Tuesday 26 October 2010

Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?

Bercampur perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.?






Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.? 


Berdasarkan dokumen laporan 'Program Transformasi Ekonomi : Halatuju Untuk Malaysia' ini. Sila buka bab 10, pada halaman 359-363. Laporan akhbar Malaysiakini terbukti benar. 


Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.

Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )


Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?

Dalam hadis lain :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Sampai bilakah ingin diinsafi bahawa gejala zina berleluasa hari ini, buang bayi, keruntuhan rumah tangga dan yang sepertinya berpunca dari lambakan pusat-pusat dosa ini.


Zaharuddin Abd Rahman

26 Oktober 2010

_____________________________________________________________________________

Andrew Ong
Okt 26, 10
3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.        

111 comments:

  1. ya Allah..lindungi lah negara tanah air kami dari pemimpin yg zalim..ampunkan kami umat islam yg sentiasa alpa dgn hidupan dunia..amin..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...buta lagikah mata-mata manusia di negara ini akan sikap munafiq pemerintah mereka???

    ReplyDelete
  3. TEGAHLAH KEMUNGKARAN ITU DGN KUASA YG ADA DI TGN MU,JIKA TAK MAMPU LAKUKAN LAH DGN HATI,ITULAH SELEMAH2 IMANMU!!

    ReplyDelete
  4. Umat Islam sekarang melupai ilmu agama dan mengamalkannya. Jika ada pun hanya suka belajar ilmu agama, jadilah ilmu itu hanya sebagai pelajaran. Sepatutnya ilmu itu dipelajari, kemudian diamalkan dan sentiasa beristiqamah dengannya. Seterusnya disampaikan (tabligh). Ya Allah, berikanlah pemimpin kami dan kami hidayah. kami takut padaMU

    ReplyDelete
  5. dah tak tahu nak cakap apo lagi...
    kte kat bawah bising2 pon bukan dorg nak dgor.
    mg skrg kte perlu mengejar kemajuan kalo tak kejar kte kan ketinggalan..tapi nk kejar da bnyk cara kot..tak perlu nak perluas perbnyk pertmbah benda2 maksiat ni.belajar tgi2 mcm tak boleh fikir cara lain...ni la bangsa melayu..fikiran sempit org maju nk maju jg..org guna jln SALAH dia PON guna jln SALAH jg....

    ReplyDelete
  6. nampaknye ahli2 freemason semakin memperluaskan empayarnye dan ini menunjukkan ketibaan DAJJAL semakin hampir..... berwaspadala wahai umat islam....

    ReplyDelete
  7. bala tuhan yg datang tak kenal yg baik atau jahat

    ReplyDelete
  8. Mak ai... dahla skrg banyak giler RUMAH URUT.. nak tambah lagi Pusat Maksiat... Memang dah tak de harapan lagi dah untuk membentuk negara malaysia yg lbh islamic.. cam nie malas nak vote BN... nnt dapat dosa free je..

    ReplyDelete
  9. register dgn SPR. bila ada chance, undilah untuk perubahan... manusia tak pernah lebih bijak dari tuhan... rujuklah ke jalan yg ditunjukkan Allah melalui rasul2Nya

    ReplyDelete
  10. bila pemimpin Islam tapi tidak berjiwa Islami..tidak nampakkah kebejatan akhlak yang ada..mahu ditambah lagi???Astaghfirullah..sangat3 kecewa dengan fikiran singkat membuka jalan maksiat menjadi lebih luas untuk kemajuan..
    Ya Allah lindungi dan bantulah kami yang tidak berdaya.....

    ReplyDelete
  11. semoga kita x menjadi golongan yg digelapkan hati.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah, Jauhkan kami semua daripada murka dan malapetaka Mu...

    ReplyDelete
  13. Ni la yang dikata buta hati.. dah terang lagi bersuluh benda tu salah, nak buat jugak

    ReplyDelete
  14. hai pemerintah..ubahlah kotak pemikiran mu kepada yang lebih islamik..terlalu kafir jika perkara ini dilaksankan..di mana letaknya iman di sebalik kepimpinan mu..masya allah

    ReplyDelete
  15. Takut Tuhan turunkan bala seperti Tsunami di Acheh..Ya Allah lindungilah kami...Amin.

    ReplyDelete
  16. negara ni bukan utk org islam saja. ada ramai lg bukan islam. kata islam toleransi. org islam kalau kuat iman, mmg x pegi punya. tepuk dada tanya selera. kalau vote pas pon...nnt bila memerintah nnt. DAP akan buat jugak kelab2 malam ni. pas boleh buat apa?

    ReplyDelete
  17. Ya Allah... peliharalah anak cucu kami. Wahai kawan2 yg perihatin, jom kita pun buka luas2 projek mega seluruh dunia dgn bangun malam, istighfar dan solat hajat khusus supaya ummat ini diberi hidayah. Allah suka tangisan mukmin untuk mukmin yg lain. Semoga saya dulu yg menyempurnakannya

    ReplyDelete
  18. itu yang negara tak berkat! haisshh..

    ReplyDelete
  19. tu pon nk kata Malaysia sebuah negara Islam..

    ReplyDelete
  20. mohon utk copy...utk disebarluaskan..

