Wednesday 20 October 2010

Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah

teddybear.jpg


Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Ketagihan Nafsu 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?

nyalaannafsu.jpg



Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.
Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.
Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

Anak : Perlu Cara Baru?

ANAK-ANAKKU



"Allah suka orang yang solat"
"Kalau kita tidak solat, Allah akan bakar dalam api, panas api tu macam termakan nugget panas, sakit mulut kan, itu baru sikit belum terbakar lagi?"
Inilah bentuk-bentuk bahasa yang biasa kita cuba gunakan dalam memberikan nasihat kepada anak-anak kita yang berumur sekitar 4-9 tahun. Tepat tak cara dan bahasa yang digunakan itu atau terlalu rendah? Atau mungkinkah terlalu tinggi?

Jawapan KeKeliruan Isu Ruju' Cerai

Ruju' Lepas Cerai


Apabila saya mendedahkan beberapa panduan dan kesilapan kerap dalam bab penceraian di Malaysia khususnya, di ruangan komentar ramai yang bertanya pelbagai soalan berkaitan, bagi menjawab soalan-soalan berikut, saya sediakan artikel ringkas ini.

Kesilapan Umat Islam Ketika Penceraian

Cerai ?!

Soalan

 

Minta jasa baik ustaz untuk menerangkan tentang displin penceraian dalam islam. Satu lagi, sekarang ini biasa berlaku di tempat kita, bila bercerai isteri akan balik rumah ibu bapanya. Saya ada dengar ia tidak dibolehkan, benarkah?

Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks

Pelabagi isu masalah seks



Tidak dinafikan bahawa isu-isu politik hari ini cukup menarik dan segar. Ia menyebabkan sukar untuk ita mengabaikan perbincangan serta menulis berkenaannya. Banyak perkembangan baru hari demi hari yang sentiasa mengumpan maklumat baru dan terkini. Mana tidaknya, bermula dari jatuhnya empat  negeri ke tangan pembangkang tanpa disangka-sangka hinggalah ke  isu perlantikan menteri besar di negeri yang dikuasai alternatif seperti di Perak  dan Selangor. 
Tidak ketinggalan perkembangan yang juga panas di negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Terengganu dan Perlis.  Barisan cabinet yang baru tanpa Samy Vellu, Shahrizat dan lain-lain. Surat Dato' Mukhriz kepada Perdana Menteri. Dasar-dasar baru pemerintahan di Penang, Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah serta banyak lagi.
Ditengah-tengah kesibukan minda ramai penduduk Malaysia dengan pelbagai isu-isu menarik di atas.  Ada juga individu-individu yang kepeningan, dilemma dan dimamah ketenangan mereka dengan isu-isu peribadi dan masalah kawalan nafsu.
Hingga saya juga pening membaca soalan-soalan mereka.  Di samping isu-isu kewangan yang pelbagai, datang pula soalan-soalan yang tidak kurang beratnya untuk dinasihati. Namun bagi tidak mengecewakan penanya, mari kita sama-sama kongsi beberapa petikan soalan yang sampai kepada saya. Saya hanya sempat memberikan sedikit nasihat di bawah setiap soalan. Jika ada pembaca yang ingin membaca serta berkongsi jawapan yang bernas lagi baik, saya persilakan.

Poligami Secara Rahsia : Ok ?

Poligami



Ana perlukan nasihat ustaz dalam sedikit hal peribadi. Ana dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki ke arah mendirikan rumahtangga insha'Allah. Ana kenal dia mula-mula semasa sejak 4 tahun lalu dan kini saya bekerja di satu ofis dengannya.
He proposed during the last month to be his second wife. Ana tidak tertutup pada poligami dan telah membuat istikharah. Alhamdulillah walaupun amat berdebar semasa hendak memberitahu keluarga, Allah telah memudahkan proses pada pihak keluarga ana. Alhamdulillah ahli keluarga telah memberi persetujuan awal.

Lelaki Cari Calon Isteri Bekerja Sahaja: Bolehkah ?


Soalan

Salam ya UZAR,
Saya bersetuju 100% dengan pendapat Uzar berkenaan isu wanita bekerja ini. Dan saya juga merupakan seorang wanita bekerjaya dan memiliki akademik yang membanggakan. Namun apa yang membimbangkan saya adalah keadaan yang memaksa wanita zaman sekarang untuk sama-sama 'turun padang' mencari rezeki demi keteguhan ekonomi keluarga.

Tambahan pula, saya (belum berkahwin) adalah daripada 6 org adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Tanggungjawab untuk membantu ibu bapa yang sudah tua juga salah satu faktor yang 'memaksa' kami adik beradik untuk bekerja selain membalas jasa kedua orang tua kami.
Namun demikian, saya tidak nafikan saya ingin benar 'kembali kepada fitrah' ajaran islam yang suci yang mana menggalakkan wanita untuk duduk dirumah menguruskan perihal keluarga dan anak-anak bila tiba masanya kelak (berkahwin).
Hakikatnya, calon-calon suami zaman sekarang juga mengenakan syarat untuk mendapat calon-calon isteri yang bekerja bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan ada juga yang beralasan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keluarga pada zaman ini (walaupun ada yang berpendapatan >RM3000).  Saya kesal sekali dengan keadaan ini dengan tiada sokongan dan peluang untuk saya 'kembali kepada fitrah' ajaran Allah.
Bagaimana pula pandangan UZAR dan rakan-rakan group?
kiriman : ~azlina~ <wawibest@yahoo.com>

Suami Hilang Nafsu Atau Disihir?


SOALAN:
Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut "panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu." Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri


SOALAN :
Assalamualaikum uztaz.saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara  melakukan seks.ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk meransangkan nafsunya dulu sebelum melakukan hubungan  kelamin.apa pendapat ustaz?

Suami Membayangkan Wanita Lain Semasa Bersetubuh


soalan
Assalamualaikum.
Ustaz, saya ada kemusykilan dalam hal kekeluargaan. Begini persoalan saya, ketika saya berjimak suami saya pernah berterus terang dengzn saya dan mengatakan dia sering membayangkan perempuan lain ketika berjimak dengan saya. Alasannya dia mahu masa berjimak di panjangkan dan kenikmatan lebih puas.
Jika saya tidak salah dalam Islam ada hukum zihar, tetapi zihar ni yang saya paham ialah menyamakan angota tubuh badan dengan muhrim. Tetapi dalam kes saya ini terletak dalam ketegori apa? Apa hukumnya, dan adakah ia sama dengan zihar? Perlukah suami saya membayar kifarah seperti zihar? Harap ustaz dapat memberi maklumat yang secukupnya kepada persoalan saya ini.
Sekian Terima Kasih.