Friday 22 October 2010

Awasi Islamic Fashion Show

islamic_fashion

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakwan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, feysen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. 



Awasi Islamic Fashion Show
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
 islamic_fashion


'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.


Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-
  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia  agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.


Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا 
Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)


Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut.Firman Allah swt:-

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam

Justeru, ingatan buat  penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.


Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di media antarabangsa ini. Anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :
إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت
Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel  di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka. Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.

Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
22 Oktober 2010

31 comments:

  1. bila org jahil diangkat dan org alim ditindas gini la jdnyer..

    ReplyDelete
  2. mungkin ramaitak aware..saya sendiri tak tahu ttg fashion islamic ni sampailar kwn2 share di facebook...kalo ramai yg tahu mgkn ini tak berlaku..

    ReplyDelete
  3. ade kluar kat surat khabar lame ke majlis ni.... kalau ada maknanya akulah yg tak baca surat khabar (dah lame tak baca - tak brape minat),tengok gambar yg member post hebat majlis ni,kat mane yang islamic-nya, kalau yg atas pentas.... hancur, akhirnya umat islam ditertawakan oleh musuh islam.... berhasillah perancangan mereka.

    ReplyDelete
  4. mana dia pihak JAKIM? jika alat solek, makanan, dll boleh di beri tanda halal JAKIM mengapa JAKIM tidak bertindak atas pemalsuan label Halal utk Fesyen? Manakah Majlis Fatwa dan Jabatan yg bertanggung-jawab? Bgmana dgn pentadbir? apakah mereka yg menganjurkan ini ada Majlis Penasihat Syariah mereka sendiri yg membenarkan fesyen sedemikian? Jika ada maka sudah terlepas tanggungjawab mereka dan pereka2 fesyen tersebut dan jatuhlah hukum keatas Majlis penasihat Syariah mereka? oohh.. bukankah nasihat itu sepatutnya bukan hanya dr org tertentu shj.. kerana kita adalah umat terbaik yang mengajak yg ma'ruf dan mencegah yg mungkar..maka kesalahannya pun jatuh atas kita juga.. ini lebih teruk dr Konsert Adam Lambert.. Adam Lambert itu sudah tentunya bukan Islam dan tidak tahu hukum, apakah mereka ini tidak tahu hukum atau mencari dalil utk menghalalkan atas dasar Islam liberal? siapakah yg Islam liberal sekarang?

    ReplyDelete
  5. salam...sgt setuju dgn pnjelasan ustz... sgt sakit hati bila lihat dan bace... moga allah p'mudhkn sgl urusn kita utk mmbntu agama suci islam..amin~
    [mnta izin share ye ustz artikel ini..]

    ReplyDelete
  6. Islam yang bersifat syumul tak diambil menyeluruh...islam hanya secukup rasa selera nafsu.halal bole jd haram..haram bole jd halal..
    melampaui perintah Allah..berani btul!..al-maidah 87 "
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramka...n benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

    Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2353.
    Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Khalid bin Mukhlad; mewartakan kepada kami Katsir bin 'Abdullah bin 'Amr bin 'Auf, dari ayahnya, dari abgnya, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Perdamaian itu dibolehkan diantara kaum muslimin, kecuali perdamaian yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.
    sedihnya bila yg jadi wakil dr Malaysia itu seagama kita..Allahurabbi(-_-)

    ReplyDelete
  7. Islamic Fashion Show ni mmg dah bbrpa kali diadakan..fesyen yg diperagakan tak Islamic pun tapi tak sehina yg di Monaco ni. Harap pihak penganjur dan pihak berwajib lebih perihatin.

    ReplyDelete
  8. "The reason why we cover our aurat and wear the jubah is to stop people looking at us.But if you wear colour,beading,etc,that's to invite people to look at you,and that's wrong". So how does he deal with clients that wear the headscarf and selendang and want him to design islamic style clothes? "if someone asks me to design something with specific requirements,i dont consider it my creation.I am merely rendering a service to my client. He finds it very irritating when people think his designs are islamic fashion,as he says there is difference between referencing culture in a design and using religion. "middle eastern fashion is cultural,that's where the reference comes from.if you're thinking of clothes that cover,our baju kurung is already muslim wear so why bother creating anything else?" Rizalman believes that before anything else,when it comes to covering up,what islam says is god's law,and that,to him cannot be changed according to whims and fancies. "fashion is not just about clothes. You can still follow the fashion trends of shoes,bags and accessories,and forget about dresses and skirts that are not Muslim-appropriate.- rizalman

