Apabila saya mendedahkan beberapa panduan dan kesilapan kerap dalam bab penceraian di Malaysia khususnya, di ruangan komentar ramai yang bertanya pelbagai soalan berkaitan, bagi menjawab soalan-soalan berikut, saya sediakan artikel ringkas ini.
Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat adalah bab ruju'.
Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"
Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.
Bolehkah apabila seorang suami menjatuhkan talaq satu kepada isteri, maka si isteri berkata :
"abang, nanti saya fikir dulu sama ada nak terima atau tidak Talaq abang tu"
Tiada sebarang peruntukan oleh Allah swt dan RasulNya untuk wanita dalam hal tersebut. Samalah keadaannya dalam hal suami ingin ruju' kembali. Imam Ibn Qudamah berkata :
والمراجعة أن يقول لرجلين من المسلمين : اشهدا أني قد راجعت امرأتي . بلا ولي يحضره , ولا صداق يزيده . ..وجملته أن الرجعة لا تفتقر إلى ولي , ولا صداق , ولا رضى المرأة , ولا علمها . بإجماع أهل العلم ;
Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku"
Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)
Namun, khabarnya Malaysia (mungkin Ijtihad Malaysia) mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila mereka mengambil fatwa yang berbeza dengan ijma yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah tadi, ini adalah kerana berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.
Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.
Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.
Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut.
Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'.
Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.
Namun apapun, pihak pemerintah Malaysia kelihatan membuat keputusan dan ijtihad sendiri apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan sahaja dan tidak wajib: -
والجديد أنه لا يشترط لصحة الرجعة ( الإشهاد ) عليها بناء على الأصح أنها في حكم الاستدامة, ثم لم يحتج لولي ولا لرضاها بل يندب
Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju', kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita (isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 )
BOLEHKAH RUJU' TANPA MELAFAZ?
Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.
Namun ada yang bertanya kepad asaya sama ada ada cara lain, bagaimana jika berlakunya persetubuhan dalam masa iddah tersebut sebelum lafaz.?
Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :-
Hanafi : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.
Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup untuk dianggap ruju'.
Syafie : Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddahtanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram.
Imam As-Syafie berkata :-
والرد يكون بالكلام دون الفعل من جماع وغيره ; لأنه رد بلا كلام، فلا تثبت رجعة لرجل على امرأته حتى يتكلم بالرجعة، كما لا يكون نكاح ولا طلاق حتى يتكلم بهما، فإذا تكلم بها في العدة ثبتت له الرجعة
Ertinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.
Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah saya dedahkan di atas, Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju' terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti.
AURAT ISTERI DEPAN SUAMI SEMASA IDDAH
Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa iddah dalam penceraian raj'ie(normal boleh ruju') kali pertama dan kedua.
Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 )
Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya????
Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu.
Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju' dengan persetubuhan.
RUJU' DALAM KES TEBUS TALAQ
Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan perbezaan ijtihad ulama).
Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq. Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah)
Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa, namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al-Qina', Al-Bahuti)
PERLUKAH RUJU' KEPADA SAKSI?
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, Imam Syafie dalam satu fatwanya menyatakan penyaksian dalam bab ruju' adalah wajib. Berdasarkan dalil firman Allah s.w.t :
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ
Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 )
Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan sahaja namun ia tidaklah wajib.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu menuruti undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di Malaysia, iaitu setiap rujuk mesti ada saksi dan dibuat secara rasmi.
Ia baik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan fitnah serta mengambil jalan yang lebih cermat. Justeru, sebarang penyaksian ruju' boleh dilakukan di mahkamah Shariah.
Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Syafie yang menyebut :-
مذهبنا أن الإشهاد على عقد البيع والإجارة وسائر العقود غير النكاح والرجعة مستحب , وليس بواجب
Ertinya : Mahzab kami, sesungguhnya saksi dalam aqad jual beli, ijarah dan seluruh aqad selain aqad nikah dan ruju' adalah digalakkan sahaja, tidak wajib. ( Al-Majmu', An-Nawawi, 1/170)
Mazhab Syafie berfatwa, digalakkan wajib saksi dalam hal aqad nikah dan sunat dalam hal ruju'.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
8 Mei 2008
ustaz perkara ini patut dibawa ketengah kerana ramai yg tidak tahu.. dan ramai yg mengatakan hal ini tak benar .. harap perkara ini dijadikan isu di rancangan2 agama seperti al kuliyah atau yg sepatutnya.. sbb ramai yg bercerai suami akan mohon pada isteri rujuk dngn lafaz tanpa suami itu sendiri tahu yg dia telah rujuk ,,dan isteri yg tak mahu rujuk kerana mereka tak tau hukum ni,, ada yg siap kahwin lain ,, ada yg berzina,, parah sebenarnya keadaan ni..
ReplyDeleteke tengah mana lagi.. isu ni dah 1400 tahun menjadi hukum dalam Islam.. cuma masyarakat je yg dah lama sangat hidup dalam kejahilan.. wallahualam..
Deleteselaku lelaki yg bergelar suami, ilmu tentang munakahat menjadi kewajipan..
saya telah bercerai talak satu,hnya kerana salah faham dan pergaduhan yg teramat2 kecil sekadar perbalahan mulut..dan selama nikah tak pernah sya sakiti tubuh badan isteri sya.. dan tanpa saya tau hukum ni saat memujuk saat edah .. sya telah melafazkan rujuk pada isteri sya,, saat edah kami di pisahkan oleh keluarga,, dan selepas sya jumpa etikel ni pun kami masih dlm waktu edah..dan berkali2 sya melafazkan,dan cuba yakinkan isteri sya dia telah kembali sah isteri sya..dan ajak ke pejabat agama tuk mengesahkan.. tp dia tak percaya dan keluarga dia pun tak tau hukum ni.. dan mereka anggap sya hnya sekadar mereka2 hukum tuk memujuk isteri sya ke pjabat agama tuk rujuk, harap ustaz ketengahkan hal hukum talak, batas2 dlam edah dan ruju ni agar tiada lg berlaku kisah seperti ini.
