Sunday 12 December 2010

Kiamat Besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

bumi.jpg

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.
Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)
Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".
Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.  
Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.
Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya.  Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.
Video Satu
Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat  1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.
Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta'ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.

Video Dua
Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli sukan yang ‘fit' cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak Hungary ini . Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang memberikannya kad kuning dan terus...

Video Tiga
 
LUPA
Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk  dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :
أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر
Ertinya:  Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت
Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
23 April 2010

14 comments:

  1. salam.ustaz apakah gambaran tanda kiamat besar

    ReplyDelete
  2. salam.

    sekarang ni macam2 rumors tentang 2012. ada yang kaji secara saintifik seperti Elbert Einstein yang mengemukakan Teori Anjakan macam dalam filem 2012. ada juga yang kata planet X atau Nibiru akan melintasi bumi begitu hampir hingga menyebabkan effect yang sangat besar kepada bumi. Walau apa pun teori, kiamat itu pasti akan muncul macam setiap orang pun pasti akan mati.

    jom lihat kelangit 14 Dis ni(malam). ada hujan meteor Geminids.

    http://tanpadiriku.blogspot.com/2010/12/hujan-meteor-geminids-meteor-shower.html

    ReplyDelete
  3. cuba lihat di link ini: http://amalnyaimar.blogspot.com/2010/10/dunia-akhir-zaman.html . .
    Mati itu amat dekat! ia takkan dilambatkan walau sesaat, juga tidak dicepatkan walau sesaat.. Tapi persoalannya bukan bilakah mati? Tapi apakah persiapanmu untuk mati! Taqaballahu minkum soleh al'amal.

    ReplyDelete
  4. masyaAllah.. ustaz, bila nak promosi jelajah islam around the world secara besar2an?

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz,

    Boleh tak ana bertanyakan satu soalan yg amat merunsingkan ht ana ni?

    Macam mana kita nk check hati n iman kita samada kita berada di jalanNya yg sebenar2nya?
    Ana selalu tertanya2 betul ke jalan yg ana pilih ni?
    Allah terima ke, solat n ibadah ana?
    Ana makin jauh atau makin dekat dgnNya?
    Ana ni mcm mana pd pandanganNya?
    dan yg paling penting, dimanakah ana disisiNya?

    Mungkin sebab ana dh terlalu lama tak ikut usrah. Lebih2 lg bila cuti semester ni,x ikut pun kuliah fiqh walaupun surau kat rumah tu ada buat setiap hujung minggu. Banyak sangat alasan n yang paling kuat, ht ini selalu beralasan kerana anak.

    Sibuk dengan kerja2 rumah n anak2 yg hendak membesar. Setakat membaca buku2 yg berkaitan, x membantu. Ana akui, jika dulu ms bujang, solat tahajjud n dhuha x pernah tinggal. Dh kawen, mcm2 alasan datang. W/pon suami banyak tegur, x tahu la, semcm ana sudah hilang diri ana yg dulu. Bagaimana ustaz?

    ReplyDelete
  6. ya Allah smoga Allah ambil nyawaku dlm keadaan baik n btul2 dlm keadaan aku betul2 sdg mengingatiMu ya Allah....jauhkn drp prkara yg di tegah olehMu n sntiasa dlm keredhoan Mu ya Allah...Klu dah smapai ajal kite x boleh nak elak wlu sesaat ke dpn or ke blakang..Allah sj la yg mengetahui ats tiap2 sesuatu....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum semua,
    Ustaz nak ambil sedikit petikan dalam artikel untuk fb saya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. sekarang ni masa makin cepat berganjak. tak sedar dah sampai ke tahun 2011. benarlah tanda kiamat, masa semakin cepat.

    tapi logik jgk, dulu orang banyak habiskan masa untuk pergi ke satu tempat, contoh nak pegi haji je makan masa berbulan2 sampai ke mekah. sekarang sehari je dah sampai

    jadi sebab tu dulu bagi masa terasa panjang, cam subsidi la

    sekarang subsidi masa di"tarik" coz semua leh buat dalam masa yang singkat.

    jadi mati pun cepat..umur tak panjang

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian yang berguna ini.

    Saya ingin berpesan kepada diri saya dan para netters supaya menghayati amalan ingat mati.

    Amalan ingat mati tidak bermaksud bahawa kita menyerah dan longlai pada cabaran. Amalan ingat mati ini sebenarnya adalah pembakar semangat supaya kita melakukan sebanyak mungkin kebaikan bagi kesejahteraan umat manusia.

    Ini kerana kita sedar bahawa nyawa kita boleh diambil pada bila-bila masa sahaja dan kita akan dipertanggungjawabkan atas segala amalan kita, sama ada baik ataupun buruk.

    Selain menggalakkan kita melakukan kebaikan, amalan ingat mati juga berfungsi sebagai pemicu kesedaran, iaitu setiap kali seseorang terfikir untuk melakukan kejahatan, dia akan sedar bahawa nyawanya boleh diambil pada bila-bila masa sahaja.

    Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.


    Ashadi Zain
    (ashadizain@gmail.com)
    http://artikelashadizain.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ustaz.

    Mintak share kt fb

    ReplyDelete
  11. salam ustaz mohon kongsi dlm fb

    ReplyDelete
  12. subhanallah,masukkan ana dalam doa kalian semua. semoga kita bersua di Syurga, insyaAllah
    wan assim wan shekh

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ustaz , ana mohon share.
    Afwan !

    ReplyDelete