Thursday 2 December 2010

Kisah Benar : Rintihan Seorang Lelaki 'Tolonglah Wanita'


Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku
Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.
Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini. Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan sampai sebegini rupa tetapi apa yang pasti email di bawah adalah sebuah kisah benar yang saya petik dari email saya. 
Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Sept 2007
23 Syaaban 1428 H
Berikut adalah emailnya :-
__________________________________________________________________________
Assalamualaikum,
(minta admin padam nama saya sebelum release)
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).
Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.
Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...
Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...
Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

36 comments:

  1. Kasihannya. Ramai yang mencari helah untuk menutup aurat. Pakai tudung tetapi baju ketat pun masih OK bagi mereka. Dan masalahnya, perempuan lain melihat ada yang bergaya di kalangan mereka juga pun, ingin mengikut sama. Mahu lebih cantik, lebih bergaya, buar dipuji-puji. Hakikatnya...

    ReplyDelete
  2. Astagfirullah....a'uzubillahiminzalik...semoga mendapat perlindungan dari Allah ...

    ReplyDelete
  3. ramai dah tumpas termasuk pak haji2...

    ReplyDelete
  4. semoga saya, anak2 dan seluruh umat manusia mendapat hidayah dan mendapat kekuatan utk terus berdiri di jalan allah :'(

    ReplyDelete
  5. Inilah dinamakan syaitan wanita tanpa disedari oleh wanita tersebut. Hilang perhiasan dunia mereka, menjalar mereka dalam masyarakat ibarat potensi daging busuk neraka untk dibaham insan nipis Iman..

    Tanda kiamat kecil semakin jelas hari demi hari..
    Semoga Allah swt selamatkan mereka yang bertakwa dan jauhi dari maksiat dunia. Astaghfirullah..

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullah..
    fitnah wanita smakin kuat mlnda..

    ReplyDelete
  7. Astagfirullah.
    Semoga kita dijauhkan dari fitnah (termasuk fitnah dari perempuan).

    ReplyDelete
  8. YA ALLAH BERIKANLAH KAMI(SAYA DAN KELUARGA) PETUNJUK DAN HIDAYAH KEJALANMU YANG BENAR, DAN JANGANLAH ENGKAU SESATKAN KAMI SETELAH ENGKAU BERIKAN KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAHMU.....ITULAH YANG SAYA DU'A SETIAP HARI...TUAN, TUAN KENA BANYAK BERMUNAJAT PADA ALLAH... BERTAHAJJUD, BERPUASA SUNAT...BERDU'A ADALAH SENJATA MUKMIN, OTAK IBADAH, MINTALAH PDA ALLAH(UD'UUNI ASTAJIBLAKUM) MINTALAH PADAKU(ALLAH) PASTI KU QABULKAN UNTUK MU))MINTA DIJAUHKAN DARI PERKARA2 YANG BOLEH MEROSAKKAN IMAN, AKHLAQ DAN IBADAH TUAN..MINTA DAPAT MELAWAN HAWA NAFSU YANG JAHAT YANG ADA DALAM DIRI SETIAP INSAN, MINTA SELAMAT DAN DILINDUNGI DARI GODAAN2 PEREMPUAN YANG TAK IKUT PERINTAH ALLA DAN RASUL S.A.W, MUNGKIN TUAN PERLU LEBIH BERUSAHA UNTUK MENCARI PEKERJAAN YANG TIDAK ADA/KURANG FITNAH2 DARI PEREMPUAN2 YANG TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN BETUL MENGIKUT SYARI'AT. INI ZAMAN FITNAH.....ZAMAN KIAMAT SEMAKIN DEKAT...SATU DARI TANDA2NYA IALAH MANUSIA SEMAKIN HILANG MALU, KERANA ALLAH TIADA DIDALAM HATI( TIDAK ZIKIR).... INGATLAHLAH TUAN ALLAH MAHA MENGETAHUI, MAHA MENDENGAR DAN MAHA MELIHAT BILA2 DIMANA JUA TUAN BERADA.... SEMUGA ALLAH MEMBERIKAN TUAN KEKUATAN UNTUK MELAWAN HAWA NAFSU TUAN SENDIRI, SETIAP KALI HADIR PERASAAN JAHAT ITU INGAT ALLAH INGAT RASULULLAH INSYA ALLAH GELORA YANG JAHAT ITU AKAN HILANG.....MUDAH2AN TUAN BERJAYA MELAWAN HAWA NAFSU YANG JAHAT ITU... SAYA FAHAM PERASAAN TUAN KERAN SAYA ADALAH SEORANG WANITA

    ReplyDelete
  9. satu lagi amalan yang boleh menjauhkan tuan dari godaan nafsu dan syaitan ialah BACALAH ALQUR'AN SETIAP HARI insyaALLAH TUAN AKAN BERJAYA MELAWAN NAFSU JAHAT TUAN SENDIRI...........SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU.........