    ReplyDelete
  9. Rizalman,however feels very strongly that fashion and islam cannot mix.he has not participated in the IFF and neither does he promote islamic fashion in any form for the simple reason that he doesn't believe there is such a thing. "fashion is fashion and islam is islam.i dont believe in mixing religion and fashion because religion doesn't stop one from partipating in fashion and islam encourages us to be beautiful,so its about what you think fashion is. "like the arab,you can wear shorts,skirts,and bustiers but you must know when and where to wear such clothes-at home among the women.But when you go out, you wear the jubah or hijab. "When you mix fashion and religion there is no way out,thats why you see mid-length kaftans with calf leggings.Like you put up Al-Quran recital and mix it with hip hop.Aurat is still aurat.

    ReplyDelete
  10. sedutan dari kata2 Rabi'ah Abdurrahman (ulama tabiin):....telah terjadi musibah yg sgt besar dalam agama Islam.Nama suci "Islam" diperkotak-katikkan sewenang2nya...Ingatlah, Firman Allah (surah Al-Nahl16:116) bermaksud:"Dan jgnlah kamu mengatakan terhdp apa yg disebut2 oleh lidahmu secara dusta,untuk mengadakan kebohongan terhadap Allah.Sesungguhnya org yg mengada-adakan pembohongn terhdp Allah tiadalah beruntung ".wallahu'alam.

    ReplyDelete
  11. salam Ustaz,
    requesting to share your article in Facebook. comprehensive for everyone to see, read and understand.
    syukran.

    ReplyDelete
  12. Salam Ustaz,

    Anak2 saya pun pelik. Fesyen show yg berpakaian tapi mendedahkan aurat dan segala urat2. Persis feshen wanita Yahuli @ jahiliyyah yg memesongkan aqidah. BUkan nawaitu lillahitaala. Dimana sami'na wa atho'na dlm mentaati hukum2 Allah swt.? Ayat2, perentah2 dan larangan2 Allah swt di pesongkan. Tersesat di pentas peragaan nafsu nafsi. Sob2.

    ReplyDelete
  13. mudah2an mereka semua mendapat hidayah Allah..

    ReplyDelete
  14. Dont go beyond limit of Allah SWT..massive disaster will incur in our society..Nauzubillah.

    ReplyDelete
  15. betul tu kali pertama dilakukan di Monaco, Indonesia dan terbaru di Malaysia.

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com kat sini ada gambar yang dimaksudkan

    ReplyDelete
  16. http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2010/10/rosmah-di-fitnah-muslimah-pas-monte.html

    TGOK LINK NI...

    ReplyDelete
  17. Bismillah . .

    Rasulullah saw bersabda :
    "Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar , mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari pandangan Allah"

    and
    Tanda kiamat . .
    -Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

    “ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

    http://amalnyaimar.blogspot.com/2010/10/dunia-akhir-zaman.html

    ReplyDelete
  18. Fesyen Jahiliyyah Moden. Muslimah Berpakaian Telanjang : Dosa yang dipandang remeh. Kini ramai gadis2 remaja Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam satu hadis : Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonjol2 unta (mereka meninggikan gumpalan2 rambut mereka dengan berhias2), sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya......(sahih muslim)

    ReplyDelete
  19. Kalau kita ada badan pantau makanan, pantau banking, ada ke di Malaysia badan khas untuk pantau dalam masalah pemakaian, sebab muslim di Malaysia bebas memakai apa yang dia mahu?

    p/s: jemput ustaz dan semua pembaca dan pengunjung layari blog mahasiswa Malaysia di Sanaa, Yaman. Klik link nama saya..

    ReplyDelete
  20. Takut pulak tengok kat link yang Uzar bagi tu..dalam tv aritu tak perasan pulak gambar yang ada tulisan arab dan make up yang dahsyat begitu..

    Tak nampak islamik tapi mengerikan...

    Agaknya kalau Nabi hidup ketika ini apakah tindakan baginda?

    am0i ida

    ReplyDelete
  21. ya ALLAH...bila amanah dari ALLAH dibantah.. tunggu sajalah bala yang menimpa.. ya ALLAH..selamatkn kami dr fitnah dunia.

