Wednesday, 15 December 2010

Putus Cinta & Persoalan Jodoh



brokenheart.jpg

SOALAN
Assalamualaikum ustaz
Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..
Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi.
Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4 hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4 hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya, tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menghantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

Soalan saya.
1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?
2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?
JAWAPAN

Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat ‘patah hati’ dan ‘putus cinta’ adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.
Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.
Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.
Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia.

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat  kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.
Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk ‘link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari  yang mungkin sedang rosak akibat ‘virus cinta' tersebut.
Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.
Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :
1)    Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu  kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.
   
2)    Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.
Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.
   
3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.    
4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.


Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Zaharuddin Abd Rahman
1 Ogos 2009

20 comments:

  1. assalamualaikum ustaz..
    kisah saya pun lebih kurang dengan kisah di atas tetapi yang bezanya saya ini lelaki. saya telah bercinta dengan seorang gadis ini hampir 2 tahun dan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. kami sentiasa bahagia bersama dan tidak ada sebarang masalah. oleh kerana percintaan kami ini adalah percintaan jarak jauh, terdapat ujian yang melanda hubungan kami ini. kekasih saya ini ada mengenali seorang lelaki di tempat kerjanya. mereka baru sahaja berkenalan dalam 2 minggu. lepas itu kekasih saya ini meminta saya untuk memutuskan hubungan saya dengannya kerana dia rasa dia tidak yakin dengan hubungan saya ini.

    saya tidak dapat menerimanya kenyataan ini kerana kekasih saya ini baru sahaja mengenali lelaki itu dan terus berkata dia cintakan lelaki itu. sedangkan saya bersama dengannya sudah 2 tahun dan dia boleh terus melupakan kenangan saya dengan dia selama ini.

    persoalan:
    ustaz, adakah perkara sebegini ada berkaitan dengan gangguan makhluk halus ataupun buatan orang seperti sihir atau ilmu guna-guna? jika ada bagaimanakah cara untuk mengubatinya.

    alhamdulillah selepas kejadian ini, saya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. berdoa, solat tahajjud, solat istiharah, solat hajat dan sebagainya. di dalam doa saya, saya ada berdoa supaya saya di jodohkan dengan kekasih saya ini. adakah perbuatan saya ini dibenarkan sedangkan jodoh dan maut itu di tangan datang dari Allah?

    ReplyDelete
  2. Salam..ade kemungkinan jugak ganggung makhluk atau sihir..tp utk berubat atau merawat, g la tempat yg sewajarnye..jgn jumpe bomoh atau pawang.. ade mcm2 pusat rawatan semacam darulsyifa skrg ni bleh dibuat rujukan..

    ReplyDelete
  3. Dan mereka mengikuti apa [76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan [77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat [78] di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu jangnalah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya [79]. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
    Al-Baqarah:102

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbarkth..

    Hg ni Dik Non..mcm la xdak jantan lain yg bkenan kt hg.Aku x pcaya la..

    Hg kena pcaya Qada' n Qadar Tuhan.Kalu dh ditakdirkan kita xdak jodoh dgn sesorg..bkawan brp ribu tahun pun..tetap x akan jd spt yg kita hrp n rncangkan.Manusia hanya merancang..Tuhan yg menentukan.

    Sbnarnya Tuhan mrancang pkara yg lebih baik utk hg pd ms depan di atas kegagalan yg hg tempuhi hari ini.

    Apa ni Dik Non..pi dok layan bomoh la plak?Kalu la ramalan bomoh tu betui..lama dah dia kaya raya,menang sport toto or nombor ekor.Ni balik2 keja jd bomoh smpai kertu..x serik2 dok tipu org.Bomoh ni sntiasa ada..slagi ada org yg mencari depa.Ia sjenis bisnes nk cari mkn la Dik Non..dmana ada pmintaan, disitu ada pnawaran.

    Mintak tolong kpd Allah swt..bukan mtk tlong drp manusia.manusia hanya bleh tolong nasihat n bg dorongan ja..lgpun manusia ni x smpurna.
    Kembalilah kpdNYA..krn dia Maha Mgetahui akan sgla2nya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kemaruknya masing2.. .doa yang terbaik aje lah.. yang kita suka tak semestinya yg terbaik.. yg kita tak suka tak semestinnya tak elok.

