana yang kamu suka." Tapi mengajar kita erti adab hatta dlm berjimak dgn isteri sekali pun. Sebgai orang Islam tak cukup hanya bercakap pasal hukum itu dan ini kerana bab akhlak atau adab atau etika kena ambil kira juga. Dlm perang pun kena jaga akhlak ini kan pula dlm hal jimak. Dlm Islam jimak itu satu ibadah ertinya dapat pahala dan setiap ibadah mesilah kena ada adab baru betul. Cuba cek kitab hadis bagaimana isteri-isteri Nabi menceritakan Nabi berjimak dgn isterinya penuh dgn adab dan doa. Nabi kita memang power kerana pernah diriwayatkan pd satu malam Nabi pernah melakukan jimak dengan beberapa orang isterinya secara bergilir. Tapi semua beradab. Wahai muslimin beradablah kita dalam semua keadaan walaupun berada seorang diri.Itu lah seruan Allah kepada org bertaqwa.Sekian dari saya http://www.onemas-jendelailmu.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ustaz.. saya seorang pelajar ipt berumur 21 tahun.. saya mempunyai seorang teman lelaki berumur 23 tahun yang sudah bekerja.. kami tiggal berjauhan, dan jarang berjumpa.. kami nerjumpa aabila saya bercuti.. sepanjang hubungan kami selama 1 tahun, kami telah banyak melakukan maksiat termasuklah oral seks sehingga menghampiri zina.. pada mulanya saya menolak tetapi akhirnya saya tidak mampu menolak hawa nafsu sendiri apabila berdepan teman lelaki saya.. saya menyesal melakukannya dan ingin bertaubat.. tetapi semakin saya ingin melupaknnya pasti tidak menjadi, pasti saya akan melakukan maksiat lagi..

    kami merancang ingin berkahwin dalam masa 3 tahun lagi selepas saya habis belajar, tetapi sampai bila saya sanggup bertahan untuk terus melawan hawa nafsu saya.. ikutkan hati saya ingin berkahwin segera untuk mengelak dari terus membuat maksiat tetapi saya masih belajar dan ibu bapa saya mungkin tidak setuju.. saya mengajak teman lelaki meniggalkan perbuatan terlarang itu, tetapi dia mengatakan " da nak kahwin nanti kita taubat la", saya bingung, hati tidak tenang..

    saya sayang dia dan ingin dia menjadi suami saya kerana dia telah menyentuh saya.. adakah dia jodoh terbaik saya ustaz walaupan saya sedar saya bukanlah seorang perempuan yang baik dan tidak pandai menjaga harga diri..

    saya takut ustaz, saya bersolat, mengaji, tapi adakah amalan saya akan diterima Allah s.w.t dan adakah saya akan terus mendapat hidayah Allah walaupun banyak membuat dosa? saya takut hidup saya tidak lagi mendapat hidayah.. saya malu dan menangis bila memikirkan dosa saya.. apakah yang patut saya lakukan untuk menyelesaikan masalah saya ini.. harap ustaz dapat memberikan pandangan.. terima kasih ustaz..

    insan yang lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang macam mna? Apa yg yg telah terjadi kt kamu berdua? Saya juga menghadapi situasi yg sama.

      Delete
  15. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar untuk perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com, There could be many reasons why you need access to some extra cash – from unexpected car or home repairs to paying for your wedding or a special holiday. But whatever you need it for, when you borrow between $5,000 USD to 100.000 USD above.

    ReplyDelete
  16. Adakah anda telah dinafikan pinjaman dari bank
    Atau ada beberapa institusi kewangan menolak permintaan anda untuk satu atau lebih sebab ?.

    KAMI MENAWARKAN SEMUA JENIS PINJAMAN DARI DARI:
    - Pinjaman perniagaan,
    - Pinjaman modal,
    - Pinjaman hartanah,
    - Pinjaman peribadi,
    - Pinjaman pelajar,
    - Pinjaman ladang
    Dan lebih banyak lagi untuk melabur dengan pelabur yang baik ... Kami menawarkan pinjaman
    Kepada syarikat dan individu dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Anda berada di sebelah kanan
    Tempat untuk mendapatkan pinjaman anda.

    Hubungi kami hari ini dan dapatkan masalah kewangan anda diselesaikan!

    E-mel: margaretpedroloancompany@gmail.com

    Dapatkan masalah kewangan anda diselesaikan di sini ...

    ReplyDelete
  17. Güvenli bir şekilde temiz virüs olmayan içerikleri sizlere sunmak için çaba sarf ediyoruz ! internette turk adult forumların yok oldugu şu dönemde sizlere ifsa seks videolarını en güncel halleriyle ve tek link olarak sunuyoruz..sitemizde kesinlikle tıklayınca oraya buraya yönelen linkler bulunmamaktadır tamamen sade bir paylaşım yapıyoruz...sakirabi.com turk porno siteniz...



    TURK IFSA VIDEOLAR=====> 2019 yeni ifsa videolar


    ÜNIVERSITELI IFSALARI=====> Yerli amator videolar


    LISELI ÇITIR LOLITALAR=====> Gizli turk adult videolar


    SITEMIZ TIKLA GIR=====> adult porno indir




    2019 En yeni adult videolar


    SITEMIZ TIKLA GIR=====> turkadult



    dildoyla azan sekreteri patronu sikiyor gizli seks turk


    SITEMIZ TIKLA GIR=====> yerliadult



    SITEMIZ TIKLA GIR=====> 18 lik türk kizlarinin seks videolari



    TURK ADULT SITE


    http://sakirabi.com



    http://sakirabi.com



    http://sakirabi.com









    Güncel Turk ifsa Adult site > > > http://sakirabi.com

    ReplyDelete
  18. En iyi ve en kaliteli türk ifşa ve türbanlı ifşa için bizi tercih etmeyi unutmayın!

    ReplyDelete