    ReplyDelete
  22. antara gambar ketika Islamic Fashion Festival baru2 ini..

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1684079464749&set=a.1230859894543.34636.1320502637

    ReplyDelete
  23. salam..
    sebenarnya soal menghina fesyen islam dh byk di m'sia pun...khususnya dikalangan kaum wanita m'sia yg sebilangan nya ghairah dgn fesyen dan tudung utk menutup aurat..tpi cuba perhatikan tudung2 skrg yg mereka pakai..adakah benar2 termasuk dlm kategori yg di kehendaki dlm islam?..mcm2 fesyen tudung dgn berbagai2 nama yg di beri tapi ia sekadar utk mengaut keuntungan para peniaga dan tak lbh dr itu pun...
    terkdg rasa pelik..kenapa kaum wanita masih tak nampak kesilapan itu....ada yg nama je tudung utk tutup aurat...tpi bila di belek ..apa yg di pakai hanya sekadar tudung yg pendek...separas leher..dah tu siap di masukkn kedlm baju pulak cara pemakaian nya..sdgkn dlm islam menyuruh kaum wanita menutup aurat dgn melabuhkan pemakaian tudung keparas DADA...maksudnya kita paham la...kan utk mengelakkn bentuk bahagian dada wanita yg agak menonjol..bahagian itulah yg di suruh tutup dan di suruh labuhkan pemakaiannya...di tambah pulak dgn kain tudung yg terlalu nipis...benar2 menytakitkan mata...
    sebenarnya di m'sia ini pun dh byk pengaruh fesyen islam yg salah dan semakin meluas nampaknya skrg...sedih dan risau di buatnya..namun apa daya...kita bukan siapa-siapa utk menegur mereka...kalau terjdi di kalangan kaum keluaga kita..bolehlah kita tegur..tpi kalau dh ramai di kalangan org luar...apa la daya kita...hanya satu saje dgn teguran secara tegas dan terbuka di pihak2 media terutama dlm ceramah agama di tv yg dpt memberi teguran kefahaman yg jelas kpd org ramai ttg cara pemakaian yg menutup aurat yg terlalu byk salahnya yg berlaku skrg...semoga kaum wanita yg terlalai akan tersedar dr kesilapan mereka....
    saya harap sgt satu masa nnti ustaz juga dpt membuka topik ini di ruangan TANYALAH USTAZ di tv 9...
    salam.

    ReplyDelete
  24. ustaz,
    saya sedang mempertimbangkan untuk menulis artikel-artikel tentang solat (i don't have any blog yet)dan saya amat kagum dengan penulisan ustaz dalam "formula solat sempurna".

    Saya mohon kebenaran ustaz untuk berkongsi penulisan ustaz dalam buku tersebut. harap ilmu tersebut dapat disebarkan dan difahami oleh semua masyarakat.

    ReplyDelete
  25. Salam Ustaz... saya telah kongsikan artikel ini di FB dan memenuhi syarat yang Ustaz tetapkan.

    I couldn't agree more with you. Kalau dilihat dalam FB sekarang banyak betul perang2 bahasa yang sedang berlaku hanya kerana teguran dan tuntutan yang dibuat dianggap berbaur politik sedangkan apa yang kita semua harapkan adalah pembelaan ke atas agama dan Rasul tercinta. Entah bagaimana hendak membuka mata dan minda mereka perbezaan antara isu yang berunsur politik dengan yang sebaliknya. Tidak dapatkah kita mengenepikan perbezaan fahaman politik seketika demi Islam.

    Bagi saya.. merupakan satu penghinaan yang amat memeritkan melihat pakaian2 yang tidak menepati pakaian muslimah diberikan nama "Islamic" yang pastinya menambahkan kekusutan kepada kekeliruan yang sedia ada mengenai Islam. Jantung berdegup kencang tatkala melihat pakaian yang mempunyai nama Muhamad yang diletakkan di paras dada dan di paras "bawah" seorang wanita munafik.. satu penghinaan yang menyesakkan. Tidak ingatkah mereka insan mulia yang bernama Muhammad itulah yang telah membela dan meletakkan martabat wanita di tempat yang tinggi dan mulia. Lebih dahsyat.. penghinaan itu diluluskan oleh orang yang beragama Islam.

