Tuesday, 19 October 2010

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?


Temuduga Takut @ Seronok?

Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun, lelaki dan wanita.
Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.
Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.
Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.
Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.

Masih Belum Laju !


tourannew.jpg
Germany, sebagai salah sebuah negara maju di dunia, amat terkenal dengan sejarah pembahagian Jerman Barat dan Timur, dipisahkan oleh tembok Berlin, kemudiannya sejarah tercipta apabila menjadi ia menjadi sebuah negara, ‘Germany' iaitu dengan runtuhnya tembok penghadang tersebut.

Kembara Wolfsburg, Kad Hutang & Dilema Di Eropah


wolfsburg bola.jpg
Saya berada di daerah Wolfsburg, Germany di ketika ini. Alhamdulillah baru sahaja sudah menyelesaikan tiga program kepada para pelajar Malaysia di sini.
Wolfsburg adalah satu bandar kecil di sebelah tengah Germany, ia bukanlah satu bandar yang sangat terkenal. Kekuatan bandar ini banyak bergantung kepada kilang atau pusat pengeluar kereta Volkswagen. Menurut para pelajar di sini, pusat pengeluaran dan kilang inilah yang menjadikan bandar Wolfsburg boleh terus hidup dan berkembang sedikit demi sedikit.  
Namun hari ini (23 Mei 2009), Bandar ini menjadi semakin terkenal kerana buat pertama kali dalam sejarah bolasepak Germany, pasukan mereka muncul juara liga utama Germany setelah menewaskan Warder Bremen petang tadi lalu meraih 69 mata keseluruhan. Sekaligus menewaskan Bayern Munich yang jatuh ke tempat kedua dengan 67 mata. Kebetulan, saya berada di Wolfsburg ketika mereka mencipta hari bersejarah mereka, tatkala artikel ini ditulis pun, sambutan dan masih kedengaran sorak sorai warga Wolfsburg di luar kediaman tumpangan saya ini.

Diari Malaysia : Jangan Berhenti 'Berlari'


Seminggu berada di Malaysia pada 30 April - 7 Mei 2009 yang lalu, rasanya cukup berharga. Walaupun pada asalnya ia adalah rancangan ‘last minute', justeru tiada banyak perancangan program yang sempat dibuat. Namun lapan hari yang pada awalnya saya anggap terlalu lama dan akan ‘membuang masa' kerana tiada banyak program dirancang, akhirnya menjadi agak padat.
Alhamdulillah, syukur berkat doa sahabat-sahabat, mampu juga saya memberikan manfaat yang saya kira agak optima sepanjang keberadaan saya di Malaysia pada waktu itu.
Kebanyakan agenda peribadi saya juga terpaksa dibatalkan akibat program-pogram yang masuk secepat kilat, saya tetap menerima sekiranya waktu masih mampu ‘dikejar' kerana meyakini bahawa maslahat umum lebih diutamakan dari maslahat khas dan peribadi saya.
Sampai di KLIA pada pagi 30 April 09, rasa bersalah kerana pulangnya saya sebelum mempunyai segulung ijazah bersama ilmu yang diamanahkan. Terdetik di dalam hati tatkala tayar kapalterbang mencecah bumi Malaysia.
"ah..pulang juga aku di tanahair, alangkah baiknya jika pulangnya aku ini dengan segulung ijazah yang dinanti, namun masih belum, ya masih belum.."

Dari Wales Ke Dubai (Kemaskini)


Saya bersyukur kerana dapat bersama dengan seorang lagi ulama terhebat di dalam bidang perbankan dan kewangan Islam sedunia semalam. Beliau adalah Prof. Dr Syeikh Hussain Hamid Hassan, beliau berasal daripada Mesir dan sekarang menetap di Dubai, UAE.  (buka di sini untuk info dirinya)

Coretan Kedua Dari Wales United Kingdom




UNiversiti Wales, Lampeter 

Wales, minggu kedua agak luar biasa. Ada banyak perkara yang menjadikannya luar biasa bagi saya. Luar biasa tidak semestinya menarik dan tidak juga membosankan. Mungkin saya boleh berkongsi sedikit hal-hal ringan lagi dalam entry kali ini.



Oral Seks dan Perbincangan Hukumnya


Sudah Kahwin Baru Patut Baca Bab Ini


Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.

Taat Ibu Bapa, Pondok & Universiti

Saya ingin bertanya kemusykilan kepada ustaz. Saya adalah seorang pelajar tingkatan 6. Saya berhasrat untuk pergi belajar di sebuah institusi pengajian pondok bagi mendalami ilmu agama apabila tamat tingkatan enam nanti. hasrat ini telah disampaikan kepada kedua ibu, tetapi mereka telah membantah. Mereka mahu saya melanjutkan pelajaran di universiti dan menjadi guru kerana keinginan tersebut telah gagal disempurnakan oleh abang dan kakak saya. Saya pernah menyuarakan masalah ini kepada guru di institusi pondok itu. Kata guru itu saya boleh pergi (belajar di pondok) tapi mesti menjaga hati kedua ibu bapa.

Selepas saya menyuarakan hasrat itu, mereka selalu menyindir dengan menggunakan perumpamaan seperti 'jangan jadi kacang lupakan kulit' dan sebagainya.

Persoalan yang ingin saya tanya, adakah saya boleh pergi ke institusi itu tanpa persetujuan (keredaan) kedua ibu bapa saya (iaitu secara senyap-senyap) dan bagaimanakah cara terbaik untuk saya tangani masalah ini?

Daripada: Yang mahukan keredaan Tuhannya.

Busy Body Orang Putih & Melayu




busy body
"Anak kami menangis agak lama sedikit, tiba-tiba polis datang ke rumah" Demikian kata seorang rakan di Wales, UK
"Bagaimana boleh sampai jadi begitu?"
"Kami rasa, jiran sebelah rumah menelefon polis mungkin kerana sangka ada penderaan bayi agaknya kot. Orang sini memang gitu..nasib baik masa polis datang anak kami dah tenang" Jawabnya.
"Anak kita orang ada garis sikit di pipinya kerana jatuh bermain, bila pergi pasaraya orang putih nampak..sibuk ditegurnya.."apa terjadi kepada anak engkau ni?"" Itu pula kata seorang lagi kenalan saya di sini.
"Anak ana mata merah sikit pun depa sibuk nak tanya khabar anak dan macam-macamlah" Dengus seorang lagi kenalan yang kelihatan tidak selesa dengan keadaan yang pernah ditempuhinya.
Bagus atau tidak sifat 'menyibuk' atau busy body begini?

Blog, Mufti & Ahli Agama



kubah

Niat untuk berdakwah menerusi internet atau blog sendiri, setakat ini saya dapat saya kotakan Alhamdulillah.  Segala jenis pengalaman pahit dan manis ditempuhi bersama dengan web ini. 
Sejak dahulu lagi, akan terdapat ilmuan yang mengasaskan institusi pengajian tinggi, pondok, pasentren dan yang sepertinya bagi menyebar luaskan ilmunya kepada masyarakat. Kini, peluang dan ruang itu boleh bercambah lebih luas jika dapat ditambah lagi kepada penggunaan medium lebih luas seperti internet.