Wednesday 20 October 2010

Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks

Pelabagi isu masalah seks



Tidak dinafikan bahawa isu-isu politik hari ini cukup menarik dan segar. Ia menyebabkan sukar untuk ita mengabaikan perbincangan serta menulis berkenaannya. Banyak perkembangan baru hari demi hari yang sentiasa mengumpan maklumat baru dan terkini. Mana tidaknya, bermula dari jatuhnya empat  negeri ke tangan pembangkang tanpa disangka-sangka hinggalah ke  isu perlantikan menteri besar di negeri yang dikuasai alternatif seperti di Perak  dan Selangor. 
Tidak ketinggalan perkembangan yang juga panas di negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Terengganu dan Perlis.  Barisan cabinet yang baru tanpa Samy Vellu, Shahrizat dan lain-lain. Surat Dato' Mukhriz kepada Perdana Menteri. Dasar-dasar baru pemerintahan di Penang, Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah serta banyak lagi.
Ditengah-tengah kesibukan minda ramai penduduk Malaysia dengan pelbagai isu-isu menarik di atas.  Ada juga individu-individu yang kepeningan, dilemma dan dimamah ketenangan mereka dengan isu-isu peribadi dan masalah kawalan nafsu.
Hingga saya juga pening membaca soalan-soalan mereka.  Di samping isu-isu kewangan yang pelbagai, datang pula soalan-soalan yang tidak kurang beratnya untuk dinasihati. Namun bagi tidak mengecewakan penanya, mari kita sama-sama kongsi beberapa petikan soalan yang sampai kepada saya. Saya hanya sempat memberikan sedikit nasihat di bawah setiap soalan. Jika ada pembaca yang ingin membaca serta berkongsi jawapan yang bernas lagi baik, saya persilakan.
SOALAN PERTAMA
Salam, ustaz saya ingin kepastian dan ingin tahu, saya telah bernikah pada 7 hb Sept 2001 dan sekarang dah tahun 2008   
Dan ini pernikahan kami telah hampir 8 tahun dan sekarang mempunyai 2 org cahaya mata. Disini masalah saya dan suami kami telah melakukan persetubuhan pada awal perkahwinan kami, pada tahun pertama pada bulan puasa (ramadhan) kerana awal perkawinan kami berkerja lain shift dan pada cuti bersama kami telah melakukannya,disini kami ingin tahu apakah hukumnya kerana kami belum menggantikannya dan apakah denda yang kami kena lakukan selain berpuasa. Tolong bantu saya.     
 Terima kasih, salam
ULASAN RINGKAS UZAR :
Bersetubuh di siang hari Ramadhan antara suami isteri adalah suatu dosa besar dan berikut adalah hukuman ringkasnya :-
1) Puasanya terbatal
2) Kedua-dua mereka berdosa besar.
3) Wajib menggantikan puasa mereka berdua
4) Wajib melunaskan kaffarah menurut turutannya ( jika pasti tidak mampu barulah akan turun kepada kaffarah kedua)
a- Membebaskan seorang hamba (namun hal ini sudah tiada di zaman ini)
b- Puasa berturut-turut selama dua bulan  (jika sudah mencuba dan tidak mampu, namun jika belum mencuba sudah mendakwa tidak mampu ia adalah ditolak, demikian juga seseorang yang sihat wal afiat dan segar bugar serta kaya pula, haram bagi mereka untuk menggantikan kaffarah 2 bulan puasa kepada yang ketiga)
Amat mudahlah untuk memberi makan 60 fakir miskin bagi seorang yang kaya. Cuba kita kirakan, anggaplah sekali makan sehingga kenyang hanya RM 5.00 x 60 orang, hanya mencecah RM 300 sahaja. Sangat tidak ada ertinya bagi mereka yang bergaji besar.