    ReplyDelete
  7. ye... setuju dengan sNs...yang terbaik je la...yang terima seadanya.

    ReplyDelete
  8. setuju dengan sNs..
    kalau dah jodoh..
    saya pun pernah putus tunang (atas kehendak bakal mertua),kecewa mmg kecewa tp..doa semoga ALLAH Tentukan yang terbaik utk saya dan keluarga, doakan juga isteri solehah..ALHMDLLH
    lorongnya ALLAH mudahkan..
    dan sebagai lelaki, kalau tak sedia nak jadi suami
    jangan la sesekali bermain 'api'

    ReplyDelete
  9. ustaz zaharuddin sudah jwb boleh berdoa,
    cuma sy sokong pendapat sNs!

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...agk2 sempay lagi tak saya ingin bertnya sstu...

    ReplyDelete
  11. insyallah ada hikmah disebalik segala yang berlaku.kebahagiaan belum pasti jika hanya didasari oleh rasa cinta.

    ReplyDelete
  12. betul kata UZAR.jangan terikat ngan lelaki tu saja hanya semata2 kerana dia kata turut menyayangi kamu. kalau benar sayang apa buktinya?patut dari awal cuba meyakinkan keluarganya berkaitan kamu.ataupun sepatutnya dari awal menjauhi kamu kerana ada pilihan ibu.

    ReplyDelete
  13. saya pn ade soalan nak tanya ni, tapi nak tanya kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita, senasib..x tahu nk tanya d ruang mana..

      Delete
  14. salam..
    pada saya bykkan berdoa padaNya..bgn utk solat malam..solat hajat..
    kene yakin yg allah akan bantu kita..jgn bersangka buruk pada Dia..pada org laen pon jgn besangke buruk..
    sy selalu ingtkn diri sendiri mcm tu..
    masayaallh..betapa tuhan maseh sayangkn saya..

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum..
    sy byk perhatikan bahawa org2 yg sgt berfikir ttg jodoh slaluny lambat mdpt jdh..adakah dsbbkn kt berfikir pasal jdh kt?tlalu bfikir shinggakan Allah menguji ksbrn kt?menguji utk kt mdptkn yg terbaik tok jdh kt...adakah salah ustaz klu kt berfikir,berdoa,bersolat hajat utk jdh kt?

    ReplyDelete
  16. Saya ditingagalkan seminggu sebelum bernikah.dia terus berdiam dan less than 48 hours dia minta maaf dan minta potspone.
    cuba cari dia sehingga 5 pagi hari sepatut bernikah dia terus berdiam
    hanya Allah yang tahu
    kenduri terpaksa diteruskan
    hanya Allah yang tahu
    d

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga anda tabah menerima dugaan hidup ini sahabat...

      Delete
  17. salam sahabat...
    jgnlah kita sesali dgn ape yg tlah terjadi..kerana sesungguhnya Allah ade selitkan kemanisan di sebalik kepahitan dan kesedihan yg kita lalui...perbanyakkanlah istigfar,solat sunat di mlm hari,membaca al-quran dan berdoa...insyaAllah Allah sentiasa mendengar doa umatNya yang benar2 ikhlas dan tawadduk..sy pun pernah alami kejadian spt sahabat kita ni,alhamdulillah berkat dorongan keluarga dan kekuatan iman yg ade,alhamdulillah sy dpt meneruskan hidup dgn semangat yg baru tanpa perlu memikirkan ape yg telah terjadi.jika kita kenang2kan,akan membuatkan kita lemah..teruskan maju kedpn tanpa menoleh pd kenangan pahit yg telah terjadi wahai sahabat...salam

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum sahabat sekelian, perbincangan rumahtangga banyak dibualkan dalam rancangan semanis kurma, perbincangan yang dibawakan sangat menarik dan santai. bagi yang terlepas siri-siri episod semanis kurma, saya syokkan anda berkunjung ke;
    Koleksi Episod Rancnagan Semanis Kurma
    Koleksi Episod Rancangan Tanyalah Ustaz
    Koleksi Episod Rancangan Tanyalah Ustazah

    Semoga bermanfaat

    ReplyDelete