ReplyDeletemak bapa sy di usia emas cerai talak satu..punca sbb tak sefahaman. km minta rujuk tapi ayah tak nak rujuk. ayah tuduh mak nusyuz. mak lak bagi peluang kat ayah utk rujuk lg. tak tahu pa lg nk buat. pening kepala..tapi bab aurat tu tak boleh ke ambil mazhab lain??leh tunjuk aurat supaya kedua2 leh rujuk??istri brhias mcm biasa. buka aurat mcm biasa supaya dorg rujuk.tak boleh ke? ayah pun dah tua.
ReplyDeleteSeorang perempuan mencukupkan iddahnya dengan mengambil pil perancang keluarga pada haid yang ketiga.Beliau tidak menghabiskan pil tersebut dan setelah selesai haid beliau berkahwin.Adakah sah perkahwinan itu?
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz..saya nak bertanya tenang "tadakhul eddah", bagaimana keadaan isteri dan suami selepas itu? syukran..
ReplyDeleteUstaz saya nk tanya ade sedikit keliru , jika isteri tidak mahu rujuk tetapi si suami telah beritahu yang dia nk rujuk mereka dikira suami isteri balik ? Walaupon si isteri x rela dan x bahagia jadi si isteri tetap terpaksa tinggal dan kembali jadi isteri kpd si suami tu ? ={
ReplyDeleteDunia ini adalah tempat yang kejam nyata. Saya telah menderita masalah Perkawinan selama 9 bulan sekarang karena tidak mengetahui sahabat saya telah menjadi penyebab utama masalah saya. Kisah saya mungkin berguna bagi Anda, mohon luangkan waktu Anda dan baca.
ReplyDeleteSaya Ny. Felicia, saya telah menikah dengan suami saya selama 8 tahun dan kami memiliki seorang putra berusia 4 tahun. Pernikahan saya sangat indah dengan suami saya karena kami begitu saling mencintai sampai suami saya berubah secara otomatis ke arah saya dan putra saya. Dia mulai tidur larut malam dan berhenti merawatku dan putra kami
Beberapa kali saya bertanya apa masalahnya tapi dia tidak pernah punya alasan untuk kelakuan salahnya terhadap saya dan putra kami. Dia terus mengatakan kepada saya bahwa kepalanya berat dan dia lelah dengan pernikahan kami. Dia mengatakan dia ingin bercerai. Saya memohon beberapa kali dan mengingatkannya tentang kehidupan lampau kami yang indah, tetapi dia tidak pernah mendengarkan saya ataupun tangisan putra kami. Suatu hari seorang teman saya datang ke kota kemudian saya menceritakan kepadanya tentang situasi saya. Dia menghubungkan saya dengan seorang pria hebat yang disebut Dr Okosu. Dia mengatakan kepada saya bahwa pria ini telah membantunya mendapatkan mantannya kembali dan mendapatkan pekerjaan yang baik juga. Dia menyarankan saya untuk memberikan dia pengadilan. Saya menghubungi orang ini melalui emailnya: drokosu01@gmail.com
Dia mengatakan kepada saya bahwa sahabat saya adalah penyebab masalah saya. Bahwa sahabat saya menggunakan pesona cinta pada suami saya untuk menghancurkan perkawinan saya. Ohh ini membuat saya benar-benar bingung tetapi bersyukur kepada Tuhan bahwa Dr Okosu mampu mematahkan pesona dan dalam 2 hari suami saya kembali ke rumah dan memulihkan dirinya sendiri dia menunjukkan betapa dia mencintaiku seperti yang dia gunakan. Semuanya bekerja dengan sempurna dan kita semua hidup sekarang sebagai satu keluarga bahagia. Beberapa hari kemudian teman saya juga datang kepada saya untuk mengkonfirmasikan perbuatan jahatnya dan memohon pengampunan saya. Dr Okosu memintaku untuk memaafkannya dan aku melakukannya.
Saya akan terus berbicara tentang perbuatan baik Anda, Man Dr Okosu yang hebat. Dan semoga Tuhan Yang Maha Kuasa terus menggunakan Anda untuk membantu orang lain di dunia ini.
Tolong orang saya tidak menderita dalam diam, Anda juga dapat mencoba pria ini saya percaya itu akan bekerja untuk Anda seperti itu berhasil bagi saya. Ini adalah emailnya: drokosu01@gmail.com atau whatsaap +2348119663571
Dr Okosu juga bagus untuk solusi pada banyak masalah lainnya
(1) Apakah menginginkan mantan Anda kembali.
(2) Apakah Anda ingin menjadi kaya
(3) Anda ingin menemukan cinta sejati
(4) Menginginkan seorang anak.
(5) Anda ingin beruntung dalam semua yang Anda lakukan
(6) Apakah Anda ingin mendapatkan uang Anda yang hilang kembali atau mendapatkan pembayaran Anda.
(7) membutuhkan bantuan keuangan.
(8) Apakah Anda ingin mengendalikan pernikahan Anda
(9) Obat untuk penyakit apa saja.
Hubungi DR Okosu hari ini dan saya yakin Anda tidak akan menyesal. Email: drokosu01@gmail.com