    ReplyDelete
  21. kemajuan sesuatu negara(tamadun) bkn fokus pd pembangunan sj..tp kekuatan umat..dlm keadaan skrg aspek kerohanian perlu dititik berat..mlh nisbah nya perlu lebih besar dr aspek kebndaan..semoga Allah memberi hidayat pd pemimpin2 ku..amin

    ReplyDelete
  22. sebelum bala diturunkan, penuhilah jiwa dgn iman.... itu je... tu semua ujian tu... nak masuk syurga bukan senang, banyak dugaan dari Allah.. pandai-pandailah nak hidup di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  23. subhanallah...sampai bila kita harus berpeluk tubuh..berpaling muka...berjalan selamba...membiarkn anak bangsa kita ternoda oleh kecerdikan pemimpin gah dimata dunia,hina dimata agama...layu tiada jiwa...YA ALLAH,kau berikanlah petunjuk dan hidayahmu kepada pemimpin2 kamu..amin

    ReplyDelete
  24. ni bukan soal politik la. aku tension btol dgn penyokong tegar Be End karat nih. smpai bnde maksiat mcm ni pun boleh lg nak sokong. tolong la jgn ikut membabi buta. dh terang2 bnde ni maksiat. boleh plak ckp ni toleransi agama. ko xbace paper ke? yg byk minum arak, kes rogol, zina, rempit smua tu sape yg juare? MELAYU!!

    ReplyDelete
  25. korang tengok lah puaq apa yag paling sosial d KL...masuk pUb confirm puaq kelantaq yg byk...PAS lah ni...menjual agama demi kepentingan politik...

    ReplyDelete
  26. ape tggu lg....ini lah masa utk menukar kerajaan yg zalim..........

    ReplyDelete
  27. ya Allah sy takut bala Allah mcm2 boleh jdi sprti penyakit,sunami,bncana alam,lmbakn adegan sosial yg terang2an,jenayah n pmbunuhan yg dah mcm main pondok2,lmbakan ank2 luar nikah n mcm2..nauzubilah minzalik.....sape yg paling brtanggugjawab?????
    jgn masing2 pndai brckp tpi x tau ape yg dickpkn...Jgn dah trantuk bru nak tengadah..mari la sama2 kite solat hajt supya di bri hidayh kpd pmimpin kite ni....."Negara Islam ikut la acuan Islam klu nak slamt dunia n akhirat"

    ReplyDelete
  28. ini adalah petanda dunia akhir zaman..manusia banyak dilalaikan dengan hiburan dan keseronokan sedangkan masjid2 terbiar kosong setiapkali azan berkumandang.inilah bibit kejatuhan tamadun manusia sebagaimana yg telah lama berlaku di barat.

    ReplyDelete
  29. Benar kah berita ini? atau ditulis untuk tujuan tertentu.. kalau betul mcm ni mmg kecewa la..
    tapi nampak macam untuk politik, mmg dah agak pn..kalau sokong mana2 parti politik pn kalau x sembayang memang kompom ke neraka. jadi mari lah kita guna otak..
    (lagi kecewa org yg tggi ilmu agama ttp menggunakan agama untuk kepentingan politik - bukannya menggunakan politik untuk kepentingan agama..rugi lah ilmu yg ada pada nya kerana ilmu itu sepatut nya disampaikan kpd semua org) terang- terang sekarang ini.. - Hanya Pandangan -

    ReplyDelete
  30. dukacita dgn keadaan malaysia kini. takut benar dgn bala akibat kealpaan umat Islam. Ya Allah selamatkanlah tanahairku dan berilah hidayah kpd kami dan pemimpin-pemimpin ke jalan yg benar.

    ReplyDelete
  31. what we can do,,,,?,,tq,,

    ReplyDelete
  32. Adakah Industri ini boleh melemahkan IMAN kita.....jgn cepat melatah...inilah salah satu cara utk kita memperkukuhkan dan mempertingkatkan IMAN kita, ini semua sudah tertulis..... cuma org yg sempurna akal saja yg mengerti, HIDUP mesti ada DUGAAN....kita hanya merancang...ALLAH SAJA YANG MENENTUKAN......

    ReplyDelete
  33. subhanallah...kenapa jahil sgt pemimpin kita?inilha akibatnya bile pemimpin membelakangkan agama.mereka sendiri tiada pegangan agama yg kukuh.usahlah melaungkan Malaysia negara Islam kalau dah begini sekali jahilnya pemimpin.semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka supaya bertaubat sebelum terlambat

    ReplyDelete
  34. pemimpin dah jahil camni pun
    rupa2nya ada lagi yg jahil duk sokong?

    backup la UMNO korang tu
    duk fitnah negeri lain lagi

    dunia sedap la nak cakap apa pun
    akhirat nanti.. baru nak menyesal

    ReplyDelete
  35. Lagi mau vote UMNO ka?
    Depan mata dah terang terangan para pemimpin 'ISLAM' kita yg memperjuangkan 'NEGARA ISLAM' sendiri propose benda2x macam ni..!
    Bukan mata yg buta, tapi yg buta adalah hati di dalam dada..!

    bangkitlah saudara2x ku.. Jangan biarkan masalah EKONOMI alasan tuk kita sokong pemimpin2x buta hati macam ni..?! Dulu kini dan selamanya memang TAK PERNAH BERUBAH! Tuhan dah tarik nikmat pilihanraya aritu, pun masih tak sedar diri.. syok sendiri... pun masih ramai yg buta hati nak ikut pemimpin macam ni... !