    ReplyDelete
  10. banyakkanlah berpuasa bagi melemahkan nafsu......insya allah .....semoga kita semua sentiasa dilindungi ALLAH dari ujian ini.....

    ReplyDelete
  11. Penatkan diri dengan beribadah..Insyaallah tak larat nak tengok maksiat tu lagi..

    ReplyDelete
  12. dr mata trun k hati...jge pandangan mata...nauzubillah...

    ReplyDelete
  13. memang perit behadapan dengan perempuan sebegini.. syaitan akan sentiasa mengalihkan anak mata untuk memandang mereka.. gangguan seksual kepada lelaki ada di mana2..

    ReplyDelete
  14. email yang pada saya sangat tidak relevan kerana saya merasakan bahawa sangatlah aneh bagi seorang lelaki yang mahu melampiaskan nafsunya dengan sebegitu dasyat sekali. saya merasakan bahawa saudara yang menulis email tersebut sudah semestinya selalu memikirkan bahkan terbayang perkara yang tidak sepatutnya tatkala terlihat aurat insan yang diberi nama wanita. Saya sendiri seorang lelaki bahkan belajar di luar negara yang aurat wanita didedahkan tanpa ada sebarang batasan namun tidak pernah menjadi soal bagi diri saya untuk terlintas memikirkan perkara sedemikan rupa. Bahkan saudara yang sudah memiliki isteri yang sah diperlakukan tidak dapat menahan nafsu yang bergelora di jiwa. semoga ALLAH melindungi kita semua dari godaan syaitan yang senantiasa mahu menyesatkan umat adam as.

    ReplyDelete
  15. manusia zaman sekarang..moga Allah melindungi kalian dan diri saya

    ReplyDelete
  16. jangan nak salahkan segala cerita dunia dan isinya...kalo tak tahan, minta pertolongan Allah, mana mungkin dunia akan berubah sesenang lidah berbicara. Maka itu namanya UJIAN dan DUGAAN dan GODAAN dunia. jangan mengeluh, malah berusaha utk tundukkan pandangan. Kasihan pada isteri. Sepatutnya dah ada isteri tak perlu lag timbul rasa nak berzina secara bebas. apa la. INSAF...

    ReplyDelete
  17. Lina Chan: betul semua itu UJIAN. Dan satu ujian juga sebagai lelaki bergelar bapa saudara, melihat anak-anak saudara bebas berpakaian menjolok mata tanpa segan silu didepan bapa saudaranya, juga orang lain. Apakan daya, tak ditegur salah, di tegur juga salah hingga dipersoalkan ibu mereka. Salah siapa jika ibu-ibu mereka sendiri bangga jika anak mereka begitu. Dipuji jiran, dipuji kawan kerana memiliki anak-anak yang cantik, bergaya lagi seksi. Apa yg berlaku sebenarnya kepada masyarakat kita ini? Bukan pengaruh kawan sahaja yang merosakkan, namun kaum ibu-ibu juga turut sama mendidik anak-anak begitu.

    ReplyDelete
  18. kepada penulis rintihan..

    kalau penulis berjaya membuat semua perempuan muslim dalam malaysia ni tutup aurat pun bagaiamana dgn non muslim.. mereka tetap berpakaian seksi..masalah saudara tetap jugak tak selesai..

    ReplyDelete
  19. yo
    Masalah non muslim tu kita serahkan kepada Allah. Masalah yg utama ialah wanita muslim yg berpakaian bukan pakaian muslim.
    3 masalah utama lelaki. Wanita, takhta dan harta.

    Kepada penulis rintihan
    Jaga mata. Banyakkan puasa sunat dan bangun malam. Mohon bantuan Allah atas godaan ini. Moga diberi kekuatan kepada kita semua mengahadapi godaan akhir zaman nih. Amin

    ReplyDelete
  20. Amar maaruf nahi mungkar... slogan dan tindakan yang perlu masyarakat lakukan sekarang... pihak pemerintah, alim ulamak, para ketua masyarakat ketua2 keluarga, individu khasnya... "jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api naraka" para wanita bukan lah perempuan namanya kalau mendedahkan aurat tetapi BETINA... ttg yang bukan islam itu kerja2 pemerintah untuk menguatkuasakan undang2 di negara Islam, bukan bergelar Islam... kaji dan laksanakan "jasad dan ruh" negara Islam dan ikutilah Sahabat yang empat dalam mentadbir negara... ttg kemashlahatan rakyat, tentang akidah dan akhlak rakyat perlu diutamakan... hudud jadi paksi perundangan. kepada penulis rintihan... perbanyakkan istighfar dan mintalah allah alihkan 'alat syaitan' tu ketempat lain... mudah-mudahan org yang teraniaya dalam menjaga dirinya akan dikabulkan ALLAH