Justeru itu, kalau bukan karena nasihat pasti dari doktor pakar yang menyatakan anda mempunyai sakit sehingga tidak boleh berpuasa 2 bulan berturut, barulah boleh menggantikan kaffarat puasa 2 bulan berturut-turut menjadi memberi makan 60 fakir miskin.
c- Memberi makan 60 orang faqir miskin
Tanpa menafikan perdebatan fiqh yang panjang bereknaan samda kaffarah jatuh kepada lelaki sahaja atau kedua-dua mereka. Saya kira bagi meringkasakna jawapan, eloklah pihak wanita melunaskan kaffarah dengan member makan 60 orang miskin. Manakala si lelaki perlu berpuasa 60 hari. Wallahu'alam.
SOALAN KEDUA
salam ustz..
Saya nak tanya ape yang saya boleh buat kalau saya terlanjur dengan bukan mahrm saya pada bulan puase?? Ape saya nak buat untuk saya tebus dose-dosa saya?? adakah semua solat-solat  saya selepas tu tidak diterima ALLAH S.W.T?? Saya menyesal ustaz.......
ULASAN UZAR
Hukum zina adalah haram tanpa syak lagi dan menghilangkan nur di hati mereka yang terlibat. Tanpa taubat yang sebenarnya, si pelaku akan sentiasa mendambakan lagi zina dan lagi. Mereka adalah seperti telah dijangkiti virus pembunuh yang amat sukar diubati. Sama seperti mereka yang mula berjinak dengan chit chat karut marut dan web lucah.
Namun apabila zina ini berlaku di bulan Ramadhan, dosanya bertambah besar kerana dikira suatu penghinaan kepada bulan mulia bulan ibadah tersebut.
Apa yang perlu anda lakukan, sudah tentu bertaubat dan saya sudah pun pernah mengulas hal ini. Anda boleh membacanya sebagai berikut :-
usteru, bagi mencapai taubat yang sebenar ini. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.
Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : bab: "Ilmu sebelum beramal". Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)
Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.
Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an). Dan dalam hadith:
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).
Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)
2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
3) Segera menangisi dosa zina yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.
4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Bukti azam kukuh itu adalah dengan membatalkan semua 'dating' dengan tunang itu dan tidak lagi berdua-duaan sehinggalah berkahwin.
Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )
Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadits sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".
5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Jangan berchat dan ber'sms' akan perkara yang boleh membangkitkan nafsu anda dan tunang. Hentikan dan putuskan talian jika perasaan itu mula mendatang.
6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT ertinya :
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً
Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)
7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :
إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم
Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).
Justeru, banyakkan bersedeqah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa zina tadi.
SOALAN KETIGA
Assalammualaikum ustaz ,
Ada satu pemasalahan yang tidak tertanggung oleh saya sekarang, saya harap ustaz boleh membantu saya dengan memberi jawapan dan hukumnya serta apakah tindakan yang perlu diambil oleh saya untuk memastikan saya tidak melakukan dosa walaupun yang tidak saya sedari.
Saya sudah bertunang, usia pertunangan saya mencecah 5 bulan, hubungan kami suci kerana saya tidak membenarkan dirinya menyentuh saya walaupun bepegangan tangan . Dia meghormati saya dan saya yakin tunang saya juga adalah baik walupun tidak terlalu alim..
Saya amat menyayangi dirinya . Tapi sejak kebelakangan ini dia cuba untuk menyentuh saya dan memegang tangan saya . saya manusia biasa ustaz, kadang-kadang saya tewas, tapi kami cepat sedar. Tunang saya selalu menyatakan dia tak akan menyentuh saya sehingga kami perhubungan kami halal. Saya amat kagum dengan pengakuanya. Tetapi sejak kebelakangan nie saya rasa amat kesian akan dirinya kerana dia pernah meyatakan terseksa pabila menahan gelodak nafsu bila bersama saya tetapi dalam pada itu dia bersumpah untuk tidak menyentuh saya. Tiap-tiap malam dia menyuruh saya tidur memeluknya . Tetapi kami hanya di telefon. Saya menuruti kehendaknya tetapi saya tidak tahu perbuatan saya itu berdosa atau tidak. Dia juga pernah menyatakan selalu berasa  terangsang bila teringat saya sewaktu tidur.
Saya pernah terbaca didalam satu artikel ustaz bahawa adalah bahaya jika seorang lelaki yang menyatakan kehendak seksualnya . Kerana dia akan memperlakukan kepada wanita lain setelah berkahwin, Tetapi walaupun dia begitu saya yakin dia tidak akan mengajak saya melakukan zina sekaligus memperdaya kan keimanan saya dan mencemari batas-batas yang telah kami jaga dari awal perkenalan sehinggalah pertunangan. Soalan saya adalah saya amat takut ustaz jika kami berjaya digoda oleh nafsu syaitan kerana kadang-kadang saya pun merasa terangsang apabila kesian kat dia yang bersungguh-sungguh mengawal nafsunya terhadap saya . Saya tahu dia terseksa .   :cry
ULASAN RINGKAS UZAR
Maaf saya katakan, semua boyfriend atau kekasih yang merayu dan memberitahu secar aterbuka kehendak sesksualnya kepada teman wanitanya atau sebaliknya adalah lelaki dan wanita yang TIDAK BAIK dan berisiko untuk dijadikan teman hidup. Demikian jika diikutkan kepada sifir normal kehidupan manusiawi. Kecualilah ia disambar kilat keinsafan.
Tindakan teman lelaki yang mendedahkannya tidak lain kecauli permainan Syaitan dan nafsu lelakinya untuk memerangkap sdri agar merasa simpati hingga akhirnya menyerahkan tubuh saudri kononnya atas dasar ingin membantu.
