Tuesday, 19 October 2010

Iklan Telekomunikasi Promosi Jesus?


Assalamualaikum...
Ustaz, baru2 ini saya ada mendapat emel komen tentang iklan sebuah syarikat telekomunikasi...Sila beri pandangan tentang emel ini... " ASSALAMUALAIKUM. .. .adakah anda di luar sana peka, bahawa salah satu iklan yg rasa2 lucu kat dlm TV skarang (org pakai sut kuning mcm bodoh) menggunakan lagu GEREJA dalam iklan tersebut... .Iklan tersebut telah mempengaruhi masyarakat kita dengan menyanyikan lagu tersebut secara tidak sedar kerana cuba mengikut rentak lagu GEREJA tersebut...dipetik" KU KAN MENGIKUT MU, KEMANA SAJA KAU PERGI" or dlm bahasa INGGERIS, "I'm gonna follow him" . "HIM" merujuk kepada ISA @ JESUS... .Hal ini sedikit sebanyak telah memesongkan akidah umat ISlam secara halus melalui pengaruh Iklan dan lagu tersebut.. Ramai yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan iklan tersebut best atau pun lucu...tapi sebenarnya itulah strategi org kafir utk menghancurkan agama ISLAM...semoga kita sedar dan dpt menghindari hal ini secara lebih tegas!!! SALAM.
JAWAPAN :-
salam,
Tahniah atas keperihatinan anda semua atas iklan di sekeliling anda.
maaf, cuma saya tiada info tentang 'him' adalah merujuk kepada nabi Isa as atau salah satu nama Nabi Isa.
Jika benar sekalipun, ia tidaklah terus menjadi salah, kerana menurut hadith Sohih bahawa di akhir zaman kelak, Nabi Isa akan turun ke dunia semula lalu menegakkan Shariat Nabi Muhammad SAW. Justeru, tatkala itu, sesiapa yang hidup sememangnya amat perlu follow Nabi Isa AS. Malah Jika nak ikut Nabi Isa, sekarang ini pun, ajaran asal nabi Isa adalah sama dengan Nabi Muhammad SAW, cuma beberapa bahagian yang dipinda atau ditambah di masa Nabi Muhammad SAW. Perlu difahami juga bahawa Kristian bukanlah ajaran Nabi Isa As, tetapi ia adalah ajaran paderi-paderi mereka yang menyelewengkan ajaran sebenar.
Justeru, saya tidak pasti pula samada ia benar-benar boleh merosakkan aqidah, sedangkan ramai yang tidak sedar akan hal ini. Tatkala itu, jika benar sekalipun dakwaan tadi, maka di ketika orang tidak menyedari ...maka mesej dan objektif itu tidak berguna lagi.
Pada hemat saya, mesej dan email sebegini lah yang tolong mempromosi kan nya, malah mungkin dengan dicetuskan dengan sengaja rasanya. Justeru, telahan dan takwilan sebegini pula boleh mencetus bahaya.  Malah dengan tersebarnya email sebegini, maka akan ramailah individu yang merujuk kamus biasa atau digital mencari nama jesus bagi memastikan adakah 'HIM' itu nama Nabi ISA as juga, inilah jenis kempen secara tak langsung yang merbahaya bagi umat Islam. Iaitu dengan tujuan agar orang ramai tergerak untuk membaca tentangnya. Saya sendiri terpaksa membuka sebuah kamus internet (tidak perlu saya warwarkan namanya agar tidak promosi pula) untuk mempastikan samada benar nama 'him' adalah benar-benar milik nabi Isa as juga. Ternyata tiada disebutkan, malah yang ada, adalah pelbagai info lain tentang kristian sahaja.
Malah untuk mengatakan pula 'him' bukan nama Nabi Isa yang lain, cuma ia merujuk kepada nabi Isa atau jesus dalam iklan itu. Ia juga entah datang dari mana takwilan seperti ini. Ternyata dalam iklan itu, him yang dimaskudkan adalah pengguna telefon itu. Maka mengapa ada yang pandai-pandai mentafsir yang lain dari itu.?? Malah, saya juga boleh mentafsirkan bahawa ‘Him' itu adalah Nabi Muhammad SAW.
Adapun tentang lagu gereja, maaf, sekali lagi saya tak berapa perasan ia lagu gereja.
sekian
ust zaharuddin abd rahman
5 feb 2007
17 Muharram 1428 H

No comments:

Post a Comment