    Saya sedar, akhir zaman sudah tiba.. namun perlukah ia berlaku di depan hidung saya sendiri sedangkan tangan saya tidak berkuasa melakukan apa2 melainkan tindakan selemah2 iman. This is frustrating and devastating situation for me. Semoga Allah berikan kesedaran kepada mereka.

    ReplyDelete
  26. cabaran yg besar buat ummat Islam. Untuk selamat dan menyelamatkan ummat ini, perlu kembali kepada alQuran dan Hadis secara menyeluruh, iaitu semua org Islam. Untuk itu usaha perlu dibuat supaya kuat iman orang2 Islam. Bila iman kuat, maka bersedialah kita untuk menolak dan membenteras semua kemungkaran... Ya Allah terilah diriku dalam usaha meningkatkan iman

    ReplyDelete
  27. Memang banyak agenda musuh Islam untuk melemahkan dan mengelirukan umat Islam supaya mudah ditindas dan tidak mampu bangkit melawan kebatilan.

    Penghinaan kepada Islam berleluasa di negara kita dan ramai yang tidak rasa apa-apa apabila Islam dihina.

    Di hotel2, wanita Islam dipaksa menganggalkan tudung jika mahu berkerja. Tiada tindakan pun diambil ke atas hotel2 ini.

    Tokoh2 wanita yang menutup aurat disenyapkan, yang membuka aurat disohorkan.

    Rambut wanita dan lelaki Islam keturunan Melayu berwarna warni, bukan kerana penyakit atau kacukan, kerana tidak bersyukur dengan kurniaan Allah.

    Tidak terjangka bilangan umat Islam di Malaysia yang tidak solat fardu 5 waktu. Ramai pula yang bangganya mengatakan mereka tidak solat. Malah ada yang mengganggu ketenteraman jemaah bersolat dan menyamun harta masjid/surau.

    Banyak pemuda Islam bukannya menjaga maruah wanita Islam tetapi meragutnya. Kita sedia maklum ramai penghuni pusat pemulihan akhlak adalah melayu Islam.

    Orang yang mengajak kepada kebaikan dan pencegah maksiat dihina dengan bersungguh-sungguh oleh golongan penentang Islam ini.

    Suratkhabar tidak melepaskan peluang meletakkan berita mengenai pelakon filem lucah, pelacur,gay dan lesbian.

    Gerakan melemahkan Islam di negara ini tidak jemu dengan rancangan mereka untuk meleraikan Islam di Malaysia sedangkan ramai antara umat Islam masih leka di depan PC.

    ReplyDelete
  28. ada mn mn pihak nk tegur airasia flight attendant ustaz?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum wbt saudaraku semua...

    Ni yang dikatakan "KEJAYAAN"...........?
    Pada siapa kalau bukan pada YAHUDI LAKNATULLAH.

    Mereka telah hancurkan kristian dengan 2 perkara sehingga penganut kristiian sendiri tak tahu apa yang mereka telah lakukanc selama ini adalah perkara yang sangat merosakkan diri mereka.

    1. Arak
    2. Sex

    Bagi umat islam pula yahudi tak dapat laksanakan perkara demikian sebab mereka tahu setelah mengkaji Al Quran, dalam kitab suci kita sudah termaktub perkara tersebut haram dan berdosa besar.

    Jadi mereka (yahudi) telah merancangan kemusnahan minda umat islam dan agamanya melalui 3 perkara,

    1. Sukan
    2. Hiburan
    3. Fesyen

    Fikirlah sendiri kemusnahan dalam bentuk apa yang ada dalam 3 perkara diatas.

    Jew Protocol;

    " Kita beri pada mereka iaitu Qayim dengan 3 perkara sukan, hiburan dan fesyen. Biar mereka sendiri akan merosakkan diri mereka dengan apa yang kita beri pada mereka.


    *** Qayim - Kafir - mereka mengelar kita dan penganut agama lain adalah kafir)


    " KUATKAN IKATAN TALI PERSAUDARAAN KITA DAN TEGUHKAN KEKUATAN AGAMA SUCI KITA."

    ReplyDelete
  30. Salam ustaz.

    Di masjid saya ade sorang Ustaz jual DVD Cara2 Sembahyang Yang Sempurna. Dia jual dalam masjid. Adakah dibolehkan?

    ReplyDelete