Monday, 15 November 2010

Isu Raya Haji & Wuquf Berbeza Malaysia & Mekkah


Konsep Penentuan Awal Bulan Islam 
Dan Hari Kebesaran Islam Di Malaysia
Oleh : Bahagian Falak Syar'ie, Jabatan Mufti Negeri Selangor 
eid6
1. PENDAHULUAN
Penentuan awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.
Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.
Berdasarkan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:-

Wednesday, 10 November 2010

Siapa Ditipu & Ustaz Mata Duitan ?


mataduitan.jpg
Ada rakan-rakan ustaz memberitahu saya bahawa mereka agak tertekan dan sering ditipu oleh pelbagai pihak termasuk rakan yang dikenalinya.
Kes para agamawan ditipu jarang didedahkan, namun tidak dinafikan banyak juga kes ‘ustaz' menipu. Namun fokus tulisan ini adalah kes agamawan yang menjadi mangsa dan terperangkap di dalam dilema akibat status dirinya sebagai agamawan atau ‘ustaz' sehingga akhirnya memaksa dirinya untuk ‘terpaksa redha' diri dizalimi.
Terlalu banyak bentuk penipuan yang dicipta oleh manusia, cuma bentuk-bentuk penipuan tertentu sahaja yang akan menjadi fokus di dalam tulisan saya kali ini.
"Ustaz, boleh tak ustaz jadi penasihat kepada produk kami?" Tanya seorang pemilik syarikat kepada seorang ustaz terkenal bertitle Dato'.
"Produk apa ni?" Tanya ustaz tersebut.
Setelah diterangkan jenis dan semua yang berkaitan produk, rupa-rupanya ia adalah satu skim MLM. Sang ustaz mula membuat muka kurang selesa dan kurang minat.
"Tak apa ustaz, ustaz tak perlu buat apa-apa pun, saya akan mudahkan urusan ustaz, saya akan masukkan ustaz di bawah downline dan ustaz tidak perlu bayar apa-apa pun, saya akan bayarkan dan kemudian saya akan usahakan untuk penuhkan downline ustaz, ustaz hanya perlu tunggu duit sampai sahaja setiap bulan" Ulasnya dengan penuh semangat.

Saturday, 6 November 2010

Ia Lebih & Malah Sangat Sukar..


path.jpg

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas.  Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.
Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.

Tuesday, 2 November 2010

Teknik dan Medium : Antara Dai’e & Jurujual



video
Ilmu dakwah itu ibarat ilmu pemasaran dalam perniagaan. Memerlukan kreativiti dan pelbagai ilmu sampingan yang digabungkan bagi menghasilkan tarikan. Sebelum kesan itu dapat diperolehi, perlu terlebih dahulu memikirkan bagimana kaedah untuk menarik pandangan manusia dan membuka pemikiran dan menyampaikan info nasihat dan teguran. Kalau sebuah pemasaran perniagaan, penjual cuba dan berusaha walau berbelanja kos jutaan ringgit dan dollar semata-mata untuk..
“Apakah sebabnya ustaz menganjurkan pertandingan buat banner tu, boleh ustaz kongsikan signifikannya bagi ustaz” Tanya seorang pelajar Universiti London kepada saya.
“Berapa ramai je yang bertambah bacaan Al-Qurannya, solatnya dan kebaikannya selepas mendengar nasyid sami yusuf dan maher zain di youtube contohnya? Atau di konsert mereka?”

Thursday, 28 October 2010

Panduan Ringkas Bacaan Doa Kesembuhan




Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman. Doanya berwarna merah :

Tuesday, 26 October 2010

Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?

Bercampur perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.?

Friday, 22 October 2010

Awasi Islamic Fashion Show

islamic_fashion

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakwan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, feysen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. 

Thursday, 21 October 2010

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?


Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Wednesday, 20 October 2010

Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah

teddybear.jpg


Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Ketagihan Nafsu 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?

nyalaannafsu.jpg



Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.
Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.
Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.