Jika saudari benar-benar kasihkannya, KETAHUILAH melayan teriakan nafsu teman lelaki tadi bukanlah membantu sama sekali, sekali lagi saya nyatakan sebarang tidakan melayan nafsunya BUKAN MEMBANTU tetapi menghukumnya dan menghukum diri anda sendiri. Iaitu menghukum diri untuk dihumban ke jalan neraka. Insaflah. 
Tindakan itu hanya disukai oleh Syaitan kerana berpeluang  menjatuhkan anda berdua ke lembah hina zina. Saya setuju dengan ulasan seorang rakan saya yang mengatakan
"Sekali si wanita itu berikan tubuhnya kepada kekasihnya kononnya atas dasar kasih dan simpati"
"Selepas itu, tiada lagi sebab kukuh untuk si lelaki mengahwini si wanita dan rasa kasih kepada sang wanita itu. Kerana wanita yang telah menyerahkan tubuhnya sebelum kahwin (tanpa merasa kesal dan taubat) adalah wanita yang para lelaki fikirkan TIDAK sesuai dijadikan isteri, mereka hanya untuk permainan sahaja. Malah wanita tadi telah menjatuhkan nilainya kepada kategori wanita murah, tiada nilai lagi untuk dijadikan suri hidupnya"
Saya tidaklah setuju seratus peratus (atau secara pukul rata kepada semua kes) dengan kesimpulannya namun saya bersetuju bahawa kebanyakannya akan berakhir demikian. Jika berkahwin sekalipun, penceraian akan menjelma dalam beberapa tahun sahaja.
Kesimpulannya, hentuikanlah rasa simpati tidak bertempat dan nasihatilah teman lelaki anda, dan jalan keluar hanyalah berkahwin dengan segera.
Syarat terpenting juga, adalah jauhilah berdua-duaan kerana itulah punca sentuh menyentuh berlaku dan akhirnya ke lembah zina. Sekian. 
SOALAN KEEMPAT
Assalamualaikum, ustaz, saya mempunyai buah hati yang saya sayangi, pada 3 tahun yg lalu dia dirogol oleh sekumpulan lelaki di rumah sewanya (ketika itu dia sedang belajar di Kolej ****), salah seorng lelaki itu merupakan tuan rumah sewa tersebut. Perkara ini dirahsiakan selama 2 tahun dari saya kerana takut kehilangan saya, namun alhamdulillah saya masih dapat menerima walaupun hati berdendam dengan binatang perosak gadis tu.
Hasil kejadian rogol tersebut menyebabkan buah hati saya dijangkiti Sifilis, tetapi alhamdulillah makin beransur pulih disebabkan ubat Homeopatinya.
Namun kesan dirogol menyebabkan nafsu seksnya menjadi kuat (pengakuan sendiri olehnya) yang menyebabkan tidak tahan melihat lelaki. Ini menyebabkan dia meminta untuk saya berkahwin dengannya, takut terlanjur.
Saya masih berlajar, tetapi ada membuat bisnes sikit-sikit , income cuma x sampai RM500 sebulan, dan saya amat menyayanginya. Ibubapa saya tidak benarkan kami bertunang, pada pandangan ustaz, bolehkah sekiranya saya hanya buat 'Nikah Gantung' yang selalu dibuat oleh pelajar universiti? Kerana saya tidak mampu untuk menyaranya lagi. Bagaimana kalau ibubapa saya halang jugak kerana tidak habis belajar? Ibubapa saya tidak tahu bahawa buah hati saya itu dirogol dan pernah alami sifilis.
- Nikah Gantung : nikah dahulu, kenduri x dibuat dan x tinggal bersama.
ULASAN RINGKAS UZAR
Sifilis adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi Treponema pallidum, menular melalui hubungan seksual atau secara transmisi vertikal. Sifilis bersifat kronik, sistemik dan menyerang hampir semua alat tubuh.
Bila tidak terawat, sifilis dapat menyebabkan kesan serius seperti kerusakan sistem saraf, jantung, atau otak. Sifilis yang tak terawat dapat berakibat fatal. Orang yang memiliki kemungkinan terkena sifilis atau menemukan pasangan seks-nya mungkin terkena sifilis dianjurkan untuk segera menemui dokter secepat mungkin. (rujuk Wikipedia dan http://www.health-lrc.or.id/pdf/Penyakit%20Menular/Sifilis-HIV-FA01.pdf)
Itu adalah serba ringkas takrif silflis, namun setelah membuat bacaan ringkas tiada pula saya jumpai info yang menyebut bahawa salah satu kesan sampingan siflis adalah nafus menjadi semakin tinggi.
Yang dijumpai, antara kesan penyakit siflis jika tidak dirawati segera adalah
If left untreated, gonorrhoea can lead to pelvic inflammatory disease in women. This can cause fever, pain and can lead to infertility or ectopic pregnancy (where the baby begins to grow outside the womb) or giving birth to the baby early.
In men, if left untreated, it can lead to inflammation inside the testicles and prostate gland and may affect fertility (http://www.condomessentialwear.co.uk/infections/gonorrhoea-long-term-effects)
Dan juga
Penyakit Gonorrhea yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan masalah yang serius serta kerosakan kekal pada kesihatan wanita dan juga lelaki yang dijangkiti.
Bagi wanita, gonorrhea adalah penyebab utama Radang Pelvis (pelvic inflammatory disease atau PID). PID kadang kala tidak menunjukkan apa-apa simtom, namun PID boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian, rahim (uterus) dan tisu-tisu di sekelilingnya. Kerosakan ini boleh membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvis, mandul, dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang boleh mengakibatkan kematian.
Bagi lelaki, jangkitan gonorrhea boleh merebak ke epididymis (salur yang membawa keluar sperma dari buah zakar/testis), mengakibatkan rasa sakit pada zakar dan buah zakar serta boleh mengakibatkan mandul sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.
Kuman yang mengakibatkan Gonorrhea juga boleh memasuki darah dan sendi-sendi tulang. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut. Mereka yang dijangkiti Gonorrhea mudah dijangkiti virus HIV sekira terdedah kepada virus tersebut. Pembawa HIV yang mengidap Gonorrhea juga dapat memindahkan virus HIV dengan mudah kepada orang lain (http://sharingcaring.wordpress.com/ ) 