    Buka lah pintu hati kami Ya Allah.. Berikan hidayah kpd pemimpin2x kami yg tak layak disebut pemimpin ni Ya Allah..

    Amin.

    ReplyDelete
  36. Haiyaaa... Gua olang cina pun manyak helan sama ini umno BN.Apa silau jadi.Ini mcm anak gua bisness abis wang pegi kelab cari pompuan enjoy. Bikin malu ini pemimpin negala.Wa ingat ini pm kasi pancung.ini pm malayu Islam manyak bikin malu wo.

    ReplyDelete
  37. buta menilai yang mana baik yang mana buruk...
    ya-ALLAH, lindungi kami daripada bala bencana-Mu..

    ReplyDelete
  38. Yang benar dikatakan sesat,diharamkan.Yang salah diturutkan,dihalalkan.Dunia dah nak kiamat...itu yang baru kita nampak,yang tak nampak lagi dasyat.Macam zaman tak ada agama.

    ReplyDelete
  39. zaman sekarang semakin moden dan semakin dekat kita kepada kehancuran agama kita.

    ReplyDelete
  40. AYUH RAKYAT MALAYSIA,KITA GUNAKAN "KUASA"YANG KITA ADA UNTUK MENUKARKAN KEPADA PEMERINTAH YANG BARU.

    SEDARILAH SEMUA,KERAJAAN YANG ADA SEKARANG NI ADALAH SEBAHAGIAN DARI AGEN-AGEN DAJJAL,FREEMANSONS,ILUMINATI DAN MELAYU-MELAYU YANG TELAH BUTA HATINYA...KITA MESTI BERJIHAD MENENTANG SEGALA BENTUK PENJAJAHAN BARU.

    ReplyDelete
  41. hanya 1 cara untuk kita elakkan semua ni...sedarkn para pemimpin kita dgn kita tukar kerajaan... manusia xkan sedar tanpa adanya peringatan...Semoga Malaysia xditimpa bala akibat tindakan2 manusia durjana dan perosak agama..

    ReplyDelete
  42. Inilah akibatnya menyokong dan mengamalkan dosa syirik besar.. Sistem demokrasi kafir dipakai dan di amal... Kuasa Allah dinafikan.. Demokrasi bererti "kuasa ditangan anda"... maka itulah namanya "syirik akhbar", menafikan kuasa Allah dan menegakkan kuasa manusia melebihi segalanya.. melalui demokrasi, setiap persidangan kabinet berkuasa penuh menentukan arah tuju negara termasuklah memperuntukan bajet untuk penubuhan kelab hiburan yg sudah tentu haram.. apa pula lepas ni? mungkin akta haram pemakaian tudung dikhalayak ramai pula mcm yg berlaku di negara2 luar..( dgn undian majoriti di dlm kabinet, sebarang akta boleh diluluskan termasuk akta2 yg melanggar hukum Allah)..

    didalam negara Islam, Al-Quran dan sunah menjadi perlembagaan.. setiap undang2 perlu mematuhi Al-quran dan As-sunah.. yg mana Al-quran dan As-sunnah shj jln mentauhidkan dan membesarkan Allah.. maka ingatlah, mengundi itu syirik akhbar maka berdosa dan haram.. mengamalkan demokrasi itu syirik dan haram.. jauhi syirik atau tunggulah bala bencana dr Allah...

    maksud hadis: akan tiba di akhir zaman nnt, syirik itu seumpama semut hitam, di atas batu hitam, di malam yg gelap gelita.. - sahih bukhari & muslim

    hanya cahaya iman dan hidayah shj dapat menyuluh jalan yg benar..

    ReplyDelete
  43. Kerana wang ringgit sanggupkah digadaikan maruah agama??

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Uzar...pinjam artikel ini yer. Saya nak sebarkan lagi pada semua orang.

    ReplyDelete
  45. Ustaz, agak2 betulkah artikel ini? Cuba baca booklet ETP, dan selidik kebenaran perkara ini dahulu. Janganlah ambil jalan mudah mempercaya artikel sebegini. Lagi satu, cuba lihat siapa penulis artikel ini? Orang Cina yang pada hemat saya amat suka melihat bangsa kita ini kucar kacir. Mempermainkan sentimen agama untuk memecahbelahkan kita semua.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  46. Satu keputusan yang sgt mengecewakan untuk orang beriman.Inilah bahananya bila yg baik pun mau yang buruk lagi-lagi mau. Sepatutnya ambil yang hak dan pisahkan yg batil baru betul. Soalnya kenapa nak tambah kerosakan rohani rakyat yag sedia dah parah pun ? Tak nampak kah segala kebejatan yang sedang berlaku sekarang ni terutama masalah sosial remaja Islam. Bukan Kah jumlah anak luar nikah sudah mencecah puluhan ribu la ni, tak berasa insafkah ? Memang benar Allah firman dalam Quraan kerja setan tu dia selalu menjadikan perkara yang buruk dipandang baik oleh manusia. Maka dicarilah pelbagai alasan utk mengiakanya. Lagi pun Nabi dah kata dah bila dunia hampir ke penghujung zaman maksiat zina dan kemungkaran semakin menjadi-jadi. Ini lah bukti mukjizat keNabian.Sekain dari saya http://www.onemas-jendelailmu.blogspot.com

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum ustaz...sy mohon share utk pengetahuan kwn2 FB,terima kasih byk...

