Thursday 21 October 2010

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?


Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1)     Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit  serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.  Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.  
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2)            MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya  kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3)     WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama,  saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai  syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4)            BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
9 Muharram 1431
26 Disember 2009

57 comments:

  1. Alhamdulillah ustaz, sangat bermanfaat... Jazakallahu khair..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

    ReplyDelete
  4. syukran ustaz..bertambah mutiara ilmu bila membaca ulasan ni

    ReplyDelete
  5. share ye ustaz... sangat jelas

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustaz.
    terima kasih... untuk info.
    kadang-kadang kita x sedar kesilapan kita.
    rasa macam da buat betul dah....
    minta share yerrr... (^_^)

    ReplyDelete
  7. satu pandangan yang perlu diikuti oleh perempuan islam

    ReplyDelete
  8. salam ustaz...mtk share kt FB saya yer :) yukran..

    ReplyDelete
  9. terima kasih ,ustaz...penerangan ustaz amat memberi manfaat kepada sy...alhamdulillah...sy akan menjadi seorang muslimah yang sejati...muslimah dari segi fizikal n spiritual...aminnn

    ReplyDelete
  10. ustaz,, kenapa tak boleh tekan link yg ustaz bagi?

    ReplyDelete
  11. sangat suka penerangnan ustaz... jelas

    terima kasih ustaz...

    ReplyDelete
  12. saya sgt sedih semasa membaca artikel ini... kerana saya sbg seorg lelaki x mampu utk memastikan adik dan kakak saya menutup aurat... ya Allah, berikanlah aku bantuanMu...
    Terima kasih kpd ustaz

    ReplyDelete
  13. mohon share kat fb sy..pnrangan ustaz amat jelas,dan mampu difahami oleh semua org ,syukran

    ReplyDelete
  14. Terima kasih ustaz. Sungguh jelas penerangannya.

    ReplyDelete
  15. Ustaz, thank you for sharing. I'm having similiar situation with Diera. Hope will change soon, Insyallah...

    ReplyDelete
  16. Saya teringat satu sabda Nabi " Pada akhir zaman manusia beribadah tapi dlm keadaan jahil." Saya dapati pokok dari segala masalah ialah JAHIL. Kita kena faham apa itu ibadah dan kenapa kita disuruh melakukanya dan apakah matlamat akhir dari ibadah. Cecara ringkasnya tujuan ibadah ialah mendekatkan diri kpd Allah dan matlamatnya mencapai Taqwa. Segala urusan ibadah bertolak dari ikhlas dan bukan faktor lain. Jika dia tutup aurat tapi masih caca-merba ertinya dia x faham dan jauh sekali ikhlas kpd Allah. Tapi cara pakai pun spt yg diceritakan itu tah nmenepati kriteria tutup aurat spt yg di perintahkan dlm Quraan.Tutup aurat bagi wanita kena labuh dibawah paras dada. Tutup aurat itu satu perintah Allah dan ia dikira sebagai ibadah, dapat pahala, kalau ingkar haram berdosa. Kalau ingkar diikuti dengan perasaan meremehkan atau mempersendakan hukum tutup aurat ditakuti akan jatuh murtad. Jadi belajarlah kenal Allah, ambil tahu soal agama dan didiklah diri sendiri supaya jgn terlalu bebas. Kebebasan pd hari ini memusnahkan ramai manusia.Fikir-fikirkan lah. Sekian dari saya http://www.onemas-jendelailmu.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Ustaz,

    Benarkah ustaz, bagi wanita yang belum bersuami, dosanya ditanggung oleh bapa/saudara lelakinya?
    Dan untuk wanita yang sudah bersuami, dosanya ditanggung oleh suaminya?

    ReplyDelete
  18. sangat jelas.. terima kasih ustaz..

    ReplyDelete
  19. salam alaik , ustaz mohon share (:

    ReplyDelete
  20. ustaz..mohon share di fb saya

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ustaz..
    sgt jelas penerangan td..mudah2an semua dpt manfaat dan praktikkan tuntutan dgn ikhlas kerana Alah.

    ReplyDelete
  22. salam ustaz. Penerangan yg bernas..Mohon share di fb sy ea. Terima kasih

    ReplyDelete
  23. syukran ustaz..sangat mudah difahami

    ReplyDelete
  24. Jazakallahu khair..
    Sering benar isu ini diutarakan..dan pelbagai penjelasan telah diberi..entah mereka yg bertanya ini benar2 tak faham atau pura2 tak faham..mungkin juga faham tapi masih tetap dengan pendirian yg silap itu..
    Moga dibukakan pintu hati mereka yg kurang memahami dan ditetapkan hati mereka yg telah memahaminya untuk terus beramal dgn ilmu dan pengetahuan yg dimiliki..

    ReplyDelete
  25. syukran ust atas info..
    moga kita semua dberi kekuaatan iman dlm mghadapi dunia akhir zaman ini...

    ReplyDelete
  26. terima kasih ustaz :) atas ingatan ini semoga dpt manfaat utk kaum hawa khasnya

    ReplyDelete
  27. saya doakan saudari mendapat kebaikan drpd-Nya.. amin..

    ReplyDelete
  28. terima kasih ustaz. penerangan yang sgt bermanfaat untuk wanita di alam yang penuh mencabar ini

    ReplyDelete
  29. mohon utk disharekan ye ustaz... jazakallah

    ReplyDelete
  30. shukran ustaz..manusia mudah lupa.memang kita memerlukan teguran setiap masa..semoga allah memberikan kekuatan dan semangat utk ustaz dan isteri, terus menyebarkan kebaikan..amin..

    ReplyDelete
  31. Banyak kita dapat input dari rencana ini...Terimakasih ustaz...