Justeru saya kira masalah "nafsu yang naik tadi bukanlah sebab siflis" namun kerana yang sebenarnya ia menghidapi penyakit nafsu setelah dirogol, lebih membimbangkan saya penyakit jenis ini sebenarnya boleh menjadi suatu tanda bahawa si wanita itu agak rela dan suka semasa dirogol. Ini kerana jika wnaita yang benar-benar dirogol dengan paksa, mereka sama sekali tidak akan suka dan nafsu menjadi rendah dan 'trauma' kepada hubungan seks kerana terkenang titik hitam itu. Namun apa yang saudara ceritakan ini agak pelik kerana si mangsa menjadi bertambah nafsu pula. Sebab itulah terdapat sedikit sangsi saya terhadap isu rogol ini. Jika benar dirogol, saya bimbang ia tidaklah benci dengan kejadian rogol itu, malah menikmatinya.
Selain itu, dari apa yang saudara ceritakan, inilah masalah wanita hari ini, tidak melaporkan kepada polis setelah dirogol kerana malu dan lain-lain. Dalam masa yang sama ia membiarkan perogol-perogol itu bebas untuk merogol lagi. Adalah zalim dan berdosa hukumnya membiar diri dirogol oleh orang yang dikenali pula terutamanya tanpa bertindak dan melapor kepada polis.
Adapaun cadangan saudara untuk berkahwin secara nikah gantung bagi menyelamatkan hubungan anda berdua adalah baik. Berdasarkan kefahaman umum berkenaan istilah nikah gantung, nikah tersebut akan menjadi sah sekiranya semua syarat dan rukun nikah telah dipenuhi. Iaitu suami, isteri, wali, aqad dan saksi. Adapun kenduri bolehlah dibuat kecil-kecilan sahaja terlebih dulu.
Apa yang penting adalah lelaki dan wanita sudah dikira suami isteri dan halal hubungan mereka berdua.
Justeru bagi saya secara peribadi, jalan keluar nikah gantung adalah baik dan boleh diterima dalam keadaan situasi yang saudara ceritakan. Namun anda masih wajib menyarakan sekadar yang termampu dengan wang yang anda berdua miliki. Bekerjasamalah di waktu ini. Moga berjaya..
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Mac 08

1 comment:

  1. salam alaikum ustaz.
    Bolehkah sy dan isteri beronani melalui online? ini kerana kedua2 kami masih belajar (isteri berada di Europe, sy berada di Australia) dan kami selalu berpisah utk tempoh yg agak lama. Suasana musim panas sgt menghairahkan walaupun sudah cuba sedaya upaya menjaga mata. Jika isteri sy menolak sy berkemungkinan utk berimaginasi wanita selain dari isteri. Sy rasa berimaginasi wanita lain lg berat dosa dia berbanding beronani dgn isteri seecara online ini.**sy baru kahwin dan mempunyai nafsu yg agak tinggi.

    ReplyDelete