    ReplyDelete
  48. Ya Allah kau turunkanlah bala ke atas pemimpin yang menganjurkan maksiat.Kerana kami Ya Allah memohon pemimpin yang baik,namun ditipu olehnya.Maka Ya Allah kau turunkanlah bala ke atasnya moga dia insaf dan sedar akan keEsaanMu Ya Allah

    ReplyDelete
  49. ini ke islam yg dicanang2 sgt?
    takotnya pada bala dari Allah SWT....

    ReplyDelete
  50. kenapa bermati2an mempertahankan bangsa sedangkn agama dipinggirkan. bukan kah agama lebih penting? Islam tidak mengenal bangsa, darjat mahupun warna kulit. sedarlh wahai pemimpin bahawasanya dunia ini hnya sementara, sesungguhnya ape2 saje yg kau kerjakn didunia ini pasti akan ada pembalasanya. tidak ada seorg pun manusia yg akn terlepas dari pembalasanya. nauzubillah... ya Allah kuatknlah kami bagi mengharungi ujian Mu ini, jgn lh kau biarkan kami menjadi org yg lalai dan kufur terhadap nikmat yg telah Kau kurniakan kepada kami...

    ReplyDelete
  51. Bercakap memang senang...menulis pong same jugok..Pong pang sane sini...kita tau membezakan mane yang baik dan yang buruk...tapi ape tindakan kita???????Berhujah jek?Kuor hadith tu...hadith ni...kuor firman tu...firman ni...mcm2 lagi...Tpi sekali lagi...aper tindakan kita?????? Mustahil rasenyer nak ubah sesuatu bende dalam masa yang singkat...Mengapa tidak kita kawan2 ambil pendekatan 'long term planning'...Tanyer diri kita...level kita kat mane disisi tuhan...Pastu...kepada sume ibu bapa...didikla anak2 kita dengan ilmu agama yang sesempurna mungkin...tanamkan dalam diri anak2 nilai nilai agama...make sure dieorang praktikan...agar...andai kita tidak mampu untuk mengubah keadaaan sekarang..biar anak cucu kita nanti....sekurang2nya itula usaha kita untuk memperbetulkan keadaan...Lu pikir la sendiri... Adanya negara sebab adenya rakyat jelata...Mudah cerita..rakyat tu datang mane? Instituisi kekeluargaan...Bukan ker? Ce kawang2 bayangkan..Kalau skrng ni setiap institusi kekeluargaan kat negara kita amik pendekatan di atas...insyaallah...bumi tercinta bakal berubah...bukan atas tiket mane2 parti untuk kita berubah...BN ker...PAS ker...Tengok la..anak2 sekarang...sekolah menengah petang2 dah dop mlepok ngan geng2 moto, isak rokok...malam2 rempit...baik laki maupun pompuan...dating sane sini...mok pok??? Ala...rilekler katenyer..anak jantan...mende2 jadi...mula la tuding jari sane sini...Baper kerat mok ayoh yang maghrib2 gi sura? Smayang jemaoh? Kalu gi pong...bape orang yang ajok anok2???? Tok imang pong? Anok die ade dop smyang jemaaoh? Skali lagi...ape ape jadi... pemimpin salah...parti tu...parti ni tak betol..Yang ade cume..."ake jek yang betol" Pikirla...kawan2...terutamanya...kawan2sesama Islam...bangsaku Melayu...demi negaraku yang tercinta....

    ReplyDelete
  52. Salam UZAR, mohon share artikel ni dalam FB..terima kasih..

    ReplyDelete
  53. bertambah banyak pusat maksiat mmg akan menambah peratusan masalah sosial. tak kira la tempat tu dibuat utk siapa pun...sungguh menakutkan, Allah tak turunkan bala hanya utk orang yang jahat dan buat maksiat shj..Allah turunkan bala akan kena pada semua... jadi kita kena cegah kemungkaran. semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  54. apa tugas2 ustaz2 yg ada...ulamak2 yg ada...ada ulamak pun sibuk berpolitik ...ni masanya gerak gempur nasihat pemimpin2...buat betul2...jgn asyik dok firman2 tapi x buat ape2..sembang dalam blog ni pun x guna....

    ReplyDelete
  55. Mereka ini tiada AKAL,hanya ada nafsu jurk...Akal Mereka sudah dikuasai oleh duit (harta) dan nafsu sahaja...menyakitkan hati sahaja,tidakkah mereka tahu bahawa azab allah tu dahsyat...GERAMNYA...

    ReplyDelete
  56. Dari kecil sampai tua...mengapa masih tak jemu2 dgn hiburan yg melalaikan.....???? mana peringkat perubahan dalam fasa hidup..??? Pelancong mencari-cari sesuatu yang berbeza dan yang baik2 yang tidak ada di tempat mereka.....harap ustaz2 berbincang dan cadangkan bentuk2 hiburan yang betul2 menginsafkan untuk diketengahkan.

    ReplyDelete
  57. ULAMA MUDA UMNO tak komen apa-apa ka? pi la nasihat sket...