    ReplyDelete
  32. ustaz terima kasih kerana berkongsi artikel di atas, kerana bagi saya zaman kini, kanak-kanak atau remaja perempuan terutamanya semakin mudah terpengaruh dengan budaya bukan islam dan saya sebagai seorang islam amat segan dan malu melihat mereka yang lebih muda lebih berani menonjolkan aurat mereka tanpa segan silu..jika ditegur, mungkin mereka dengar tetapi tidak berkesan..bagaimana ustaz mengatasi masalah remaja akhir zaman ini..wassalm

    ReplyDelete
  33. alhamdulillah.. penerangan yg jelas...

    ReplyDelete
  34. Ust, tolong bagi huraian atau penerangan tentang fesyen tudung sekarang yg terang-terangan /memang sengaja menonjolkan "bongol unta" di kepala. Saya amat sedih melihatkan akan gejala ini dan begitu halusnya musuh2 Islam dapat mengabui hati2 wanita Islam ini (yg kurang arif mungkin tentang hukum sebenar aurat wanita)Tapi saya mula melihat teman2 yg sudah cantik memakai tudung yg menepati syariat malah bertudung labuh juga mula terikut menyematkan pin di belakang leher mereka mungkin mengikut perkembangan fesyen tudung terkini. Pls advise...Jazakallahukhairan..
    Wafa, Jb

    ReplyDelete
  35. penerangan yang jelas tapi rasanya satu lagi ustaz kena tambah hubungan antara perlakuan dosa yang dilakukan oleh manusia dengan amalan ibadat yang dilakukan.
    Sebabnya saya ada terdengar dan kalau boleh minta ustaz perjelaskan jika kita ingin mengetahui amal ibadat yang kita lakukan diterima ALLAH atau tidak kita tengok perangai kita iaitu menjurus kepada kebaikan atau keburukan.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum ustaz.

    Terima kasih atas perkongsian.

    Artikel ini sedikit sebanyak membari jawapan kepada mereka yang "nak berubah tetapi tidak mahu hipokrit"

    moga kita semua dapat bergerak ke arah kebaikan. :)

    ReplyDelete
  37. syukran atas artikel ini....skdar berkongsi...bukankah klau kita tdak mnutup aurat walaupun kita jga solat dan tingkah laku,ibadah kita dikira TIDAK SEMPURNA dan mungkin tidak diterima allah..??? wallahualam... boleh sape2 bg jwpn??

    ReplyDelete
  38. ustaz saya mohon izin share artikel ini ke blog saya. terima kasih.

    ReplyDelete
  39. Apa yang saudari nie ckp exactly apa yang saya rasa.. dan terima kasih dengan jawapan ustaz
    pemikiran saya dah berubah..insha Allah..

    ReplyDelete
  40. Ikhlas akan datang mlalui kesempurnaan amal.. mcm mana nk dapat ikhlas solat.. ikhlas pakai tutup aurat kalau x mengamalkan nya terlebih dahulu..
    ada betul x pandangan saya Ustaz?

    ReplyDelete
  41. terima kasih ustaz.kini saya lebih faham. :)

    ReplyDelete
  42. terima kasih ustaz,,jelas n tepat

    ReplyDelete
  43. saya mintak share di fb ya ustaz..

    ReplyDelete
  44. terima kasih ustaz..mohon share di fb

    ReplyDelete
  45. sangat bagus artikel ini..
    ustaz..saya minta share di blog saya.. :)

    ReplyDelete
  46. syukran ustaz, penerangan yg bernas,

    ReplyDelete
  47. Huraian yang sangat mantap.Ilmu yang patut diambil iktibar.Banyak yang suka melihat&menilai kebaikan sendiri sampai terlupa diri..mohon share uztaz..tqvm..

    ReplyDelete
  48. Jawapan dan ulasan terbaik yang pernah saya temui utk persoalan ini. Diharap dapat membuka minda dan kesedaran kepada muslimah yang masih belum rasa sampai seru utk menutup aurat ini.

    ReplyDelete
  49. Syukran. Ilmu yang wajib dimanafaatkan..Semoga Allah SWT menerangkan hati yang gelap..Aaminn.

    ReplyDelete
  50. Ameen. Alhamdulillah jazakAllah khair

    teknik dakwah baru yang mencuit hatie- Muslim Singa:

    http://muslim-lion.blogspot.com/2012/03/new-dawah-technique-muslim-lion-comedy.html

    ReplyDelete
  51. Pakai je la.. kalau menutup aurat atas kesedaran dan tahu bhw ia adlh perintah Allah dan kita tidak mahu melanggarnya (sekalipun ada sedikit rasa tidak rela) dan bukan kerana nak tunjuk baik.. rasanya tak timbul soal hipokrit disitu... pada masa y sama berdoa pada Allah supaya hati kita tunduk dan disisipkan ikhlas olehNya. Sesungguhnya cinta terbit dr hati, tp hati adlh milik Allah. jadi mintalah pada Yang membolakbalikkan hati...
    WaLlahu A'lam..

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum ustaz.
    Saya ingin bertanya mengenai solat orang tua yang sakit dan uzur.mandi dan wuduk perlu bantuan orang lain serta selalu berhadas besar. Adakah dibolehkan solat jamak dan qasar.

    ReplyDelete
  53. masyaALLAH.. semoga kita semua dapat amal dan sampaikaN

    ReplyDelete
  54. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar untuk perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com, There could be many reasons why you need access to some extra cash – from unexpected car or home repairs to paying for your wedding or a special holiday. But whatever you need it for, when you borrow between $5,000 USD to 100.000 USD above.

    ReplyDelete