    ReplyDelete
  21. semoga artikel ini bermanfaat untuk en penghantar email dan kita semua

    http://anak-teladan.blogspot.com/2010/12/cara-menundukkan-pandangan.html

    ReplyDelete
  22. Salam..

    tp betul juga kata penulis ni..sy sendiri yg pmpuan ni pun kadang2 tolong risau bila ada kaum sy yg dengan slumbernya pakai pakaian tak cukup kain lalu depan sy. rasa mcm nak follow dia nk bgtau dia takut2 dia terlupa nak tutup badan dia, ksian jgk kan. klu boleh nak ikut sama, nk tolong hadang dia dari di lihat mata2 org lelaki. rasa mcm malu nya..kita pulak yg tolong malu. tp nak tak nak, tak dapat buat apa2, sbb orang tu akan jawab..aku punya badan,ape ko nak kisah.kang kita gak yg salah.hm..silap haribulan, t'paksa masuk court Allah sbb dia akan salahkan kita tak bgtau dia pekara benar 1 masa nnt..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum wbrkth..
    Hang terlalu obses dgn seks..smpai x reti nk blajar utk jaga persempadanan n kperluan jasmani n ruhani.

    Nasib baik hg lahir n dok kt Malaysia sbuah negara Islam..patut bsyukur dpt tgok jgak wanita2 yg mnutup aurat.
    Apa kata hg pi ke negara2 kafir..mau jadi gila kot keja dok tgok wanita2 btelanjang stiap wktu.

    Hidup ni tlalu singkat..hg patut mdekati org2 tua(wanita)dlm hidup hg(mak,mak2 sdara,tok,tok2 sdara,nenek2)
    Barulah hg buleh hormat kejadian Allah yg pling besar ertinya buat kaum ADAM..iaitu HAWA.

    p/s: apa yg baik tu dtg dari Allah n yg x baik tu bpunca dari aku sndiri (amik la yg baik2 buat hg)

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Ustaz saya mohon untuk kongsikan artikel ini diblog sy untuk perkongsian sesama islam.......

    ReplyDelete
  25. cuba tukar keje or usaha cara lain jgn nak mengeluh je, ni baru keje kat malaysia klu kat luar camna plak. Solat jaga ke x?harap saudara berkenaan usaha sambil panjat doa semoga berjaya hadapi keadaan.

    ReplyDelete
  26. nauzubillah....
    jauhkan lah aq dr maksiat...
    insyaallah...

    ReplyDelete
  27. Selain wanita yang perlu menjaga aurat, lelaki juga perlu menjaga pandangan mata nya. Saya adalah seorang pensyarah di Universiti Sunway. hampir 90 peratus pelajar dah macam separuh bogel. Malahan sesetengah pelajar tanpa segan silu dengan sengaja menggoda. Memang boleh mengelodak nafsu apatah lagi saya telah menduda selama 6 tahun. Tapi kesemuanya itu berpunca dari pandangan mata kita sendiri. kalau kita memilih untuk memandang dan obses dengan pandangan kita, itu dah tentu salah kita sendiri sebagai seorang lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah En.Adi, Alhamdullilah Allah melindungi kita dr perbuatan2 yg memudaratkan. Disamping kita boleh berdakwah dan menegur semana mampu. Situasi yg hampir sama dimana sy bkerja kilang terdapat ramai pekerja2 indon sengaja berpakaian ketat menunjuk2 susuk tubuh tak kira yg saiz bertudung mahupun yg tidak bertudung.. tetapi mereka islam. Peliharalah pandangan kita sebaik2nya..penulis harus biasa kn dgn keadaan, tetapkn iman, perbaiki iman, dan terus beriman, Inn sha Allah semua berjalan lancer.

      Delete
  28. itulah jihad yg sebenar2nya...melawan nafsu

    ReplyDelete
  29. setuju dengan pendapat lime..... Pelik sangat2!!!!

    ReplyDelete
  30. Salam.

    Saya bersimpati dengan keadaan dan kondisi penghantar email. Saya dapat menyelami keadaannya. Memang benar, cabaran dan ujian seorang yang bekerja di tempat yg dikelilingi maksiat dan wanita berbeza dengan org yg bekerja di tempat selamat (seperti pejabat agama, masjid dsb). Jangan kita prejudis dengan dia, malah saya kira pahala dia mungkin Allah beri lebih banyak kerana berhempas-pulas bermujahadah lawan nafsu dia, berbanding org yg tak alami ujian seperti dia.

    Kita jgn rendahkan dia. Hari ini mungkin dia yg alami, esok lusa bolehkah kita jamin kita selamat?

    Perit ujian yg Allah beri pd saudara. Saya doakan saudara terus istiqamah, begitu juga pada org lain.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  31. oohw? begitukah perasaan lelaki ? knp llki dikurniakan perasaan itu, ust ?

    ReplyDelete