    ReplyDelete
  58. Antara punca-punca Rahmat Allah tidak sampai kepada kita..Doa-doa kita ditolak Allah S.W.T..Ya Allah kami takut dengan azabMU..

    ReplyDelete
  59. mai ramai ramai kita mula buang pub kelab / spa nafsu nafsi dalam kerajaan diri kita, pastu keluarga kita, pas tu mukim kita, pas tu negeri kita, pas tu negara kita. JOM mulakan dari sekarang. lambatnya

    ReplyDelete
  60. Hemah saya, semua orang sedia maklum keburukan melambak pusat hiburan: bukan setakat hilang lagi rambut mak bapak sebab anak teruna dan dara mereka belajar keluar malam dan menunggang minuman syaitan, malah mak bapak juga mungkin terjebak sekali. tidakkah ingin kita ambil sebagai iktibar hal keadaan pulau bali? lihat saja apa yang terjadi sekiranya orang putih masuk ke dalam negara secara beramai-ramai: apa yang mereka tidak dapat lakukan hatta di kampung halaman mereka, mereka pasti lakukan di bumi kita. sanggupkah kita lihat makin ramai orang malaysia menawarkan khidmat tidak bermoral hanya untuk memenangi matawang bangsa hedonisme yang bernilai lebih tinggi ini? kita perlu lebih bermaruah. kita perlu bertegas: 'tak mahu masuk tak mengapa, tapi jika masuk hormati undang-undang': hala tuju kita ke arah negara berlandaskan pelancongan, justeru kita jual nilai kita. Mengapa tidak dibuat saja bancian, berapa ramai laknat di Malaysia yang akan menyokong dasar2 sebegini, formula 1 - 1 Malaysia, bangunan warisan..dll. ini adalah proses demokrasi sehat. mengapa pula rakyat Malaysia tidak bising?

    ReplyDelete
  61. mengapa perlu berdoa sambil tidak mengambil apa2 tindakan. buat saja petisyen web dan hebahkan di saluran2 sosial. cetak dan hantarkan ke wisma putra. satu-satunya masalah kita ialah kita kira ini bukan masalah kita. kita lebih gemar menyalin semula keratan ayat-ayat suci Al-Quran dan Al-Hadis untuk menuding jari. Usaha menulis artikel seperti ini cukup bermakna, jangan kita sia-siakan dengan menuduh sana sini dan kemudian melupakannya.

    ReplyDelete
  62. suara rakyat tak dipeduli................tolonglah dengar suara kami......tolonglah...kami takut diazab

    ReplyDelete
  63. kenapa la agaknya pemimpin kita buat cadangan tak munasabah??sedarkah anda bahawa skrg gejala sosial di Malaysia dah semakin teruk??12 tahun dah pandai berasmara.
    Apa nak jadi??Adakah Malaysia nak dilanda tsunami dan gempa bumi baru nak sedar akan dosa2 yang bakal diundang??Kerana pemimpin rakyat yang akan menanggung bala..sedarlah, pembangunan dan kemajuan suatu yang baik tetapi kalau menyimpang dari yang sepatutnya pasti ada bala akan berlaku.

    ReplyDelete
  64. itulah pentingnya kita perlu memilih pemimpin yang beriman dan bertakwa.. jika pemimpin yg tidak mementingkan soal akhirat inilah jadinya.. InsyaAllah.. PRU akan datang kita pastikan pimpinan yang mengamalkan ISLAM akan menerajui negara.. InsyaAllah..Amin.. sekrang ni dah cukup bnyk gelaja sosial.. tak nampak lagi kah meraka?Wahai pemimpin2 negara..(kut2 mereka terbaca).. tolong lah dengar suara kami.. kembalilah kamu semua ke jalan Allah yg diredhai.. ikutlah ajaran Al-Quran dan Hadith..

    ReplyDelete
  65. kalau nak cari sumber pendapatan negara sekalipun.. tak der lagi ker cara lain yg halal.. wahai NAJIB.. tolonglah hentikan cadangan bodoh ini.. tolong lah.. tolong lah..

    ReplyDelete
  66. Tak takut azab ke diorang ni...Ada berbagai-bagai cara untuk menjana ekonomi tapi bukan dengan cara ni!!!!!Ya Allah lindungilah kami...

    ReplyDelete
  67. dah mengarut dah pemerintahan skrg ni....
    xguna dah pakar2 ekonomi....
    kalau dah xreti cari duit cara yang halal...

    NAJIB dah mati semua ke pakar2 ekonomi kat malaysia ni....sampai tegamak ade rncangan cam ni...mmg dah xrelevan perjuangan korang nie...xpela InsyaAllah kolah PM terakhir untuk UMNO...

    pas ni xdelah UMNO or BARISAN.....

    ReplyDelete
  68. memang salah pemimpin kita.tapi kita pn sndri gak yang lalai,spe gak yg g disko,g mnum arak,zina.sapa lagi klu org melayu kita sendri.diri sndri yang xde imam,xbrni nk menentang kemungkaran.seronok dgn kemungkaran..renungkanlah,ubah dri sndri dlu..

    ReplyDelete
  69. kepada yang belum mendaftar untuk mengundi silalah mendaftar. biar pemimpin dengar suara hati rakyat. pemimpin yang bagus, dicontohi. pemimpim yang zalim, ditangani. kenapalah itu yang dipilih nya?

    ReplyDelete
  70. Kami Bantah Penambahan Penubuhan Kelab Malam & Hiburan Yang Melalaikan

    http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Penambahan-Penubuhan-Kelab-Malam-Hiburan-Yang-Melalaikan/165928756769039

    ReplyDelete
  71. Skrg kalau nak selamat keluarga kita dari bahana kemaksiatan hanyalh pegi duk dlm hutan, TV xde, radio xde, line handset xde... baru selamat. Kita kontrol anak2 sekalipun masa di rumah, bila gi sekolah kwn2 dia plak duk ckp konsert sana konsert sini,tgk gamabr2 sampai terliur lalu berputar ligat la otak nak menipu mak bapak sbb nak gi tgk konsert... Persekitaran x sihat! buat mcmana sekalipun tetap x boleh kontrol 100% anak2 kita, kalau persekitaran kita Islamik barulah lega, x takut anak2 terikut2 maksiat, barulah anak2 kita terikut budaya pergi ke masjid, surau2 dan kuliah2...! Politik atau tidak, mmg kehidupan kita x boleh lari dari politik, sekata plak dgn agama, kalau rel x sama mmg x patut bagi muka.. Pas elok ke x elok sekurang2nya dorg lagi Islamik dari Bn, at least kita tgk isteri org2 Pas pakai tudung! tutup aurat..! Ya Allah kau hancurkanlah Parti Sekular yg memakmurkan maksiat di Negara kami ya Allah..

    ReplyDelete
  72. Korang "pasti n Yakin" kerajaan skrg "MENENTANG" Islam?
    klu betul alhamdulillah..klu tidak, korg hanya menabur FITNAH...Dosa Fitnah itu lebih besar dari membunuh...terpulanglh klu nk memperkecilknnya...

    Hero2 PAS yg rs yakin tak masuk neraka tlg jawab..
    Dulu melabel dan menuduh UMNO itu "Sekular"...
    Menentang kerajaan sekular sehingga timbul hukum 'kafir' utk penyokong UMNO..
    hari2 sebut sekular...

    lo ni...boleh pulak menyokong dan mendukung parti "Bapak Sekular" (DAP &PKR)..ape sbb?

    Semuanya atas kepentingan Politik..hanya nak tgk UMNO kalah n tumbang, bukn nk tegakkan undang2 Islam yg konon2nya diperjuangkan sebelum ini pun...
    Sggup melacuri pendirian n prinsip sebelum ni,just Nak tgk UMNO hancur.
    so gi la sokong Bapak sekular..(DAP&PKR)
    "Matlamat tidak menghalalkn cara"...betu kan?faham tak ayat ni..?sape yg slalu ckp?
    Bercakap, tapi tidak mengamalkn..apa hkumnya?
    "MUNAFIK"...nauzubillah...
    mana pendirian kamu?...belakon n bacul...
    tunduk ngan DAP...
    Lepas meng di Selangor, YB DAP@PKR gi tegur masjid..pasal azan subuh yg menggnggu penduduk sekitar..
    (Bibit2 menjadi kerajaan di Singapore, PAP)
    DAP tu parti serpihan PAP
    Di singapore bunyi azan xbleh kuat...
    Klu ini berlaku kat Malaysia nnt, apa jd ngan anak bangsa kita?korang la yg bertanggungjwb..

    Diakui, mmg ramai para ilmuan, ustaz2 n baik2 dlm PAS tu..tp sudah terslh lgkah n x mngaku kesilapn tu..
    Come on la ustaz2..tolong la perbetulkn saf tu..
    sptutnya org melayu bersatu..
    Wallahu'lam..

    ReplyDelete
  73. isk..bodohlaa org yg masih buta mata hati..bila tiba isu2 mcm nih..masih lg nk backup pemimpin durjana mcm nih..woiii..kalo iff bini najib yg naung..sapo bg advise fesyen islam cenggitu..tu namanya nk hina Islam..org mengaku islam hina islam..first lady lak tu..baik ker teladan mcm ni..bodoh yg masih buta..dah berkarat hati korang..celik la weiiii..pastu bangunan warisan..sapo yg untung dek bangunan warisan najib tu?rakyat jelata kah?kalo runtuh baru padan muka..senang jer Allah nk turunkan bala..juta2 buat bangunan warisan utk apa?utk mengkopakkan rakyat..dan masih ada rakyat yg bodoh hangguk2 kata2 pemimpin mcm ni..la ni psl hub plak..wooiii..udah2 la tu nk memaksiatkan negara nih..aku xnak ah duk negara 'kaya' hasil haram mcm nih...yg aku xpaham ade lagi yg duk backup tindakan maha bodoh pemimpin negara nih..politik, politik jugak..tp tgokla mana yg betul mana yg salah..kalo dh kompem yg tu salah buat apa ikut..cuba la yg lain pulak..bukan susah..nanti kalau yg tu pon salah jugak..haaa..tukar lagi..susah sgt ker nk tukar weh...bukak skit pintu hati tu..senang hidayah nk masuk..eiii..geram betul laaaa...

    ReplyDelete
  74. agama rakyat menurut agama pemimpin
    pemimpin dangdut, rakyat pun dangdut la
    pemimpin rock, rakyat pun rock juga
    pemimpin tawadhu, rakyat pun tawadhu insyaAllah

    memang kita patut jaga diri sendiri, tapi kuat ker iman kita
    kalau hari2 lalu depan kelab malam
    1-2 hari boleh lah elak utk masuk
    hari-hari syaitan goda
    habis kita terjerumus

    kalaupun kita boleh menahan diri
    tapi macamana ahli keluarga kita?
    anak-anak, adik abang/kakak?
    jiran-jiran? kawan-kawan?

    Wave100

    ReplyDelete
  75. Nauzubillahh..apa nak jadi dengan pemimpin kita ni...sedih bernaung dibawah pemerintahan org jahil ni...nanti jangan tanya kenapa kes buang anak makin bertambah,lari dari rumah,rogol lah...kalau kita menyediakan kemudahan untuk itu..nauzubillahh..tolong kami YA ALLAH

    ReplyDelete
  76. Ambillah dunia sekadar perlu wahai pemimpin ku... Akhirat jua yang kekal selamanya.. Moga diberikan hidayah kepada kita semua Amin....

    ReplyDelete
  77. Takut dipimpin oleh DAJJAL27 October 2010 at 03:35

    Keputusan DS Najib sangat Mengerikan malah sangat tidak tepat, budak sekolah rendah pun boleh fikir keburukannya.....dia terlalu memandang remeh lambakan pusat-pusat hiburan dan pullak tu menyifatkan org yg membantah adalah konservative agama. agak jumud sekali statementnya itu seolah-olah ingin menutup tindakan buruk yg dibuatnya, dengan mengatakan begitu supaya org takut dan segan untuk membantah kerana dikatakan konservative. Kalau perasan sebelum ini kalau tengok berita seringkali perkataan 'wasatiah' yakni kononnya kesederhanaan dalam agama keluar dari mulut najib dan seringkali diulang-ulang dalam TV. Padahal yang sebenarnya org yg langsung tidak kuat agama pun ada yang tidak setuju dengan tindakan najib yang boleh diumpamakan menabur duri di laluan orang. Bayangkanlah semata-mata tamakkan duit dia sanggup mewujudkan pusat hiburan yang berlambak yg pastinya akan mempengaruhi budaya dalam kehidupan masyarakat melayu dan islam. Kita sememangnya harus bersikap wasatiah tetapi jangan la terlalu wasatiah sehingga terlalu lemah.

    ReplyDelete
  78. Macam ni ke yang dikata kan pemimpin?,

    ReplyDelete
  79. Ada seorang anonymous kat atas ni berkata seperti ini:
    Korang "pasti n Yakin" kerajaan skrg "MENENTANG" Islam?
    klu betul alhamdulillah..klu tidak, korg hanya menabur FITNAH...Dosa Fitnah itu lebih besar dari membunuh...terpulanglh klu nk memperkecilknnya...
    ________________________

    Kenapa pulak klu betul kerajaan menentang islam anda kata 'Alhamdulillah' ? hehehehehe.....

    ReplyDelete
  80. eee.....geli la saya dengar perkataan wasatiah dan konservative tu...please la....dah terlalu banyak dah dengar....itu hanya ayat2 lama....style lama

    ReplyDelete
  81. Ya Allah,kenapa semua ini terjadi pada masa kini? kenapa maksiat masih boleh menguasai diri kita termasuk orang yang berilmu...Ya Allah,saya tak sanggup hidup dalam keadaan negara yang penuh dengan maksiat dan dosa ini....

    ReplyDelete
  82. jika beginilah keadaan sekarang...saya pasti dengan apa yang diramalkan oleh kaum maya tentang 21.12.2012!! nauzubillah.....

    ReplyDelete
  83. Maksud alhamdulillah tu merujuk sekiranya 'sangkaan/tuduhan' sesuatu pihak itu benar tentang kerajaan sekrang ni "Menentang Islam"...
    Bukan meng Alhamdulillah kan Islam itu ditentang oleh kerajaan..
    Cuba fahami dan halusi..bukan eksploitasi

    ReplyDelete
  84. jgn la marah anonymous....gurau jerk...nanti kene jual kang hehe...tp tak perlu la alhamdulillah....baca solawat pun ok juga....

    ReplyDelete
  85. Ketahuilah bahawa, kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang menempah bala Allah. Maka seharusnya kita berlindung dari kemurkaan-Nya dan MENENTANG agenda ini sekeras-kerasnya!

    ReplyDelete
  86. jangan...nanti anda di cop sebagai konservative....anda perlu wasatiah katanya....

    ReplyDelete
  87. Apa yang penting parti UMNO kita hapuskan..ayuh kita laksanakan sipaya Islam boleh tertegak dengan mudah..

    ReplyDelete
  88. Manusia merancang tapi Tuhan yg berkuasa menentukan..Ya Allah Ya Rahman, kasihanilah kami yg lemah lagi hina ini, Engkau bantulah kami, Engkau pimpinlah kami, Engkau peliharakanlah kami dan zuriat kami, Engkau gagalkanlah perancangan musuhMu Ya Allah...amin

    ReplyDelete
  89. kepada yang suka dengan HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! inilah pemimpin melayu kita dah lakukan... kita pilihlah pemimpin yang baru yang akan menghentikan segala kebodohan dan kejahilan ini...

    ReplyDelete
  90. Salam Ustaz...

    Bab 10, m/s 334-335.
    Jazakallah khair dengan link tersebut.

    Hafidz

    ReplyDelete
  91. Salam ustaz.insha Allah kita berdoa agar Allah membawa masyarakat kita ke landasan sebenar., seterusnya memilih pemimpin yang betul. Insha Allah,..Ameen.

    ReplyDelete
  92. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  93. Pelik...saya...seolah2 di Malaysia tiada Ulamak @ cendiakawan Islam dalam memberi nasihat tentang HAL ini...adakah takut untuk bersuara demi menjaga periuk nasik sendiri...tanggunglah nanti kat SANA..Adakah negara kita ni masih NEGARA ISLAM???

    ReplyDelete
  94. Ya Allah... Allah dah berikan petunjuk malapetaka yang berlaku di negara jiran kita baru ni, Tsunami melanda dulu mudah kita terlupa, kini melanda lagi, tak takut ke pemimpin 1 malaysia nie .... azam Allah di dunia tidak mengira siapa, mana pergi ulama muda yang berbodong-bondong masuk Umno tu kalau tak bercakap menegah kpd kemungkaran.

    ReplyDelete
  95. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  96. Ya Allah.... berilah petunjuk kepada pemimpin2ku. Janganlah engkau jadikan negara ini hancur kerana mereka. Kami mohon kepadaMu Ya Allah, gagalkanlah usaha kemaksiatan mereka, agar anak dan generasi kami kelak aman di dunia dan di akhirat

    ReplyDelete
  97. saLam...sekalIan..berdoa lah kpda aLLah agar kita semua dapat kembali ke jalan Islam yg sebenar. teringat perit Rasulullah memperjuangkan Islam,,,kita sebgai umatnya???pewarIs dLm mempertahan kan Islam.sedih tengOk msyarakat meLayu jauh dr landasan aqIdah,,,prIhatInlah kpada mereka yang kurang Ilmu agama.

    ReplyDelete
  98. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  99. kesian pak lah...mesti menung jauh dengan islam hadharinya...

    ReplyDelete
  100. sedih melihat rakyat Malaysia makin lama makin mundur akhlaknya...pemimpin sibuk nak mengukuhkan kuasa tanpa mengambil berat untuk menerapkan nilai2 moral kpd rakyat.kdg2 rasa nak lari je dari Malaysia ni... T_T

    ReplyDelete
  101. Ayuh segera kita perbaiki diri kita supaya akhlak kita sempurna menjadi muslim sejati dan jadi asbab hidayat untuk orang lain. Kita insan kecil jika nak tukar dunia amat susah tapi jika kita ubah diri kita dulu menjadi muslim sejati dan kemudian keluarga kita, jiran kita, daerah kita, negeri kita, negara kita dan sluruh umat di seluruh alam, insyaallah.

    ReplyDelete
  102. Yang Pasti allah telah menunjukkan kita tanda2 kiamat itu salah satu daripadanya..hiburan yang melalaikan berleluasa dan pemimpin2 yang dianggap dajjal kecil.wallahualam.sedarilah ia dan beringatlah...tingkatkanlah prestasi diri dengan amalan dan jauhilah aktiviti yang melalaikan..

    ReplyDelete
  103. matlamat beliau baik tetapi cara yang digunakan itu sudah terang lagi bersuluh bertentangan dengan AGAMA ISLAM..apakah tidak ad perasaan cintakan islam dlm diri beliau sehingga sanggup campurkan yang halal dan yang haram...MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!!!!!!!!!NA'UZUBILLAHIMINZALIK...

    ReplyDelete
  104. astaghfirullahalazim...smpai bile la mesti jd camni..pemimpin kite spatutnye memimpin dengan cara Islam..dunia ni hanye smentara..yg kekal..kehidupan akhirat..nk wat something jgn la sampai lupakan akhirat...ya Allah, smoge kami semua diberikan petunjuk hidayah-Mu...amin...

    ReplyDelete
  105. Apa yang penting sekarang ini kita pertingkatkan pendidikan agama kepada anak dan juga perkuatkan minda mereka dalam menangkis segala anasir2 buruk yang mengasak dari luar dan dalam rumah.

    Ulama2 bukan tidak bersuara tapi pihak yg lebih berkuasa yg munutup suara mereka dari didengar oleh orang ramai.

    Contoh mudah ialah ramai org luar masih menganggap negeri Kelantan mundur disebabkan media yg menyebarkan demikian, menutup apa2 yang baik jika ia datang dari Kelantan. Tp sebenarnya Kelantan lebih hidup dari negeri Perak.

    ReplyDelete
  106. Assalamualaiku saudara ku,kenapa apa juga perbuatan yang menjurus kemungkaran kini tidak menjadi tentangan dari pemerintah (kerajaan).Contoh yang paling nyata dibandar-bandar besar dimalaysia terdapat begitu banyak rumah pelacuran tanpa berselindung kegiatannya.Saya menyambut baik halaman tuan demi untuk rujukkan dan pemahaman pengunjung.

    ReplyDelete
  107. nak buat mcm mana. dah itu pemimpin pilihan ramai. suara kaum minoriti x kedengaran

    ReplyDelete